Tadi tengok MHI, perbincangan yang sangat menarik, iatu berkaitan dengan Semangat Patriotik. Lagi menarik, ada juga di selitikan 2 buah filem yang saya tak pernah tonton. Iaitu Darah Satria (1983) dan juga Prebet Lapok (1979).
Tak pernah tengok walaupun sekali..tahu pun tidak. Rasanya saya tak pernah nampak pun mana-mana tv yang siar balik 2 buah filem ini. Astro itu, saya tak tahu sebab saya tak ada piring kelabu atas bumbung.
Kalau Bukit Kepung, Sarjan Hassan, Leftenan Adnan dan lain-lain, itu memang selalu di tayangkan. Pernah tengok lah kiranya. Last tengok Bukit Kepung, dengan arwah ayah. Allah..sedih sangatkan cerita itu. Memang banyak jasa-jasa pejuang-pejuang negara kita. Sekaligus, berkobar-kobar dan semakin bertambah semangat patriotisme dalam diri.
Sekarang dah kurangkan filem-filem yang bertemakan Patriotik ni. Rasanya memang patut di tayangkan semula atau buat filem baru. Baru anak-anak Malaysia ini dapat lihat dan kenali balik sejarah-sejarah negara kita menentang penjajah. Dari situ, kita dapat rasa betapa besarnya tanggungjawab pejuang negara kita, bukannya menghina.
Sepatutnya seluruh rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira apa parti, bangsa, mahupun agama. Bersatu untuk kedaulatan dan keselamatan negara kita juga. Tak usah lah kita sibuk bergaduh, sedangkan bukan kita yang rasa dan duduk di tempat mereka di sana. Bukan kita yang mengangkat senjata, bukan kita yang mencelikkan mata untuk bersiap siaga.
Apa yang kita buat, kita doakan keselamatan pejuang negara, menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Bersatu menentang musuh. Kekalkan kedamaian yang sedia ada. Ayuh, kita tanamkan semangat nasionalisme dalam diri sebagai rakyat Malaysia.
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci;..." (Al-Baqarah : 216 )
p/s: Dari dulu nak jadi Polis, saya cuba lah minta dulu lepas dapat result SPM,tapi dia kata time tu tak ada pengambilan anggota perempuan. Kenapa tak mohon sekarang? Roomate saya kata, habiskan belajar dulu. hehe. Sekarang ada pengambilan untuk TLDM, lelaki je. Untung tau jadi lelaki.. ^_____^
15 comments
Katanyerr penceroboh ni guna tangkal.
tak pasti nak comment macam mana pasal semangat patriotik ni aini...tapi yang pastinya subjective kalau nak diklasifikasikan... hilang atau tidak... banyak aspek yang nak kena dikaji, diselidik dan dikenalpasti tu...heee...
tang cerita Darah Satria tu x sure pernah tengok ke tak...kalau tengok trailer mungkin dapat pastikan...tapi Prebet Lapok tu rasanya pernah tengok...
ha'ah. jarang sekali. tak pernah tgk puon movie tu. thanks sharing. waahhhh, nak jadi polis. #TabikHormat :)
sokong enty nie !!
Cita2 akak nak jadi polis ke? Wahhh. Macam2 lah kan. Time sekolah dulu budak akaun, lepas tu jatuh dalam design. Lepas tu nak bangun dalam polis sebagai kerjaya pulak. Hehe walauapapun, semoga berjaya dalam hidup. *eleh terpanjang pulak komen kali ni
Lagi satu, kita tak boleh cakap sembarangan kalau tak tahu ape ape... Nanti macam macam perang yang jadi... Last last berpecah... Kutuk sana kutuk sini.. Haishhh :-(
waahhh aini ! nak jadi polis rupenye.. hehe gud2 niat murni.. emm betul2 sayangilah negara kita :)
*akak xpernah tgk gak huhu~
haha rasanya citer2 ni dulu rajin diulang tayang...sampai tahap org pon bosan...tu sebab lama dah takde kat TV...
macam tak pernah tengok pun cite tu...
aah... sekarang pengambilan lelaki... tengok iklan ari tu...
dulu akak baca bukit kepong masa nak spm.. terasa jugak semangat patriotik di situ :')
takpe awak, kalau rezeki awk jadi Polis, suatu hari nnt tercapai juga, mybe lambat sikit. hee
Wah sungguh bersemangat ye Aini ni....hehe..prebet lapok tu Badul yg berlakonkan...hehe. Best cerita tu lawaklah jugak...
n3 yg bagus..
usaha tangga kejayaan..
in shaa ALLAH
ciksu pon sama dari dulu nk jadik polis..paling tak boleh lupa masa pi apply utk inspektor..boleh ASp tu cakap apa tau
"tinggi dah ok, result pon ok.. cuma balik pi makan lagi".. huwaaaa..
Ahli politik ramai yang bergaduh. Dengan alasan, nak tegakkan kebenaran. Kita sebagai rakyat pun join tanpa sebarang siasatan.
akak tengok jugak aini MHI nii.. dan samalah kite.. akak xpernah tau filem2 tu.... ehe.... tapi Bukit Kepong memang menyanyat hati........ sobs.