21 March 2013

Tutuplah Aib Orang, Allah Tutup Aib Kita

Assalamualaikum...

Jom muhasabah diri sebentar. Saya juga tanpa sedar melakukan kesilapan. Kekadang bila hati terasa sakit dan geram mulalah ringan sahaja jari menulis dan mulut ini mengata, mengumpat dan sebagainya. Astaghfirullahalazim..maafkan hambamu ini Ya Allah.

Kita sememangnya tak pernah terlepas daripada perkara ini bukan. Malu sungguh rasa diri. Kalau di hitung dosa kita, adakah ianya dapat ditutupi dengan amalan kita yang sedikit itu? Dosa kita pun tak terhitung, jadi tak usah lah kita buka aib orang lain.

Tutuplah Aib Orang, Allah Tutup Aib Kita
Kalau kita tutup aib orang lain, jangan risau Allah akan tutup serapat-rapatnya aib kita, di dunia mahupun di akhirat. Kalau kita buka aib orang lain, jangan risau juga, Allah akan bukakan seluas-luasnya aib mu di akhirat.

Umpama wayang pacak, ditayangkan di padang awam untuk tonton umum. Semua orang nampak. Bayangkan kalau semua orang tahu keburukan kita. Ya Allah, malunya. Kenapa..aib orang, kita buka. Aib kita, kita tutup? sebab kita malukan. Jadi kenapa perlu, kita buka aib orang, orang yang di aibkan itu tak ada rasa malu dan sedih ke? Kalau kita di aibkan? Kita suka?

Tutuplah Aib Orang, Allah Tutup Aib Kita

Allah..Maafkanlah Hambamu ini.

Apabila kita melihat keburukan orang lain, lihatlah dulu keburukan kita. Senaraikan satu persatu kejelikkan diri kita. Sungguh kita tak kan mampu menghitungnya, tidak tahu sama ada ianya terlalu sedikit atau terlalu banyak untuk dihitung. Syurga dan neraka adalah HAK ALLAH. Dia yang lebih layak menilai hambanya.

Sekali pun dia buat salah, tegurlah dia dengan cara yang tersembunyi (private) tanpa membuka aibnya pada orang lain. Aib ini adalah dengan menyebut nama dan keburukannya kepada orang lain.

Sungguh banyak dosaku perbuat, tidak layak ku untuk ke syurgaMu, Ya Allah..tapi takut pula aku untuk ke nerakaMu. Ya Allah, ampunilah dosaku dan saudara-saudaraku dan tutuplah aib-aibku.

p/s : Kita nampak dan kelihatan baik sebab Allah tutup semua aib kita.


20 comments

March 21, 2013 at 2:15 AM

Betul tu. Kalau nak orang tutup aib kita, kita dulu yang tutup aib orang lain.

March 21, 2013 at 8:00 AM

Ye amat tidak suka masuk campur hal orang dan jaga tepi kain orng.. kalau buruk kita diam kalau baik kita puji.. Setiap orang pasti ada keburukan. termasuk diri sendiri..

March 21, 2013 at 9:02 AM

betul tu aini..menjaga aib org adalah sgt perlu. bygkan kalau kita buat salah n org tegur kita depan org ramai. kalau ckp lembut xpe tp kalau teguran yg kasar???

March 21, 2013 at 9:31 AM

betul. Kte sokong.. tapi, cammana pulak kalau orang tu yang mengaibkan kita pada pandangan org lain hingga menimbulkan benci orang pada kita. sedangkan kite tak kacau hidup dorang pun.

huhuhu

*sorry emo pulak :(*

Anonymous
March 21, 2013 at 11:57 AM

suka baca blog aini.byk motivation support.tq aini :) ad mse follow blog akk k. auntyaxy.blogspot.com

March 21, 2013 at 2:28 PM

Tu la..di akhir2 zmn ni len plak yg jd. Bukan nk ttup lg nk sebar ade la aib org len. Nauzubillah..yg x ade pon di ade2 kan, ini kan plak yg mmg dah ade lg lah dibesar2 kn.. Allahualam..

March 21, 2013 at 2:32 PM

gud info...
=)

March 21, 2013 at 6:15 PM

Astaghfirullahal Azim... smg kt sibuk perbaiki diri, dr sibuk dgn khidupan org lain...

March 22, 2013 at 3:11 AM

tepat sekali !! suka entry nie .. Allah dah tutup aib kita .. jgn kita pula buka aib orng lain .. nnti Allah buka aib kita baru tahu

March 22, 2013 at 12:29 PM

betul betul. kalau kita jaga aib orang lain, Allah akan jaga aib kita. :)

March 24, 2013 at 10:45 PM

saling ingat mengingati... bagus ni aini...

March 25, 2013 at 12:45 AM

nice sharing dik...jarang org nk tutup..nk canang lagi adalah. wallahualam.

March 26, 2013 at 3:30 PM

tetiba terasa akak. rasa banyak je dosa akak. ya Allah.. bagus aini, nice sharing.. sekurang2nya entry ini mengingatkan kite yang lupa..

March 27, 2013 at 12:09 PM

Tak ada faedah kita buka aib orang lain. Lagi bertambah dosa adalah. Apa guna buka aib orang lain? Untuk tengok orang tu dimalukan?

April 6, 2013 at 9:17 PM

mohon share ye entry ni..

Anonymous
April 10, 2013 at 3:29 PM

nice sharing . enty ini mengingatkan sy . alhamdulillah . btw sy mintak share ye . thanks :)

Anonymous
August 16, 2013 at 2:42 PM

Assalamualaikum, Mohon share entry adik ni.. sgt bagus dan baik maklumat ini utk tatapan dan pengajaran semua.

August 29, 2014 at 12:42 PM

Bagus entri ni. Mohon share utk diri sndiri dan utk orang2 yg mungkin merasakan dirinya terlalu bersih, tidak pernah melakukan kesalahan dan suka mengaib dan menimbulkan kesedihan pd org lain. Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita semua.

August 29, 2014 at 12:47 PM

Entri yg baik. Semoga memberi kesedaran dan keinsafan kpd insan di luar sana yg suka cuba mengaibkan org lain. Semoga Allah memberi keampunan kepada KITA semua. Aamin.

November 13, 2014 at 10:36 AM

good info dear..betul tu agree sangat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome