08 March 2013

Selamat Hari Wanita

Assalamualaikum...

Selamat Hari Wanita buat wanita-wanita di seluruh dunia. Jasa dan pengorbanan mereka, amat besar. Islam sendiri telah mengangkat martabat seorang insan yang bergelar wanita ini. Wanita merupakan tulang belakang seorang lelaki, seperti Saidatina Khadijah, Aisyah Humaira, Masitah, Sumaiyah dan ramai lagi. Jom kita jadikan mereka, idola kita.

Selamat Hari Wanita Sedunia

Kelebihan Seorang Wanita.
  1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita.
  2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada kepada bapanya ?
  3. Wanita menerima harta warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahawa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima harta warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya ?
  4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.
  5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu : Isteri, Ibu, Anak perempuan dan saudara perempuan. Ertinya , bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
  6. Seorang Wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan empat syarat saja, iaitu : solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.
  7. Seorang lelaki wajib berjihad di jalan Allah, sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan Allah SWT tanpa perlu mengangkat senjata.
Wanita jadilah seperti sang mentari, yang cahayanya mampu menyilaukan dan menundukkan mata bukan seperti sang bulan, yang tampak indah, luas pandangannya. 

p/s: Ramai yang tanya, Hari Lelaki tak ada ke?

21 comments

March 8, 2013 at 2:12 PM

wanita semua boleh buat.. women power kan

March 8, 2013 at 2:18 PM

Kesian kan isteri yang macam tu..kena duduk rumah masak lagi...jaga anak lagi..urus rumah lagi..si suami lepak dekat kedai dengan kawan..senang je lepas tangan..

~ selamat hari wanita ^^♥

March 8, 2013 at 2:44 PM

hehehe, kalau ade hari lelaki mesti they all yang melebih-lebih pulak pasni.. hehe

xoxo anis

March 8, 2013 at 3:32 PM

semoga Allah beri kekuatan tuk wanita2 yg bergelar isteri & s/rumah harungi tugas & t/gujwab dgn ikhlas..

March 8, 2013 at 3:36 PM

in shaa ALLAH.. semoga dipermudahkan segalanya..

March 8, 2013 at 4:31 PM

selamat hari wanita adik..hehe

Anonymous
March 8, 2013 at 5:35 PM

selamat hari wanita, akak,. hehe wanita memang awesome kan. ehhe

March 8, 2013 at 6:24 PM

selamat hari wanita aini...:)

March 8, 2013 at 7:25 PM

selamat hari wanita jugak ;)

March 8, 2013 at 7:28 PM

sungguh besar pengobanan seorang wanita kan? hihi ^__^

March 8, 2013 at 8:22 PM

Selamat hari wanita. Tinggi letaknya wanita tu.

March 8, 2013 at 8:51 PM

selamat hari wanita... hehe.

aahla.. hari lelaki xde eh.. xkomersial pulak nama Hari Lelaki kan.. Hari Jejaka tak semua Jejaka. haha..

Betul.. besar pengorbanan wanita sebenarnya. hehe.

March 8, 2013 at 9:26 PM

Rasa bertuah pula. Hehe. Eh, 20 tahun wanita kah ? Perangai pun serupa budak perempuan lagi. Tak apa, tunggu la transisi yang akan berlaku nanti. Wahhh gituu :D

March 9, 2013 at 12:46 AM

selamat hari wanita juga buat aini.. :)

eh, kita ni dah patut panggil wanita eh..hehehe.. tapi perangai cam bdak2 je akk rasa..hihihi

March 9, 2013 at 2:04 AM

@Mimie Najib hehe..itulah kan kak..Rasanya perangai macam budak2 je lagi.hehehehe..

March 9, 2013 at 2:04 AM

@Alia Laila Hehe..betul..akak pun tak pasti..wanita atau tidak..hehe.InsyaAllah.

March 9, 2013 at 2:05 AM

@Maria Menado~ Hehe..selamat hari wanita juga kak..hehe..hari jejaka..rasa kelakar nama tu..hehe.

March 9, 2013 at 2:06 AM

@◕ D Y S H A S A H H I R ◕ Betul tu kak.. ^__^

March 9, 2013 at 2:14 PM

selamat hari wanita aini :)

March 10, 2013 at 10:40 PM

Untungnya kita menjadi wanita aini....tp aini betul ke wanita mewarisi harta lebih sedikit dpd lelaki...rasanya lelaki yg lebih...kalau tak silaplah..

March 13, 2013 at 8:36 PM

Subhanallah.. itulah wanita, sgt dimuliakan dalam Islam, lembut bkn bererti lemah, kekuatannya x terserlah di zahir, tp kekuatan jiwanya yg luar biasa. Selamat Hari Wanita Aini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome