Pernah tak cuba Mee Segera Mamee Chef ini? Kalau tengok tv, ada kan iklan mee segere ni. Chef Ismail sebagai duta produk ini kan.
Sajalah nak mencuba, biasalah iklan tujuannya menarik orang ramai untuk membeli kan. Jadi saya pun memang tertarik dan menarik untuk mencubanya. Tergodalah dengan iklan itu. Lagi pun packaging dia memang menarik perhatian. Gabungan warna ungu hitam memang menawan.
Hasilnya..taraaa.. Memang sedap, seriously rasanya seperti Tom Yam Asli yang di sediakan di dapur. Kalau ditambah, udang, sotong, lobok dan sayur-sayur lain lagi lah awesome. Memang Umphh!!! Nak ambil gambar mee ni je dah kembang..hehe.
Lagi satu, saya suka pedas-pedas, tambah cili..lagi berasap. Kalau makan mee segera aka Meggi ni memang saya suka letak ayam atau sayur, baru tak kosong. Kalau meggi kosong saya tak suka.(Memilih, mengada)Yang merah-merah tu bukan cili ye. hehe. Bolehlah cuba, memang sedap dan tak rugi beli.
Harganya agak mahal..4 bungkus je dalam satu pack dah RM5.60, tapi memang tak menyesal beli. Memang sedap. Bagi saya sedap, sebab saya suka tomyam. Individu lain tak tahu..hehe. Tapi boleh lah cuba.
Entry ini, bukanlah advertorial atau iklan berbayar ye. Saja je jadi promoter tak berbayar. T____T
p/s: Sekali sekala je makan maggi, sebab kalau setiap hari mahu botak kepala. Tapi kan dah jadi rutin harian, para pelajar ni, makan meggi. Ehh..ehh..nama dia bukan Meggi. Nama dia Mee Segera. Maggi itu jenama. See..kuat betul pengaruh, Nestle ni.
36 comments
yep....adik nini pon cakap sodap....tapi lom try lagi....ni kena cari ni
wah siap letak sotong ke tu aini...hmm mmg nampak sedap tu....
sedap ke? kena cuba ni.. tq sharing!
wahh.. nampak macam sedap je.. tapi sayangnya tak leh nak makan megi. nak final exam dah.. huhu..
wow! xpnh rsa n tgok lgi mamee nie.. kna cba nie! huhu
x pernah pulok aku membeli mee segera yg nih...sedap ke?
@nini Memang sedap bagi saya..hehe..lagi2 tambah sayur, dan daging ayam, udang, sotong..aaaa...hehe. Cari2.
cik Que waktu masih sekolah dulu suke mkn mee sedap mentah2 daripada mkn masak..sb mkn mentah2 rasa dia lebih sedap lagi dari mkn masak..huhuhu.. =D
@Hatimi Tahirruddin Saya tambah sotong sikit..boleh lah cuba. Mana tahu Timi pun rasa sedap.
@Nao Mei ohh..ye ke..Cuba lah cari kak ye..Memang sedap..hehe..Betul tu kak, saya makan pun kadang2 je.
@nea lopah Sedap kak..cubalah..hehe..promote pula dah saya ni.
@nicosikura Hehe..tak apa lepas exam makan ye..
@Fakhruru Dalam tv hari tu ada iklan, mungkin sekejap je kot. Boleh lah cuba. ^___^
@Karukord jagau Mee Segera ni baru lagi..Cubalah memang sedap. hehe.
@Cik Que Samalah..saya pun..Saya makan yang perisa kari tu..hehe..sedap, rasa macam Mamee Monster.
Hehe my favourite ni ! Kalau boleh macam nak makan hari2 je ~ slrppp
seriously nampak sedap... huwaaa Aini buat kakak rasa terliur...nak kena cuba jugak walau macam mana ni pun... huh...esok nak kena gi Giant kat bawah opis tu nak cariklah...
dulu2 akak suka gak mkn mee segera tp akak x panggil mee segera la, dh biasa panggil megi hehe..skang bila tgk megi je rs muak pulak, jemu kot :p
Tp mamee chef ni xpenah try lg, nmpk menarik bila dh tambah sotong!
sedaaaapnyaaaaa., nk try laa nanti., eheheheh
sedap eh dear? pehhh lunch ni rasa nak meggi ni la!! haha aini ni mmg menggoda org je pagi2 :p
betul3 seriously sedap meggi tomyam chef ni... :D heee
btw, kte tag awak dear.. :)
http://seneoritabaharin.blogspot.com/2013/03/segmen-siapa-blogger-bertuah-by-anak.html
tu dia....meriah betol dia punya mamee tomyam dia..nampak sedap ni
perghh terus rasa lapor.. nak kena cuba jugak ni hehe
hihi akak baca dh macam iklan kat tv dh ayat2 aini.. bleh keje bahagian marketing ni. menarik sguuh XD
betul. kuat pengaruh nestle. kalau akak pegi beli mamee pon mesti sebut "beli maggi mamee" hahaha.
colgate pon ye jugak.. akak selalu sebut beli colgate ye.. padahal patutnya sebut ubat gigi..
belum pernah rasa tp bila dah promote ni rasa nak try pula. hehehe
kalau sedap ...nak cuba jugaklah aini...sedap eh...sedap jugak belasah maggi sesekalikan...
duhhh kenapalah buat pasal maggie... lapar nie ..rasa terus nak beli
nampak macam sedap je..nak cuba jugak lah..ingatkan lada merah2 tu.. pedas bebenor la nanti..hihi
ohoi.. tergoda.. ada nampak hari tu, nak beli tapi takut tak sedap, Aini dah promote ni, nanti bolehlaa beli. Hehehe :)
haiss terliur leee
perghh terliur tgk..hahaha..cm best ja kna try ni..
Ini baru standartttt *gaya Chef Ismail*
Alaa.. Alia belum jumpa lagi Mamee Chef ni. Kalau dah jumpa nanti kena la beli bayak sikit. Just in case lapar tengah-tengah malam kan. Hehe
Kecur air liur tengok gambaq kak haaa (T_T)
semalam beli barang dapur dah ambil dah ni... tapi bila tgk harga... er.. next time la beli.. hihihi
terliur kak tengok... tak pernah cuba lagi... nanti bolehlah try... kak pun suka tomyam...
ciksu tak pernah try lagi.asyik beli sajimee je..tp tgk iklan mm best :)
berapa harganya?lagi murah dari sajimee atau tak?