Semalam keputusan SPM dan juga STPM telah pun selamat keluar dengan jayanya..hehe. Kelakar je bunyinya. Tahniah pada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Pada yang tak berjaya, janganlah bersedih hati, InsyaAllah..pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Terimbau kenangan waktu ambil SPM dulu..saya sampai lambat sikit, diluar dewan riuh dengan suara-suara cikgu-cikgu dan rakan-rakan. Dubdubdabdab rasa hati. Takut, seronok dan macam-macam perasaan ada. Ada kawan-kawan yang dapat 6A, 7A..waaah..makin berdebar ni. Saya jumpa 3 orang kawan baik saya. Kami melangkah ke dewan sama-sama, ambil result berdebar-debar sungguh. Kami buka result kami.
Ya Allah..melompat-lompat seronok. Peluk-peluk dan ketawa sama-sama. Alhamdulillah..berkat usaha kami. Walaupun kami bukanlah dari sekolah asrama penuh mahupun MRSM tapi kami tetap dapat buktikan bahawa pelajar luar bandar pun mampu buat yang terbaik. Subjek tambahan yang kami ambil pun, alhamdulillah. Siap tunjuk dekat ustaz, ustaz kami dapat A+..hehe. Ustaz hensem senyumanmu manis. ^___^ Terima kasih cikgu. Rindu cikgu-cikgu yang kami sayang dunia akhirat.
Rezeki dari Allah..Sesungguhnya setiap kejayaan itu haruslah di mulakan dengan usaha. Tiada istilah orang yang bodoh di dunia ini. Semua orang mampu berjaya. Kalau gagal sekali bukan bererti gagal buat selama-lamanya. Teruskan berusaha. Rezeki dan nikmat Allah sangat luas dan banyak. InsyaAllah, suatu hari nanti mesti melekat punya dekat kita, tidak di dunia pasti Allah beri di akhirat. Janganlah sedih ye adik-adik ku.
Frust, kecewa, sedih sebab tak dapat apa yang kita impikan? Jom kita baca doa ini sama-sama ye.
Pengukur kejayaan seseorang bukan terletak pada A nya sahaja tapi berdasarkan pencapaiannya pada masa hadapan. Kalau A banyak, tapi tiada masa depan kan tiada guna juga kan kan kan.. Jadi janganlah putus asa dan terus kecewa. Teruskan sahaja berusaha ye. Jangan sedih-sedih, Allah sentiasa ada. Luahkan pada DIA, DIA faham dan tahu segalanya. Allah itu sangat-sangat "sweet". Dia sayang semua hamba-hambanya.
Orang yang berjaya adalah orang yang tidak menyimpan rasa amarah dan rasa sakit hati kerana kekecewaan yang lalu, tetapi terus menyimpan semangat untuk terus maju kehadapan.
p/s: Salam Jumaat semua. Solat Jumaat, jangan lupa. Tak solat Jumaat 3 kali, ditutup pintu hati. >___<
26 comments
terharu rasa baca entry kak aini :') hummmmm.
salam jumaat akak. :)
tahniah :)
Betul tu kak... Siape yang cakap "kalau SPM tak elok macam ni, sah gelap masa depan"... Kan ayat tu macam ayat syirik. Allah yang tentukan segalanya. Bukan SPM...
*budak kecik tumpang berceramah heeee*
tahniahh...
teringat zaman akak amik result dulu..
punyer lah berdebarrr..
hehe
Salam.. bru 1st singgah sini :)
setuju dgn entry nie.
aip aini!!! sempat lg tu..
ustaz hensem senyumanmu manis...hahahahaha!!!!
aip aini!!! sempat lg tu..
ustaz hensem senyumanmu manis...hahahahaha!!!!
hee.. semangat balik baca entry akak.. ^^ bukan rezeki Lissa laa untuk SPM nii kan, kak..? hee tapi x paa.. senang hati Lissa ada akak selalu bagi semangat ngan Lissa hehe.. sayang akak tauu.. ^^
tingat zaman skolah dulu.. :(
kak kurang faham spm sekarang..
zaman kak, pangkat 1,2,3 dan aggreget. payah juga....
anak2 pun masih sekolah rendah...
hehe tu la kpd adik2 yg tak berapa cemerlang jgn putus asa...hidup ni ada byk jalan...bukan satu jalan je nak capai kejayaan tu...
And.... I'm NEXT akak! Nervous tahap nak meninggal ni. Saya cadang nak stop blogging dah. Tapi tak tahu bila patut stop. Sebab nak fokus SPM. Lepas SPM nanti, terpulang kan nak blogging sampai tak tidur pun takpe. Huhu. Apa cadangan akak? Perlu ke saya henti atau cuma update sekali sekala je?
Betul tu..anak luar bandar pun bole berjaya..bole beli rumah agam..bole beli kereta import...bole jadi blogger...hahahaha
teringat balik time ambik result dulu hak2 ,seram ..
kebanyakan org sekarang ni pandang pada 'A' saje . ish . SPM ni satu permulaan , bukan satu pengakhiran . kan kak :')
Allah ada perancangan yang terbaik untuk hambanya . mungkin buat masa skrg , rezeki nya begini . lain masa , siapa tahu ? ^^
Wah...mesti bagus result aini kan.. semoga lepasan SPM dan STPM yg baca entry Aini ni akan lega dari rasa bsalah dan kebuntuan...
selamat maju jaya.. :)
teringat tahun spm.. banyak dugaan... :)
betul tu. jangan sedih-sedih. kejayaan kite tidak semestinya tamat disini sahaja. masih bnyk lagi yg perlu kite hadapi pd mase akan dtg
InsyaALlah moga Allah tetapkan yang terbaik utk masa depan kita. Sy bukan terdiri di kalangan org bijak pandai, SPM pon bukan dpt straight A's, tp alhamdulillah, keluarga sy, ayah sy, dia berikan yang terbaik utk sy, bangunkan sy bila sy jatuh.
Hakikat sebenar, walau kita buat sebuah buku khas utk mereka yg "gagal", belum tentu dlm meredakan hati mereka, yang penting adalah sokongan org2 sekeliling dan x memandang rendah, biar la org "jauh" nk kutuk apa pun, asalkan org "dekat" sentiasa bg sokongan, insyaAllah, yang gagal tu mungkin blh jadi lebih bjaya satu hari nti. Amin. Bangkit dan senyum =)
touchingnya.. setiap orang ada rezekinya. yang penting kena ada usaha walaupun keputusan tidak berapa baik.. kehidupan masih boleh diteruskan..
betul... rezeki orang berbeza-beza... kdg2 kalau kite dapat A berbillion2 pon, rezeki lain tak ada... kan.. kdg2 tak ade A juta-juta tapi rezeki mencurah-curah.. sabar je la. Dugaan Allah ada hikmahNya. =)
Assalamualaikum, jom join. Maaflah kalau awak dah join terlebih dahulu. ^_^
http://boladuri.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
Dulu masa SPM result saya teruk haa. Lepastu masuk tingkatan 6 pakai baju sekolah lagi memang rasa tertekan sangat sebab kawan-kawan semua pakai baju cecantik aje pergi belajar u_u
Tapi Alhamdulillah, result STPM saya haritu boleh tebus kesedihan lalu. Cewahhh :D
Ya, ya, ya, ya, ya, betul tu!!!! SPM bukan penentu masa depan. Berapa ramai yang dapat keputusan bagus pun belum dapat kerja lagi. Yang penting akademik mestilah seiring dengan koko. Itulah pesanan cikgu. ^_^
setujuu sgt2 dgn aini... mmg spm itu penting, tp ia bknlah sgla galanya.. insyaAllah ade rzki dn bhgian msg2.. siapa berusaha mmg akn dpt :)