07 January 2013

TAUFAN SONAMU bakal melanda?

Assalamualaikum..

Semua yang berada di kawasan pantai timur di nasihatkan supaya berhati-hati kerana Ribut Taufan SONAMU, akan melanda? Dekat tempat saya kejap hujan kejap tak, tapi kalau hujan sangat lebat.

Jabatan Meteorology Malaysia

Semalam Jabatan Meteorologi Malaysia keluarkan kenyataan bahawa sekarang wilayah pantai timur mengalami hujan tahap kuning. Tahap kuning ini membawa maksud hujan sekejap-sekejap, kadang kala sederhana, kadang kala lebat. Tahap oren, hujan bersama ribut, taufan yang boleh menerbangkan atap bumbung. Tahap merah, paling bahaya. SubhanaAllah, takutnya.

Pantai timur dilanda ribut 2013

Sekarang dikatakan ribut taufan Sonamu melanda Terengganu. Kesahihannya masih belum dapat di pastikan, sebab Jabatan Meteorologi Malaysia tak keluarkan apa-apa maklumat pun berkaitan dengan ribut ini. Tapi kita berdoa supaya mereka di sana selamat.

Ada juga yang maklumkan bahawa ribut ini masih jauh dari Malaysia dan di bawah pemantauan rapi. Jadi jangan buat speakulasi terlebih dahulu, cuma kita buat persediaan awal.

UPDATE :
Tropical storm Sonamu is forecast to strike Malaysia at about 06:00 GMT on 8 January. -Sumber-
8 januari jam 6

Sonamu is forecast to turn to the south-southwest and make landfall early next week in east central Malaysia. - sumber-

UPDATE : 10:23 AM 7/01/2013


Di Malaysia

Update yang lain juga boleh di ikuti di : https://www.facebook.com/malaysiamet

Kita berdoa pada Allah S.W.T moga di jauhkan angin tersebut dari melanda negara kita. Jangan teralu panik, tetapi pastikan kita ambil langkah berjaga-jaga.


8 comments

January 7, 2013 at 2:08 AM

apa2 pun kena standby...semoga taufan tu tak sempat sampai...

January 7, 2013 at 2:14 AM

hari ni cerah... tak tau la esok camner..risau sangat

January 7, 2013 at 2:31 AM

@Hatimi Tahirruddin Betul..kita ambil langkah berjaga2.

@Nieyxzha Hassan saya yang duduk dekat pahang pun risau kak..minta2 lah di jauhkan dari angin tersebut. Beralih angin.

January 7, 2013 at 8:20 AM

Ya Allah. dengar dengar jugak pasal ribut ni. dah la memang orang pantai timur kan.. semoga segala galanya selamat. Aaminn.

January 7, 2013 at 9:56 AM

risaunye kan, cyda baru tau pasal taufan ni pagi tadi, takutnye kan.. haih~

January 7, 2013 at 10:21 AM

@Maria Menado~ kan akak..kita yang pantai timur ni takut kan..kita doakan semoga angin itu berubah arah..amin ya rabbal alamin.

@Cik Syida Itulah trending pasal benda ni dekat fb. Saya dengar dari berita semalam.

January 7, 2013 at 12:58 PM

taufan sonamu? mintak mintaklah tak sampai ke malaysia, hmm dekat kuantan masih lagi cerah. huhu

January 7, 2013 at 6:26 PM

huhu...apepun sediakan payung sebelum hujan... moga mereka di Pantai Timur ambil langkah berjaga2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome