30 January 2013

Tanggungjawab Anak Lelaki

Assalamualaikum...


Rasa sangat sedih mendengar rayuan seorang nenek mengenai anaknya, menceritakan bahawa anak lelakinya mengamuk. Tidak lagi mampu menjaganya, pentingkan isterinya. Ugut ibu nak duit. Mengungkit pemberian. Ada saja kelakuan ibunya yang tak kena di matanya. Di halau dari rumah bila tak di perlukan, menelefon bila ada keperluan. Ohh..anak.. Kesian Ibu.

Sangat-sangat sedih bila kita dengar dan lihat perkara ini depan mata. Tidakkah mereka sedar betapa besarnya tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap kedua ibu bapanya.

Kesian nenek tua.. Berkata " Aku tak ada tanah nak buat rumah"

Dahulunya rumah itu miliknya, kini bertukar tangan kerana tidak mampu membayar lebihan harga, rumah kampung itu. Bila nenek itu sakit, tidak mampu berjalan, di halau keluar kerana arahan si isteri. Hebatnya anak.

Tolonglah jadi anak yang lebih bertanggungjawab. Jangan tinggalkan ibu mahupun ayah yang dah sakit tua, tidak lagi mampu bekerja. Kalau dulu, ibu bapa kitalah yang membelai, memanjakan kita, menyayangi kita ibarat menatang minyak yang penuh. Tak sanggup melihat minyak itu tumpah walaupun sedikit. Tidakkah kita kasih kepada mereka?

Anak lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar berbanding anak perempuan. Anak lelaki tetap kena jaga ibu bapa walaupun dah kahwin  sekalipun mempunyai isteri yang cantik dan jelita. Pentingkanlah ibu bapa. Kasihkan lah mereka, sanggup ke kita tengok ibu bapa kita merempat tidur di jalanan.

Saya lihat perkara itu depan mata saya sendiri. Ya Allah, kenapa kau buang ibu bapa. Mereka juga yang menjadi kan kau kaya dan berjaya. Syurga anak lelaki masih di bawah telapak kaki ibu bukan si isteri.

Banyak harta, banyak isteri yang cantik, banyak segala-galanya tapi tak kan tertanding dengan nilai kasih sayang dari ibu dan ayah.


Semoga kita menjadi anak yang bertanggungjawab dan dijauh dari sifat yang sedemikian.


p/s: Terlalu sedih tengok nenek tu. Siapa pun ibu bapa kita, kita kena jaga dan sayang mereka sampai hujung nyawa.

26 comments

January 30, 2013 at 9:08 PM

siapa suka gadget yg gerlish2?? saya ada jual ribbon watch..kalau suka jom beli!!! tolong sebarkan sekali yerr
http://nurainishahroni.blogspot.com/2013/01/gerlish-ribbon-watch.html

January 30, 2013 at 9:10 PM

betul tu aini...mmg tanggungjawab anak lelaki utk jaga ibu bapa....

January 30, 2013 at 9:23 PM

share yg terbaek ni...harap yg kat luar sane, yg terajang ibu bapa, harap2 brubah la..

January 30, 2013 at 9:32 PM

sape buat mcm tu dik ? huhu aini tlg sepak die balik.. smpaiii hatii.. huu moga Allah bg kesempatan utk die berubah... ye t/jwb ank lelaki mmbela mak ayh ..jgn abaikn mereka !

January 30, 2013 at 9:40 PM

@Hatimi Tahirruddin Alhamdulillah..kalau semua tahu erti tanggungjawab kan timi.

January 30, 2013 at 9:41 PM

@Paly Semoga berubah menjadi anak yang baik kan. Amin.

January 30, 2013 at 9:42 PM

@Mar Haini Abdul Rahim sedih kak..sedih sangat2..kalau dapat dah lama rasanya kena dengan saya. Betul, jadilah anak lelaki yang bertanggungjawab. Ya Allah, jadikan saya anak perempuan yang bertanggungjawab juga..sedih dan takut jadi macam tu.

January 30, 2013 at 9:42 PM

Aini tengok kat mana? depan mata? kesiannya.. kalau saya, konpem nangis tgh2 situ jugak :'(

January 30, 2013 at 9:45 PM

@Hanida Moss A'ah kak..sedih sangat2. Tak tahu nak cakap macam mana.

January 30, 2013 at 11:19 PM

ya allah sgt kesian nenek tu.. memg tanggungjawab anak lelaki tetapi kalau xda anak lelaki anak perempuan pun boleh tapi atas budi bicara suami.. kesiannya

January 30, 2013 at 11:26 PM

salam... Hari ni dia bt jahat pada mak n mentua, suatu hari nanti anak dan menantu dia pulak balas pkara yg sama.

January 31, 2013 at 12:44 AM

tanggungjawab anak lelaki sgt berat. even mereka dah kahwin pun,still ada tanggungjawab pada ibu bapa.lain dgn anak perempuan.apepun,kita kena selalu ingat yg ibu bapa sgt berjasa pd kita semua. hormati dan sayangi mereka

January 31, 2013 at 2:57 AM

hebat isteri dye sampai macam tuh sekali anak lelaki tuh perlakukan ibunya. tak sedarkah ye akan tggjwbnya utk mjga kedua ibubapanya? Ya Allah. simpati dgn nsib nenek tuh. Kasih ayah sepanjang masa, kasih ibu membawa ke syurga :)

sayangilah ibubapa kita ^^

January 31, 2013 at 8:37 AM

tanggungjawab anak lelaki sememangnya penting and wajib walaupun dy dah kahwin..

January 31, 2013 at 8:59 AM

betul-betul ke ada jadi? kejamnya.. tak pe laa, Allah ada.. balasan Allah sekejap je pada manusia macam tu..

January 31, 2013 at 11:51 AM

besar tanggungjawab seorg lelaki ye...

January 31, 2013 at 12:35 PM

kak aini, tukar .my balik yeee xD hehehe. hmm akak tengok kat mana kak? kalau saya ada kat situ, dah berjujuran air mata agaknya :'(

January 31, 2013 at 1:15 PM

mmg tu tangungjawap anak lelaki.. ^_^

lama gak x singgah sini..

January 31, 2013 at 1:38 PM

lelaki yang lebih menyayanyi isteri daripada ibunya pasti jauh dari syurga Allah. Para isteri pun, jangan hasut suami anda bencikan ibunya.. berdosa besar..

January 31, 2013 at 2:11 PM

kita tak boleh buat cm tu kat org tua. nanty takut tak larat hidup nty...

January 31, 2013 at 3:06 PM

besar juga tanggungjawab seorang lelaki ni kn? jadi suami,jadi pembimbing,jadi ayah,jadi anak,jadi abang..woww btul sangt apa yg aini kata,sape pun ibu bapa kita,kite kena tetap sayang mereka..mereka satu,tiada galang gantinya..:)

February 1, 2013 at 1:23 AM

betul tu dear... tanggungjawab anak lelaki ni sangat besar.. even dorang dah kahwin pun, tanggungjawab keluarga atas mereka tetap no satu

February 1, 2013 at 8:37 AM

memang tanggungjawab anak lelaki.
akak ni pun menantu anak sulong, tapi mertua lebih seronok ajak ank perempuan duduk dengan dia...nk wat cm na

February 1, 2013 at 11:03 AM

umm. kesian si anak sebab tak sedar besarnya pahala pelihara ibu bila masa tuanya.

betul tanggungjawab anak lelaki besar. syurga mereka masih di bawah tapak kaki ibu lain dengan kite perempuan, sejurus ijabQabul syurga kite di bawah tapak kaki suami... =(

Semoga nenek tu dipermudahkan urusan olehNya.

February 1, 2013 at 1:32 PM

setuju dengan cik aini. ermmmm, isteri sepaptutnya main peranan bantu suami untuk tak jadi anak derhaka. neh lain pulak jadinya. isteri kena sedar nanti dia pun akan jadi ibu, apa dia rasa kalau anak lelaki dia pulak lebihkan isteri daripada dia sampai mcm neh sekali huhuhu.

February 1, 2013 at 4:45 PM

Ya Allah sedihnya kak :/ . memang tanggungjawab anak lelaki ni besar . even dah kahwin , tp syurga tetap bwh kaki ibu kandung dia . tp sekarang ramai yg buat-2 tak tahu je .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome