Satu penyakit saya yang mungkin orang ramai tak tahu (perlu ke orang ramai tahu?) adalah suka tersengih, ketawa, cakap seorang diri, tepuk tangan malam-malam. hehe..Sakit mental je.
Membaca adalah satu proses membuka minda kita supaya menjadi lebih matang, berinformasi dan juga celik dari semua segi.
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu."Di sebabkan memang mempunyai "penyakit" membaca, maka kalau tak membaca tak boleh tidur. Bahaya "penyakit" ini sebenarnya, kerana kalau buku atau blog yang di baca itu best, sampai ke sudah, saya tak tidur.
Kenapa berpenyakit?sebab kalau saya lihat, terbaca kejayaan orang, atau dalam kata lain, lihat orang lain hebat, saya akan tepuk tangan kuat-kuat seorang diri. Dalam bilik, walaupun dah malam. Tepuk juga. Tersengih dah terbiasa. Lagi parah sambil tepuk tangan sambil ketawa, tak ke gila. Malam tu, bukan siang hari.
Kalau umi dengar, dia mungkin akan cakap
"Kesian anak aku gila" hehe..gurau-gurau.
Saya cakap sambil tepuk tangan.
"Wah hebatnya orang ni.." tepuk tangan.
"Wah..bagusnya blogger ni.." tepuk tangan.
"Hahaha..bangga aku tengok kejayaan blogger ni.." (padahal tak ada kaitan) tepuk tangan.
"Waaa..mesti blogger ni pandai.." tepuk tanganCerita best, ulasan terbaik..semua aku tepuk. Macam kanak-kanak ribena dah ni.
Semua nak tepuk, dah malam lah, wey.. Cik Aini oiii..
Motif : Aku tersenyum sendirian melihat kejayaan orang lain. Seronok melihat orang lain berjaya, dan baca kisah mereka terutama blogger. Semua pandai-pandai kan. Ada kelebihannya yang tersendiri. Terselit rasa bangga, dan sedikit sebanyak memotivasikan diri untuk cuba jadi yang terbaik dalam yang terbaik. Reflect balik pada diri..kecil dan lemahnya aku.
"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."
p/s : Best tak jadi blogger? ^___^
15 comments
biar betik, eh.. teringin nak tengok aini tepuk2 tangan.. hehehehe..
ps: Best jadi blogger.. byk info boleh di kongsi, kat situ kte akan jumpa ramaiiii kawan yg bg komen jujur walaupun kita tak kenal dorang :D
kejayaan org lain blh dijadikan pemangking semangat utk kita berjaya :)
hehe ingatkan penyakit apa akk nii., hehe biasa laa tuu kak, kalau eksaited masing-masing ada reaction tersendiri., hehe Lissa kalau eksaited, ketawa sorang2 sambil lompat2., tp make sure x da orang tengok laa., hihi >^^<
mmg besttttttttttttttttttt jd blogger sebab dapat kenal macam macam gelagat dan isi hati para blogger yg mmg sempoi sempoi semuanya ;) terutamanya mcm Aini.. mmg sempoiiiiiiiiiii ;)
hahaha. saya pun dah macam cik aini dah. tergelak sorang2 bila baca entry cik aini neh. huhuhu. act, dah lama saya nak cakap,cik aini ada bakat menulis bagi org lain terhibur laa! huhu. kalau tak caya cer baca balik entry2 lama cik aini. huhuhu.
#betul tuh. kejayaan org buat kita happy jugak. pengalaman orang pulak mengajar kita banyak perkara. bestkan dunia blogging neh?? huhuhuhu
haha , akak suka ketawa , walaupun benda tu tak kelakar mana pn . org lain rilek je , akak yg over plak . terus maluuu . huu :P
aini, ika nak mntak tolong...
camner nak buang malware dalam blog
@Nur Atiqah Mohd Zaki saya bagitahu dekat cbox awak ye.
Eh, tak apa lah penyakit macam tu.. Lagipun saya ada juga berangan-angan tak pasal-pasal.. Kes biasa je tu
wah lain mcm pulak penyakit awk ni ye...siap tepuk amai2 di malam hari lg...hehehe
saya kena mambaca jugak sebelum tidur, tak kira jenis bahan bacaan. majalah ke, novel ke, komik ke. hahaha. kadang kadang surat khabar lama pun saya baca. wkwkwkwkw :p
jadi blogger bestttttttt xD
haha. tak pernah lah pulak sampai bertepuk tangan. setakat sengih sensorang selalu lah. :D
setuju! =)
hihi memang pelik:D
ajaib ni serba guna tau dik:D
meh jenguk sini..
http://lobaksusue.blogspot.com/2012/11/kisah-si-pemanggang-ajaib-menarik.html
huyyo ni penyakit yg best ni . hihi
bella tepuk tangan bila tengok belog akak . haaaa :B