Petang-petang ni mesti sedapkan minum, minuman yang sejuk. Hehe..disebabkan terajin, hari ni saya buat jus cocktail. Rasanya cocktail ni memang satu-satunya minuman buah-buahan yang paling mudah dan ringkas.
Amboi siap dua..hehe..macam biasa, motifnya? Saja..
Kalau ada yang nak cuba cocktail ni, boleh lah cuba resipi saya ni. Memang sangat senang.
Bahan-bahannya :
- Susu cair
- Cocktail Buah-buahan
- Jelly/ Sumi
- Nata De'Coco
- Laici (Tambahan)
- Air gula (Gunakan air panas untuk mempercepatkan proses gula itu cair)
- Ais/ Air Batu/ Ais Ketul/ Ice Cube (hehe, semua jenis ais)
- Soda(Kalau tak nak pun boleh)
- Air masak (kalau terlebih manis)
Cara membuat:
Masukkan air gula, susu cair dan soda di dalam satu jag. Kacau hingga rata. Kemudian masukkan cocktail buah-buahan, Nata De' Coco dan juga Jelly. Kacau lagi hingga sebati bersama.
Dan masukkan ais..dah siap. Jadilah Cocktail yang mudah dan lazat..Lazat ke? err..sedap.
Hehe..mudah kan. Dengan kata lain, campak je mana yang patut. T___T
Selamat mencuba dan jemput minum semua.
21 comments
Mmg sedap lagi2 kalau masuk esbox!
perghhh..nampak sedappppp
wah wah! senang nak buat, nampak sedap juga. Diana nak cuba nanti!
terima kasih ye share recipe :D
akak pon selalu buat cam ni kalau buat open house, cuma susu tu ja waktu nak minum baru campur & buh ais. bru ada ummhh... :)
memang nampak mudah.. dan lazatt.. sluurrpp. hehe.
akak ade satu habit.. malas. kihkih. tapi bila habit rajen akak sampai.. memang sampai hari2 akak buat. =P
wah sedap ni...hehe...nak mintak sikit boleh tak aini?
nampak sangat2 mudah..tQ dik for sharing resepi ni..nti akk nak cuba la.. ;)
khamis nie balik rumah, nak try kat rumah nanti..hehe tq ;)
uiiiiiiiii siap bagi resipi lagi. siyes saya suka jugak benda2 mcm neh! tapiii saya lagi suka makan jerk tanpa buat ahaha. jelas kemalasan nya di situ huhuhu
waaa.. sedapnyaa.. hee
motifnya saja nak bg readers terliur..haha!!
sedapnye.... kt opis kte selalu buat benda ni kalau ada makan2.. owh, terliur!
sangat mudah dan boleh cuba ni Aini...
sedapnyer..lame tak makan coaktail
nyum3.........
selalu ayah chot jer yg rajin wat bnda ni..hehehe anak dia ni taw makan jer..hehe
bolehkah saya mahu rasa barang segelas dua :D
Best jugak, nak try buatlah..
Terrrrbaayyeekkkk la aini....
Terrrbaaayeeekkk la aini....
agak2 nie utk berapa org ek?