Siapa dekat sini yang tak pernah berangan? Cuba angkat tangan. Serious ke? Hehe..rugi sangatlah kalau tak pernah berangan. Berangan ni seronok tau, dan yang pastinya ianya percuma. Tiada siapa dapat halang dan tahan diri kita daripada menyimpan angan-angan.
Biasa kita dengar, alah angan-angan taik ayam je tu. Errr..berangan kamu, ada bau ye? Bau taik ayam? Memanglah angan taik ayam sebab berangan dekat sebelah reban ayam. Dah kena tempias ayam..hehe..
Aini...tak lawak okay..
Siapa kata, berangan kita ni tak boleh jadi kenyataan? Tak boleh jadi realiti? Siapa yang cakap macam itu, bererti hidup dia tak pernah ada tujuan dan maltamat. Sebab, setiap kejayaan itu kita mulakan dengan angan-angan kan. Misalnya, kita nak jadi seorang guru. Apa yang kita buat, kita berangan dulu kan, kita set kan otak kita, nak jadi cikgu, kena belajar rajin-rajin, dapat result yang gempak-gempak. Jadi kita atur strategi kita untuk merealisasikan angan-angan kita tu.
Berangan nak rumah besar, kereta mewah, semua itu boleh jadi kenyataan jika kita ada usaha. Angan-angan itu akan jadi taik ayam malah jadi lebih busuk daripada taik ayam kerana kita tak pernah berusaha.
Saya suka juga berangan ni, kalau berangan semua benda yang best-best dan yang indah-indah je kan. Ada ke kita berangan benda yang tak elok? Ehh..jangan.
Berangan tak ada had, tapi jangan gunakan ke arah yang negatif, terlebih berangan nanti bimbang pula menjadi tekanan jiwa dan perasaan. Ye lah, gara-gara terlampau berangan, dan angan-angan yang di impikan tak menjadi kenyataan, maka terdoronglah diri melakukan perkara yang melangkaui batas-batas norma seorang manusia yang beragama Islam.
Justeru itu, teruskan berangan kerana ianya percuma, indah dan insyaAllah pasti akan jadi kenyataan. Tapi ingat usaha, doa dan tawakal itu perlu.
p/s: Panjangnya tulis..memang kuat berangan betul. Tahniah, kepada sesiapa yang baca sampai habis. Anda memang hebat. T____T
20 comments
Salamm....nice entry.....
haruslah baca sampai habis...
penat tu aini tulis sambil berangan... :D :D
jom berangan sambil berusaha...
u can do it!! ^_^
Lissa suka berangan... hehehehe
berangan itu fundamental untk paly, hahaha
Cheqkaq pon suke berangan Tp x terlampau..ade sorang ank buah cheqkaq suke berangan nk jadi kaya n Bawak kete mewah..skang dia dh berjaya!yea!!hehe..
Assalamualaikum adik.. Salam kenal.. Kak Ros follow sini :)
haa, kuat berangan ye?..hihi.. Kadang-kadang berangan ni pun ada kesan positif kan.. Boleh jadi semangat untuk kita terus berjaya :)
ain salu berangan nk kawen ngan shah is..hope jadi realiti la ..eh... ahhahaha....
akak hebat lah mcm tu.
sep sep.. akak suke verangan. haha. verangan yg dtgkan senyuman. kihkih.
cth: geram kat tokey kedai tadi konon2, balik verangan kalo akak cepuk cepuk muka dia kan best. lepas tu sengih2. err.. verangan versi akak ni 18xx ye. jangan ikot. =P
hehe akak rasa ade nama baru utk berangan ni.. bru td dengar Dr Muhaya ckp, bole pgl "mental movie" hihi :D
Hehehe kalau berangan, rumah atas kayangan pon boleh dpt. Cume akak harap, apa yg akak benar2 nak, impian akak, angan2 akak menjadi kenyataan. InsyaAllah, jangan risau, akak x mintak rumah diats kayangan :D
berangan xkemana..
letakkan matlamat, itu yang penting..
berangan tak salah..betul kata2 aini tu. cuma kita pilih sendiri nak angan positif or negatif :)
yup berangan2 dulu...lepas tu baru boleh merancang strategi...
memang kena berangan dulu barulah boleh dpt apa yang diangankan tu...angan-angan boleh jadi pendorong berusaha dgn lebih kuat.
hehe... al kadang-kadang berangan jgak.. tapi angan-angan al mcm over, sbb al berangan jd novelis terkenal...hahaha....mmg over....
hehehehe, cyda suka berangan. Actually, bila berangan sebenarnya kita cuba grab apa yang kita nak, dari situ kte akan berusaha untuk capai kejayaan itu :D
bella pun suka berangan ! hee . memang la kena berangan dulu . dari situ la kita akan usaha sungguh-2 untuk capa apa yg kita nak . kan kak ? hee
mak dara masa kecik2 mmg plg suka berangan.. sampai besar masukkan semua angannan tu dalam skrip drama at least dpt realisasikan melalui drama pun jadilah kan hehehe
eh, sonok kot berangan?? mana ada kena duit. tak kacau orang pun. buat hati bertambah senang jerk. ahahhaah. cik aini. bijak cari tajuk nak update!! saya?? makin dah tua makn tak tau nak update hape keh2
kalau la berangan ni kena bayar, tak sanggup akk nak bayar..ahaha..keje pun gaji skit.. hbis la duit akk nti..nak kawin pun tak boleh.. :p
eh, tgk..taip komen pun dah ter'berangan' juga ni..ahahahaha..