Ujian yang di beri oleh Allah untuk hambanya adalah untuk menguji tahap keimanan dalam diri kita. Kalau kita nak rumah besar(tak habis rumah besar, berangan lah tu), kita mesti bersusah dahulu kan. Macam Syurga itu juga, kalau nak ganjaran syurga, kita kenalah di uji, masakan kita inginkan syurga tapi tak sanggup di uji.
Hari ini baru saya faham, kenapa saya di uji oleh Allah. Haii..lambat sungguh nak fahamnya. Beberapa hari yang lalu, anak kucing saya yang sangat comel dan sangat saya sayang sakit tiba-tiba. Dia tak berdaya nak berjalan.Ya Allah, tak tahu sebab apa. Beberapa hari dia tak makan. Risaunya, ingatkan demam, tapi tak pun. Dekat sini, tak ada klinik haiwan, kalau tak, dah lama saya bawa dia pergi klinik.
Malam semalam, tergerak hati nak tengok dia. Saya pegang dia, dia bergerak tapi tak kuat macam dulu-dulu. Lagi lemah dari hari biasa, saya tengok mata dia tak bergerak. Ya Allah, kenapa..kucing aku kenapa jadi macam ni. Dia sakit apa sebenarnya. Cakap, seorang-seorang..Adik kenapa jadi macam ni. Adik sakit apa.(Saya memang panggil kucing itu adik..kenapa? saja mengada-gada). Nama sebenar dia Garfield sebab di comel macam kartun tu. (Hakikatnya kartun Grafield tu tak comel, tapi nama dia je yang comel.) Mata di kaku, tapi kaki dia masih bergerak-gerak, dia seolah-olah tahan sakit nak mati. Jantung dia perut dia berdegup laju sangat. Saya lepaskan dia jalan pun slow-slow.
Waktu pegang dia tu, ada juga meronta-ronta nak lepas tapi tak kuat. Menangis tanpa suara, sebab dah malam, menangis malam-malam kang orang ingat hantu..hehe. Sedih sangat tengok keadaan dia. Ulang kali pegang dan peluk dia, saya cium dia tapi memang dapat rasa dia sakit dan bakal mati. Saya tak pernah tengok macam mana binatang mati atau manusia meninggal depan mata.
Dan esoknya, iaitu pagi tadi..tanya akak. Mana dia..Akak kata dia dah mati.
Ya Allah, sedih sangat. Saya teringat pada arwah ayah. Kalau saya ada di rumah waktu ayah meninggal, mungkin saya jadi makin sedih. Mungkin jadi lebih teruk, saya meratap pemergian ayah. Mungkin itulah hikmah kenapa Allah tak izinkan saya untuk lihat wajah ayah untuk kali terakhir. Sedangkan kucing saya sakit, saya tengok saat-saat terakhir dia saya sangat sedih, saya pegang badan dia yang hampir kaku, apatah lagi jika saya lihat dan pegang jasad ayah yang pergi buat selama-lamanya.
Rasa sakit dan terkilan masih ada tapi yang wajib harus di dahulukan. Biarkan lah ia berlalu. Kalau terus mengungkit atas tindakan orang lain maka makin sakitlah hati. Walaupun tak dapat lihat wajah ayah untuk kali terakhir, tapi wajah ayah tetap tersemat di hati saya untuk selama-lamanya. Al-fatihah untuk ayah, semoga ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. InsyaAllah, ayah tunggu saya di sana.
Entry ini tak ada gambar, sebab malas nak upload gambar anak kucing tu. Nanti teringat dekat dia, teringat waktu tengok dia nak mati. Kalau kucing mati kita tengok pun seksa, kalau manusia. Ya Allah, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Yang pasti semua yang hidup pasti akan mati. Hanya Allah yang kekal abadi.
p/s: Jangan sedih-sedih, nanti menangis banyak-banyak sakit kepala. Bukan nak cerita supaya sedih ye, tapi nak cerita semua yang berlaku tanpa kita sedar ada hikmahnya. Saya lah tu yang tak sedar. Kalau kita fikir ujian kita berat, kita kena fikir, ujian orang lain yang lebih berat daripada kita. Dah, jom kita main game angry bird. Yihaaa..
15 comments
sabar ok dear..dulu sya pun daa gak kucing,warna oren,manja cantik,atpi hilang macam tu jer..mmg sedih gilaa..nk wat mcm mna kan,msti ada hikmahnya..sabar ok :) btw,cml laa nama tu,garfield..hahaha..ingt kartun tu..:)
sedihnyaa,. huhu stay strong akk~ =')
saya pernah mengalami kejadian yang macam ni akak. sedih tu memang sedih. tapi nak buat cemana kan. sabar ye kak :')
huhu...takpe la dah sampai masa kucing tu pergi....:(
ala ciannya.. tak pe sabar ye.. yang hilang itu akan berganti...
Kuatkan semangat ya Aini...
Redhakan pemergian ayah Aini...
Wilma sentiasa support Aini ^_^
P/S:
Wilma tak berapa suka dengar bunyi angry bird tu...
Setiap kali anak buah Wilma main, mesti kami gaduh2 manja...
Coz Wilma selalu tegur dia, jangan bunyikan sound game tu ^_^
Tapi, anak buah Wilma tu sengaja lagi kuatkan bunyi game dia tu...
Apa lagi, mulalah perang gaduh2 sayang antara anak buah dan Aunty kesayangan dia nie...Hehehe...
Kucing mengajar manusia erti kesabaran dan kasih sayang...
SABAR EA DEAR... ADA HIKMAH DISEBALIKNYA.. DAN ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK BUAT KITA
ya Allah sedihnye kakkk . bella yg baca ni pun dah bergenang dah air mata . akak yg tgk depan-2 lg la :(
al Fatihah untuk arwah ayah akak . insyAllah dia ditempatkan dikalangan org beriman . mesti dia tenang di sana , ada anak yg solehah mcm akak :')
Subhanallah, Allahu Akbar hebak perkongsian ni.. dik, semoga Allah kurniakan kt hati2 yang sentiaasa terbuka dan berlapang dada utk melihat hikmah, bkn masalah.. moga ruh arwah tenang bersama Pencipta kt semua, kt jga akan dikmbalikan :)
huhuhu..tacing2 aaaaaa..hehe..dulu ain ada gak bela kucing tau,kucing tu ain ambik kat sek ,mak dia xde ain ambk la haha..nama dia chenet sbb dia kecik je tapi perot bulat giler *xde kaitan haha..tapi syg dia hidup xlama dia sakit..mang sedeh giler pastu ain xbela dah kucing ...al fatihah tok ayah sis :)
sedihlaa baca Aini, tak mo komen panjang2 :(
hurm sedehnyaaaa!!! saya sangat sayangkan kucing! hurmmm. tapi cik aini kan kita dah kata. saya kan ada dengan cik aini???:) *aku ada kamu* tak mau sedeh3 tauu huhuhu
Anda di review :)
http://www.irwanalessatyme.com/2013/01/review-blog-5-blogger-terpantas.html
xpe aini. sekurang2nya seksa menahan sakit kucing tu dah tak ada. betul tak? =)