29 January 2013

Apa tujuan gambar Pra-Perkahwinan?

Assalamualaikum...

Semalam jalan-jalan blog Kak Mimie, ada terbaca pasal post beliau mengenai gambar pra-perkahwinan ni. Jadi saya tertanya-tanya apa tujuan sebenar gambar pra-perkahwinan ni? Bila kak mimie tanya, saya cakap entah..saya tak faham tujuan sebenarnya. Membazir adalah.

Di sebabkan saya cetek ilmu, saya pergi google. Terjumpalah tujuannya.

Inilah dia antara tujuan gambar pra-perkahwinan di ambil:


Sumber

Ohh..jadi itu tujuannya. Tapi kalau yang melebih-lebih bergambar tu, nak letak dekat kad jemputan juga ke? hehehe..

Saya pernah terbaca yang mana di Indonesia, para ulamak mereka menegah umat islam di sana, mengambil gambar untuk Pra-Perkahwinan ini. Yakini kerana ianya bertentang dengan syariat islam.

Saya google lagi..ehh..macam kau nak kahwin je Aini. Tak adalah, ini kan pengetahuan masa kini dan hadapan..hohoho. Maka saya terjumpa satu artikel penjelasan mengenai pre-wedding ini di blog Zaharudin.net. Jadi untuk penjelasan lanjut boleh baca di sini.

Keratan daripada artikel tersebut


Pendapat saya kalau sekadar untuk imbas kembali masa lalu tak perlu kot. Pasangan itu, tak pernah ambil gambar ke sebelum ni?  hehehe. Kalau untuk simpanan diri sendiri pun, ambil gambar tu janganlah berlebih-lebihan kan.

Gambar Pre-Wedding Irma dan Redza

Selagi ianya tak tersasar dari syariat islam, ianya tak salah. Budaya barat yang tak elok jangan kita ikut kan kan kan. Kita orang timur, buat cara timun..ehh..timur. Lagi-lagi yang Islam bukan Melayu ye, Islam.



Jadi apa pendapat anda tentang gambar pre-wedding ni? Berbaloi, patut atau tidak?


p/s: Tiada niat nak buat orang terasa ye, dan tiada kaitan dengan mana-mana individu. Maaf kalau ada tersalah bicara.



20 comments

January 29, 2013 at 5:49 PM

baru boleh bukak blog akak :) kenapa dari semalam lagi tak boleh kak ? hee simple je redza dengan irma tu. takdelah over kan

January 29, 2013 at 5:58 PM

entahlaa.. tapi memang betul. skrg memang trend.. kadang-kadang trend tu menakutkan, dah laa kos tinggi.. haih!

:D

January 29, 2013 at 6:08 PM

Duit belebih kot :p

January 29, 2013 at 6:14 PM

tak perlu sebenarnya . lagi lagi yg peluk peluk tu . over dari org yg dah kahwin . kalau yg macam irma hasmie tu takpela jugak .

ehem , akak nanti kalau nak buat gambar pra-perkahwinan boleh . tapi kena ajak bella skali yek . ngehngehh

Anonymous
January 29, 2013 at 6:20 PM

bagi Lissa laa kan.. x perlu laa.. sebab kan.. nanti boleh spend banyak lagi untuk gambar kahwin (sah).. heheh lagi berbaloi rasanyaa.. sebab.. lepas kahwin daa x daa apa2 lagi kalau pegang2., so., x daa kontroversi., hehhehe bagi Lissa laa.., >.<

January 29, 2013 at 6:23 PM

btul tu..buat apa nak shoot gmbr bdua2an berpelukan sdgkan lum khwn aduhai..

January 29, 2013 at 6:50 PM

hehe taktau nak komen apa...kdg2 ada jugak yg ambek gambar tu dalam studio utk senang nak edit2....kalau masa hari reception nanti dah sibuk dan takde masa jurugambar nak suruh posing beriya2....masa hari tu nanti lebih kepada gambar yg "live" dan "candid"...

January 29, 2013 at 9:56 PM

msyrkt kt ni mudah sgt terikut2.. huhu tu pentingnya ilmu nak buat ssuatu kena tau asal hukum.. kan :)

January 29, 2013 at 10:33 PM

waaa..post entry akk ada kesinambungan disini...hehehe..

akk kalau ambik pun rasanya untuk buat bnting je kut..tu pun bukan pre wedding..sekadar nak buat tuk tu je.. nak imbau2 tu rasanya bukan orang pham kan..hehe

January 29, 2013 at 11:29 PM

Setuju sgt...1)membazir 2)menyerupai agama lain 3)xmanis
huhu...zmn2 dlu xde pon gamba2 pre-wed ni..mcm2 la zmn skng. dah la btunang pon ade mini-pelamin. chit!

January 30, 2013 at 3:21 AM

suka tgk gambar irma tu... sweet betul!! gmbr pra-perkahwinan ni baru jugak... time akak dulu tak de ni semua... terpulang la pada individu... kita nak komen lebih2 pun tak boleh...

January 30, 2013 at 9:28 AM

akak tak ada pun gambar pra perkahwinan

January 30, 2013 at 1:22 PM

salam, saya juga ada keluarkan entry pasal gambar pre-wedding ni. rasanya tak perlu pun gambar pre-wedding tu.(",)

January 30, 2013 at 2:39 PM

a'ah , baru2 ni ada jugak tgk someone pnye pra perkahwinan .. tp rasa macam ter'over' , belum kahwin tp gmbr mcm dah berumah tangga . huu tepuk dada , tanya iman :)

January 30, 2013 at 9:47 PM

@Amanina hehe..ada masalah domain lah dear..betul, sweet kan mereka. ^___^

January 31, 2013 at 9:35 AM

x perlu pon. membazir je. nak shoot, tggu je pas kawen. kan? hee

January 31, 2013 at 2:25 PM

personally,didiey lebih prefer post-wedding photoshoot iaitu photoshoot lepas berkahwin.lebih sweet kowt. time tu nk pegang pun xharam :) tapi perkara ni subjektif.terpulang pada individu.kalau nak buat boleh je tp jaga batas2 pergaulan.

January 31, 2013 at 3:09 PM

xpat nak komen pasal bnda ni..kadang depend on niat juga..macam nk wat bunting ke apa bagai,mcm yg aini tulis..nk wat kad kawen pun kadang nk juga letak gambar.depend laa..xtahu laa..tapi sya ada terbaca juga "NIAT TAK MENGHALAL KAN SEGALANYA" kan?betul tak..so bab hukum2 ni,mmg xpandai nk komen.. #think ..hehe

February 1, 2013 at 11:13 AM

pada akak tak payah. sebab pre wedd punya gambar.. ikutkan sepanjang masa bercinta cintun dating ditun tu dah banyak gambar amik kan..

lain la orang tak pernah dating sangat. haa.. xde gambar sangat mms aje. hoho. *mcm ade pengalaman aje kan* =P

February 1, 2013 at 1:38 PM

hurmmm ntah laaaa cik aini, tapi kan kalau saya okje kalau nak buat, cumanya berpada2 laaaa. jagala batas masing2 kan? huhuu. kalau dah kawen pun rasa mcm tak manis jerk nak amek gambar2 hot2 berdua tjukkan semua org, apatah lagi belum. huhuh kalau saya laaa, org lain tak tahu. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome