02 January 2013

Warkah Cinta Berbau Syurga

Assalamualaikum...

Ingat tak semalam saya ada post pasal dalam hati bunga-bunga. hehe.. Mesti ada yang fikir, saya bercinta lah tu.

Ehh..bila masa ada orang fikir gitu? Kamu je yang perasan Aini. hehe..

Kenapa saya berbunga-bunga?

Sebab?

Sebab?

Akhirnya dapat juga tahu ending aka episode akhir drama Warkah Cinta yang pernah ditayang di tv alHijrah. Tengok tak cerita ni? Dahulunya saya terlepas tengok beberapa episode, dan tup tup, tak sedarkan diri dah tamat dah. Di sebabkan nak tahu ending dia macam mana, carilah di youtube, dan dapatlah tengok episode akhir cerita itu, itu yang berbunga-bunga tu.

Laaa..pasal itu je ke?

Pasal cerita ini tersangatlah menarik untuk di tonton terutamanya golongan remaja, dewasa lagi bagus. Drama ini diadaptasi dari novel yang bertajuk Warkah Cinta Berbau Syurga. Karya, A. Ubaidillah Alias.

Mesti cerita cinta kan?

Yes, but...novel atau drama ini bukanlah hanya cerita "cinta" semata-mata. Tapi meliputi semua aspek cinta yang "sebenar" bagi remaja mahupun dewasa. Seakan-akan drama Ayat-ayat Cinta kerana berlatar belakangkan Mesir tapi ada kelainannya. Saya pilih cerita ini kerana lebih Islamik, dan lebih dekat dengan jiwa remaja dan anak muda kini.


Pelakonnya pun nampak sweet je, bukan sweet pegang-pegang tangan ye. Lakonan Iman Muda Nazrul(sebagai Amir) dan Heliza Helmi(Wardah).

Suka dengan ayat Amir :
" Wardah, siapakah saya sebenarnya untuk mengatakan Wardah milik saya?


Siapakah saya untuk mengisytiharkan bahawa kita akan bersatu dan kekal selamanya dalam ingatan?

Siapakah saya untuk menyatakan jodoh sudah tetap antara kita?

Adakah saya punya kuasa untuk menetapkan sesuatu yang belum pasti?

Bukankah kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan?"

" Ingat Wardah, tidak berhubung bukan bererti putus.
Berenggang tidak bererti benci.
Kerana kasih yang sejati itu lahir atas dasar keimanan.
Cintailah seseorang kerana Allah. Benci kerana Allah.
Bertemu keranaNya dan berpisah keranaNya.
Jangan jadi seperti mereka yang mabuk dengan cinta nafsu.
Bertemu dan bermesra. 
Berpimpin tangan dan berpasang-pasangan.
Itu adalah kebiasaan yang salah."


Cinta itu indah, cinta itu fitrah, namun janganlah kita salah menafsir cinta, hanya Cinta yang berpaksikan agama yang akan kekal sehingga ke akhirnya.

Fanatic, sampai tertampal cover lama dan cover baru..hehe.

Disebabkan Amir ini tahfiz, dan dia tahu bercinta sebelum nikah ini adalah tidak bertepatan dengan syariat islam(untuk keterangan lanjut boleh pergi blog ustaz A.Ubaidillah Alias ini), maka dia bertindak menjauhkan diri daripada Wardah. Walaupun sebenarnya dalam diam, Amir turut menyimpan perasaan terhadap Wardah ni.

OST Warkah Cinta juga tersangat best dan penuh makna tersirat dan tersurat. ^___^


Jadi kepada peminat novel, kaki novel, terutama novel islamik, bolehlah tengok cerita ni, tak pun beli novel, nanti boleh saya pinjam..hehe. Memang terbaik sangat. Kalau nak tengok bolehlah singgah ke Youtube.


Selamat Menonton dan berbunga-bunga.. ^___^

12 comments

January 2, 2013 at 8:54 AM

best! tak sabar nak tengok jgak!

January 2, 2013 at 10:32 AM

siapa prempuan lg sorg tu??tringin pulak nk tgk citer ni..

January 2, 2013 at 11:31 AM

memang tak miss tengok warkah cinta hari tu...
suka dramanya... ^_^
lagunya pun best didengar...

January 2, 2013 at 3:15 PM

cyda tak tengok lagi, insyaAllah, blk kampung nanti boleh tengok, hehehe :D

January 2, 2013 at 3:16 PM

o0o0...sebab ni ka...ingatkan apa la...heheh

January 2, 2013 at 3:32 PM

minat gak ngan novel....

January 2, 2013 at 3:52 PM

farah jarang tgk tv sbb duduk hostel.. tak taw pon cerite nie.. tp.. mcm best jee.. nk download cte.. then nk beli novel..hee.. btw, thanks for this info sis.. excited nk tgk :D

January 2, 2013 at 4:21 PM

wahhh. mcm best nie. nak kena g beli la novel tuh. hee :)

January 2, 2013 at 7:05 PM

mmg sesuai utk tontonan org yg tengah mabuk bercinta...supaya mereka sedar batasan dan tidak terpengaruh dgn konsep cinta org bukan islam...

January 2, 2013 at 8:28 PM

@IQ = Iez Qis hehe..sangat best..tengoklah dekat youtube ada versi penuh..episode dia sikit je..dalam 12 macam tu. ^__^

Tuan Cimot : Yang seorang lagi itu, pelakon baru, jadi saya tak kenal sangat..tapi nama sebenar dia Amirah rasanya.

Kak Ruha : hehe..kan kak best kan.

Cik Syida : hehe..tengoklah ye, tapi dah habis, kalau nak tengok boleh tengok dekat youtube.

eimah : hehe..haaa..ingat benda lain ye..hehe..ada juga benda lain..hikhikhik..

Haryati : Boleh lah beli novel ni, sangat bermanfaat.

Farah : Hehe..akak pun sama, kalau nak tengok tv kena pergi dewan makan..boleh tengok dekat youtube, tak pun lagi baik adik beli novel. boleh share dengan akak..hehe.. ^__^

Cik Fiza : Best, beli lah, hehe..dah macam promote jual barang dah ni. Tengok cerita pun best.

Hatimi : InsyaAllah, cerita atau novel ni sedikit sebanyak boleh beri mereka pengetahuan.

January 2, 2013 at 10:46 PM

wow.. menarik ni menarik..! hehe... ainiii....... =)

January 2, 2013 at 11:35 PM

thanx atas nasihat aini dlm entry didiey tu :)

didiey try bukak link tu tp blog under maintenance..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome