05 January 2013

Adlin Binti Abd Jalil Hina Islam

Assalamualaikum..



Nauzubillahiminzalik..jauhkan kita daripada perbuatan tersebut. Astagfirullahaladzim.. Apa reaksi anda bila baca status di atas..SubhanaAllah, sangat sedih kan, bila ada yang di kurniakan Islam sebagai agama nya tetapi buta melihat siapa pencipta Nya. Ruginya kita yang Islam ni, terpesong jauh dari landasan. SubhanaAllah..Astagfirullahaladzim, terkejut sangat dan menangis baca status dia. Kesiannya dia kerana ditutup dari kebenaran yang jelas terserlah.


Dia kata dia masih beragama islam. Tetapi menghina Allah..


 

"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-An'aam 6:153)

Orang cakap, kes dia ni dah lama, blog dia dah tutup dah tapi facebook dia masih aktif mencela dan menghina Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. Kesian melihat orang jadi macam ini, yang lebih kesian tengok manusia yang di beri nama Islam tapi like status tu, rata-rata yang like itu adalah Melayu yang Islam

Kalau kita nak like mana-mana status, kita alert sikit tentang apa.. status itu. Kalau kita pakai like je, itu boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri.

Ya Allah, janganlah Engkau pesong kan hati-hati kami jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Ya Allah, Engkau tetapkan iman kami Ya Allah. Engkau ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah. Ya Allah, selamatkan lah kami dari seksaan api neraka Ya Allah, Selamatkan lah saudara-saudara kami Ya Allah.

Kita sayang Islam, kita berdoa semoga dia bertaubat. Kita berdoa supaya kita ditetapkan hati supaya berpegang dengan tali Allah.  Kita sayang Rasulullah, kita amalkan sunnah baginda. Kita Sayang ISLAM, kita jaga Islam. Saya Sayang ISLAM sehingga saya mati.


11 comments

Anonymous
January 5, 2013 at 12:44 PM

Apa jenis manusia lah dia tu -..-

January 5, 2013 at 12:50 PM

masih ade org sebegini. mudah2an dye sedar kesalahan apa yg dye telah lakukan sebelum terlambat nnt

January 5, 2013 at 3:29 PM

tekejut saya baca cik aini. hurmmm ada manusia macam neh kan?? perangai manusia sekang makin pelik2 laaa. Ya Allah, supaya dijauhkan laaa pangai2 pelik macam neh.

January 5, 2013 at 3:37 PM

@FATINHAZWANI Tak tahu kan, nak cakap apa..semoga kita tak jadi macam itu.

@^^eKaTiKaH^^ Betul..akak terkejut baca..sekarang memang ramai macam ni..tapi kita berdoa lah supaya dia kembali ke jalan Allah kan adik.

@Sue PeLik Betul..terkejut sangat2..nazubillah kan. takut sangat..minta di jauhkan.

January 5, 2013 at 4:23 PM

nauzubillahiminzalik... semoga ALLAH jauhkan perkara mcm ni jadi kat kita... al pun ada terbaca dlm blog dy...lg teruk dy kata... hnya mampu beristighfar...mari sama2 kita doakan semoga dy kembali bertaubat...

January 5, 2013 at 5:00 PM

x faham dgn dia nie...

January 5, 2013 at 5:37 PM

dia jadi camtu pasal dia kurg kefahaman ttg islam...takpe kalau mampu tegur dgn hikmah tegur lah dia...org camni bukan mudah kita nak dakwah dgn dia...bagi lah apa dalil pon dia takkan makan punya....kena buat profiling, tgk kisah silam dia, apa kekecewaan yg dia pernah alami...lepas tu baru kita tahu camne nak menangani masalah dia...jauh di sudut hati dia masih mahukan tuhan tapi dia masih teraba2 dan kurg yakin sebab islam dia hanyalah islam yg diwarisi turun temurun...

January 5, 2013 at 5:42 PM

menakutkan jerk..nape jadi smpai mcm 2....parents dia xde bg ajaran agama kerk....insafler.....

January 5, 2013 at 6:00 PM

@Alya Humaira' betul..kita doakan supaya kita jauh dari melakukan perkara yang sedemikian.

@Nur Atiqah Mohd Zaki saya pun tak tahu nak cakap..aishh..hidup di dunia. dunia kita pinjam.

@Hatimi Tahirruddin subhanaAllah..timi semua orang tegur, dia tetap tak makan saman..Ya Allah, dia lawan balik. Dia kena pergi kaunseling atau pakar sebab kalau kita nak nasihat tak tahu nak cakap..betul, mungkin masalah keluarga, atau pun pengaruh rakan. Terlebih berfikir sampai nak gali semua ilmu dan tak berguru, last2 terpesong. Sebab dia ni pandai, bukan bodoh. Iman tak dapat di warisi.

@BoNDa.... Tak tahu lah kak..sebab dia pun bukan muda, belasan tahun, dan boleh berfikir mana yang baik dan buruk, dan bukannya tak pandai..bijak orangnya..salah guna ilmu. Kesian mak ayah dia.

January 6, 2013 at 6:31 PM

belasan tahun ke aini...haishhh muda lagi tu....byk lagi asam garam yg dia belum tempuh....

takpe doakan dia dapat hidayah...org camni kalau dapat hidayah esok dia lebih cintakan islam dari org2 yg cuba nak menasihati dia hari ni...

PS: tegur dgn hikmah bukan bererti kita kena bercakap mcm ustaz atau ustazah...

January 11, 2013 at 7:00 PM

pernah baca...kita doa je lah supaya Allah beri taufik & hidayah pada dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome