Susah juga jadi seorang blogger ini kan?
Lagi senang buat karangan dekat sekolah waktu SPM dulu. Tajuknya sudah di beri, cuma tunggu di buat perkembangan sahaja. Letak pendahuluan, isi, penutup..Dah siap, dah dapat A+. hehe..
Kalau jadi blogger kena sentiasa ada idea, tajuknya sendiri, isinya sendiri. Kalau copy paste nanti tak seronoklah sebab tak ada originality. Cakap pada diri sendiri ni. Macam kerja grafik juga, kalau curi idea orang tak bestlah.
Cakap pasal belajar ni, kalau kita selalu suruh orang tolong buatkan kerja atau assignment kita. Nanti keluar-keluar dapat diploma. Nak kerja.. tak kan kerja kita pun nak surah orang buat. Saya tak faham orang macam ni, suka sangat bergantung pada orang. Kalau kita tak pandai tak apa, asalkan kita rajin dan kuat berusaha. Kita sama-sama belajar, bagi saya tak ada yang pandai, tak ada yang bodoh. Sebab kita dalam proses menambah ilmu. Apa yang penting usaha.
Jangan telalu berharap pada orang. Lagi-lagi kerja grouping. Minta maaf, tapi saya rasa sangat sakit hati, bila kita seorang je yang bertukus lumus siapkan assignment tu. Kita cari maklumat kita taip, kita buat, kita hantar. Semua kita, haa..kan dah mengungkit. Dah tak dapat pahala.
Tapi itu tanggungjawab, kita kena tahu tanggungjawab kita. Dah tu kita buat seorang diri, bersengkang mata, tiada rasa bersalah jauh sekali untuk meminta maaf atau ucapan terima kasih. Saya tak harapkan semua tu, tapi cukuplah ada rasa tanggungjawab.
Tak kan saya nak jadi kemudi kapal dulu, baru semua anak-anak kapal nak bergerak. Janganlah jadi seperti paku, sekali diketuk sekali dia masuk. Saya penat juga asyik jadi tukul, kepala saya pun rasa sakit, asyik nak mengetuk tapi tak masuk-masuk.
Ehh..melalut sudah..
Dah macam-macam ada, dah 2 in 1 dah entry ni. Lain nak di tulis, lain yang keluar.
p/s: Motifnya, kita sebagai manusia kena ada rasa tanggungjawab. Tanggungjawab yang berbentuk vertikal dan horizontol. Tak ada niat nak buka aib orang ye. Maaf kalau ada yang terasa, saya juga selalu buat salah.
21 comments
susah oh jd blogger..kadang2 idea mencurah2..dan kadang2 tade langsung..kosong je..
mmg prob kalau dapat ahli kumpulan yg malas...lepas ni kena keraskan hati pilih ahli kumpulan yg kita fahami...
takpe kalau dia malas nak buat kerja...suruh dia present...kalau tak konfiden nak present suh dia buat kerja2 runner....
kerja berpasukan ni luas...tak semestinya semua org kena buat satu pengkhususan....
jd dalam proses memilih ahli kena tgk ciri2 "istimewa" dalam diri diorg...
bila bekerja nanti pun org2 mcm ni akan ada ramai disekeliling kita...walaupun ni tugasan grafik...tapi ia sebenarnya latihan camne nak handle manusia...haha
@luqman zakaria Betul, bila ada banyak terlebih2..bila datang tak adanya..memang tak ada kan..kosong je.
@Hatimi Tahirruddin Ikut nak keras, memang nak keras tapi kalau group dah ditetapkan sakit mental kan. Tak boleh nak cakap nanti terbuka pula aib makin luas. hehe..Kalau dah nak buat pun tak nak, kalau present menikus dekat belakang sebab tak tahu nak cakap..Mulalah, kau lah mula dulu..kau lah kau. Bukan kerja grafik je timi, assignment bertulis pun..haa..terbuka banyak dah ni..hehe.
HahahaXD Ingat ni milo ke? 2 in 1.. HahahaXD
Ary cuma nak sebut pasal isu no 2 je..
Takpe.. Kalau kena buat keja lebih, yang benefit tu datangnya pada kita^^ Kita tak rugi apa pun^^ Lagi bertambah hebat, adalah^^
paly dah lepas era kerja grouping untk assignment ni, hehehe.. tp memang kene ade rase tggungjawab..
@ary_lee hehe.nasib baik milo tak kopi..hehe..Betul sangat2. Banyak pengalaman dan ilmu yang kita dapat. Tapi kalau setiap kali kerja kumpulan kena buat seorang, saya pun boleh sakit mental..Serious nak menangis sebab kerja lain pun banyak lagi. Markah kami kongsi bersama tapi saya buat seorang diri. TOlonglah saya..hehe. Ehh..mengadu. hehe..tapi benda dah lepas pun..cuma setiap orang perlu ada rasa tanggungjawab kan.
@Paly Waa..seronoknya..hehe..bukan apa sebab markah group untuk semua ahli kumpulan kan..bukan kita seorang. Kalau sekali tak apa, tapi kalau dah setiap sem macam tu. Ya Allah, tabahkan lah hati. Last sem last sem..hehe.
hehehe mmg susah jd blogger yg ada identiti tersendiri. dulu sy pnh cuba post entri2 yg berilmiah so of course rujukan sy byk from Google. tp bila nak kena edit the ori aricles using own words tu yg pening otak tu. last2 sy prefer post entri about my personal life. baru can feel the satisfaction there hehehe.
pernah rasa masa study dulu dan skrg jugak.. bila kita je yg bnyak keluar idea org lain pun sekali ngaku idea die.. hampeh betul
Comelnye doodle tu..watermark tu lagi ohsem!^^
salam.. jadi suri rumah pun susah kan...ari2 nak pikir masak apa. hehehe...cntik lah blog adik ni. kalau upah aini bt header blog akak bole??
yela dik..menjadi seorang blogger ni mmng tak mudah..tapi perasan tak, menjadi seorang blogger yang sentiasa menyalurkan pendapat, cerita, ilmu yng lain, sebenarnya kita menggunakan otak kita ni..kalau time sekolah kita guna tuk fkir tntng subjek tu, subjek ni..tapi bila blogger, dia menulis semuanya.. :)
entry yng menarik..blh nti akk buat entry camni? ;) tp lain skit la storynya..
nak smbung ulas skit pasal kerja dalam group tu..akk tak bape minat sebenarnya..ntah tak tahu napa..tgk pada situasinya la jgk..kalau time sekolah tu tak minat..sebabnya masing2 mmng la mengeluarkan idea...pastu kalau idea tu rasanya mcm tak sesuai, msti mara.. lagi 1, akk jenis suka menulis..sangat2 suka..tapi tak suka kalau dalam 1 kerja tu, macam2 jenis tulisan ada..
hehehe
pergh... mana tangungjawap dorang ni.. huhhu... sabar yer..
omey ar font quote tu. font ape ek.. leh share
Hmm, lumrah la.. sebab 2 bila time group saya suka pilih sendiri :)
Apa2 pun mungkin ni ujian dari Allah jugak, mana tahu, nnt Allah bagi sesuatu yang kita x sangka2 kan :)
senang lagi bukan kerja sendiri kan cik aini?? nak lambat ke. nak cepat ke. nak buat ke. tak ke. semua kita yang tanggung. kita yang rasa. payah sebenarnya kalau berkumpulan tapi nak tak nak, itulaaa perkara yang kita akan rasa jugak. huhuhu. memang stress kalau bab macam neh. tapi, just positif, cik aini buat, cik aini dapat. :) ilmu itu cik aini yang bolot. eh? bahasa. hihihi. ampun. tak der laaa...kata2 positif untuk diri kita tu pnting utk tenangkan kita daripada stress! semoga final nanti cik aini dapat A semua sbjek!! :) amin
betul tu aini. usaha la sikit, jgn asyik nak harapkan orang. berdikari tu lagi bagus. takde nak sakitkan hati org dan menyusahkan orang. jadi blogger pun sama, biar ade originality sendiri jugak. :D
@Nurul Ainihaha luahan perasaan bukan buka aib pon...kalau kasi tahu nama sebenar baru buka aib...sy rasa bersalah pulak sebab ajak aini jd ahli mesyuarat tingkap...:P
apa2 pun harap aini cool melayan kerenah diorg...nak kena masuk jarum pelan2 kot baru diorg sedar...
aah sabar jela dikk.. mcm tu lah manusia, kdg tu ade yg spesis ckp kemain pongpang pongpang, bile tnya bhgian die. ehhh xbuat lg laa.. pffftt sepak je laju2 haha.. tu la akak suke ayat rasa tgjwb scra vertikal dn horizantal ! terrbaekk ~ :D
adakah ini entry luahan perasaan? tet...
well, drawing aini tetap super.. cantiklaaaa... suka sangat!