Teksi bahaya untuk Wanita? Tadi waktu jalan-jalan dekat blog Syida, ada terbaca pasal satu post, yang saya rasa penting bagi semua wanita, untuk baca dan ambil tahu. Berkaitan dengan jenayah rogol oleh pemandu teksi.
Dulu-dulu ada juga dengar kan pasal perkara ni. Mungkin ada lagi sekarang tapi dek kerana mangsa rogol tersebut malu untuk tampil ke hadapan maka dibiarkan sahaja kes itu berlarutan dan tidak di bawa ke pihak yang lebih bertanggungjawab untuk menyelesaikannya.
Teringat saya, waktu saya first time naik teksi, dekat tempat yang pertama kali saya datang. Disebabkan takut, saya berpura-pura bercakap dengan telefon. Padahal tak ada orang pun. Rasa takut dan was-was sebab saya ada terbaca pasal isu ni dahulu. Dalam radio kalau tak silap, dia ada bagi tips untuk mengelakkan kejadian ini berlaku.
Saya masih ingat tips-tips dia tu, jadi saya gunakan ketika saya nak naik teksi. Hehe..walaupun nampak macam orang gila tapi apa salahnya kita pratikkan, sebelum ianya terjadi kan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Tips untuk wanita ketika menaiki teksi.
- Pastikan anda mencatat atau mengingati no flat pendaftaraan teksi, warna dan juga nama kenderaan tersebut.
- Memaklumkan melalui telefon atau SMS kepada keluarga mahupun sahabat bahawa anda berada di dalam teksi tersebut.
- Berpura-pura bercakap melalui telefon, konon-kononnya anda memaklumkan kepada sahabat mahupun keluarga bahawa anda di dalam teksi sekian-sekian.
- Sediakan Alat Keselamatan seperti Pepper Spray untuk tujuan melindungi diri di saat-saat genting.
- Kalau ada silat, taekwondo, karate, gusti itu lagi bagus. ^___^
Kita bersedia je kan, jangan bila terhantuk, baru nak terngadah kan.
Khidmat Pesanan ini dibawa khas oleh Kementerian Wanita Seluruh Dunia.
20 comments
best tips ea...heee
nak amik note jugak bleh? takde lesen lg ni :)
setuju dengan Aini, yang penting kena berhati-hati.. kalau boleh elakkan kemana-mana bersendirian, susahkan sekarang ni, bahaya ada dekat mana-mana..
so far 3 tahun sya menuntu blja kt pulau pinang,dari stesen bas nk g rumah sewa sya tu,Alhamdulillah tak ada pape..mungkin berkat doa parent yg selalu doakn keselamatan anak dia ni kut..lgi pun,ayah marah,kalau dah sampai p.piang tak call..klw ayah dh strt call,mmg bernanah la telinga sya dgr dia berceloteh..haha so tiap kali dlm taxii,msti sya akan kol parent.. nice entry n nice sharing dear..:)
harap,kita di elakkan dari perkara2 yg tak di ingini seperti ini..Amin..Yakin,Allah sentiasa ada untuk membantu hambanya..:)
Betul cakap akak ! Sekarang, haish ! Macam-macam. Tapi Fiqah tak pernah naik teksi. Ehhh, jap. Pernah. Tapi masa tu ada ibu dengan adik. Jadi, memang selamatlah. Huu, sape ada silat tu. Hebatt ~ xD
Sekaranh ramai manusia suka amik kesempatan..sebelum ni ada berlaku tp tak dihebohkan..
@nabila biela Hehe..boleh lah buat pelindung diri kan. hee.. ^___-
@Paly Boleh paly, sebab untuk semua juga..untuk saudara mara terdekat ke kan..kawan2 ke..lesen apa? lesen terbang ke? hee..
@Cik Syida Betul sangat syida..kalau boleh jangan pergi seorang diri. Kalau terpaksa, kena lah hati2 kan.
@Sya Chot .. Hehe.tadah je lah ye. Alhamdulillah sangat2, sebab takut kan jadi dekat orang yang terdekat. Diri sendiri apatah lagi. Moga di jauhkan.
@Ƞurul Ƨyafiqah Kan adik..akak pun jarang naik teksi, tapi di sebabkan duduk jauh dah jadi terpaksa, tapi pak cik yang akak naik tu memang dah biasa budak2 dekat tempat akak naik. Akak belajar taekwondo dekat tempat belajar akak..hehe.
@Nieyxzha Hassan Betul kak..benda ni dah lama, dah banyak berlaku tapi ada mangsa yang malu nak buat laporan.
perempuan memang kene berhati2.. kite pernah kene. dapat driver teksi yg gatal la, yg tak bertanggungjawab, bawak kereta sambil lewa. last2, sekali terlanggar kereta org lain.. kecut perut kite mase tu.. takutt~~
Ya Allah... teringat pengalaman ngeri nyaris di rompak dlm teksi. Allah saja yang tahu masa tu. Teksi tu di tinted gelap, lock telah sedia d cabut.
iima takut naik teksi gk. biasa iima tak main tahan teksi iima biasa akan call tksi. dan masa naik iima akan oncall dn sesiapa dan bgthu no teksi tuh. tapi jrg naik teksi kalau dah terdesak baru naik. tapi mmg pmpn2 betul2 kene elakkan naik teksi..bahaya. ada sorg laki kat area kwsn iima dia mengaih dadah dan dia bawak teksi.. so bayangkan kalau dia yang bawak kita ?? serius takut kalau iimma selisih bahu ngn laki tu pun iima dah seram.....inikan pula kita nak naik teksi dia? itu yang parent iima mmg tak bg naik teksi
1 more tips, kalo kita orang asing kt satu tempat...jgn tunjuk sangat kita ni x tau tempat yg nak dituju..silap2 kena bawak lari atau dia hantar kita tempat lain...
setakat ni tak pernah lagi naik teksi sorang2... kena hati-hati bila naik teksi sekarang... tambah lagi tempat yang first time kita pergi...
tips yang berguna aini... :)
Setuju dgn tips2 mencegahan tu...tapi yg cakap telefon sorg2 tu mmg lawak la :P
PS: skang ni pemandu teksi pon byk yg amek "sub"....permit org lain yg bawak org lain....
sis ,masa sis buat2 ckp dlm fon tu kn sis ckp ape yer kekeke :P...skunk dah ada 'gincu' palsu ,hati2 la wahai kaum lelaki kalo tank mata anda 'buta' hoho..
bella memang cuak sikit kalau naik teksi ni . tambah lg kalau muka driver tu mcm saiko aje . tips yg pura2 bercakap melalui telefon tu mantopp . bella belum pernah cuba lagi . hehe