06 February 2013

Saya Ustazah?

Assalamualaikum...

Apa maksud ustazah ye? Boleh tolong jawabkan..

Boleh tolong ambil batu pelakong kepala saya..hoho.

Cikgu..cikgu..
Ada rakan sekelas panggil saya cikgu, sebab dia cakap gaya saya seperti seorang cikgu. Amin Ya Allah..Harap sangat mulut dia masin.

Dia bukan cikgulah..

Habis tu?

Dia ustazah..hehehe.

Ohhh.... 
Terima kasih atas doa kalian, moga ianya benar-benar jadi kenyataan. Tapi, saya berhusnozon lah ye bahawa anda mendoakan saya, bukannya memerli saya. Tapi saya nak cakap...Tak semestinya saya tulis atau post ayat-ayat al-quran, saya baik. Tak semestinya saya nasihat orang, saya baik. Jangan salah faham ye, saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu, dan supaya ianya mengingatkan diri saya sendiri.

Saya tulis itu supaya, bila saya tak buat saya rasa malu, sebab saya nasihat orang tapi saya tak buat. Memang bagus menulis ini sebab memang kita akan ingat balik. Ehh..aku tulis, tapi kenapa aku pula yang jadi macam itu atau aku tulis, tapi kenapa tak jadi macam itu? Dari penulisan, ianya mendidik diri saya sendiri.

Mungkin juga sebab saya lebih suka berbaju kurung berbanding berseluar dan ber t-shirt ke kuliah, maka di gelarnya saya ustazah. Saya lebih selesa pakai baju kurung, tak besar, tak ketat. Sangat selesa.  Yang paling penting, tak pernah kena tahan dengan Pak Guard Or..Polis Bantuan..hahaha.

Kau cakap apa ni Aini? I don't get it..

Ada rakan sekelas saya ni, cakap..

Aini, ustazah..sebab Aini selalu post pasal ayat-ayat al-quran dekat facebook.

Err.......(bunyi cengkrik)

Ada lagi..dulu pensyarah saya tanya, ciri-ciri lelaki idaman kamu apa? Tup-tup pensyarah itu, tunjuk saya. Ada seorang budak lelaki kelas saya ni, mulut nya banyak insurans. Dia pula yang menjawab.

Dia nak kahwin dengan ustaz, Miss.

Lah..macamlah dia, Aini.. Pon pon ke apa?

Kecil besar, kecil besar je tengok dia tu. Opss..

Saya cakap, saya suka lelaki yang pendiam..tak banyak mulut. Haa..perli dia ye? Ehh..tak lah.

Tapi satu percakapan itu adalah satu doa kan. Jadi saya amin kan sahaja..haha..mana tahu jadi kenyataan. Semua dia cakap benda yang baik-baik, kita positifkan diri je lah kan.



p/s: Feed blog saya tiba-tiba ada masalah. Dia lambat keluar..alahai hai..hai..bye-bye.


12 comments

February 6, 2013 at 10:22 PM

takpe la org nak mengata biarkan diorg....sabar je la...haha

aini kan ada blog...takyah nak post kat FB tu...baik post kat blog...

PS: feed aini kat blogger punya widget je masalah...kat sy punya bloglist ok plak...

February 6, 2013 at 11:01 PM

just be yourself and konfiden okeh!!

February 7, 2013 at 6:58 AM

betul tu aini.bila kita post nasihat2 n hal2 berkaitan keagamaan,bukan bermakna kita baik.kita juga masih cuba memperbaiki diri. cuba kita sekadar share apa yg kita tahu sbb ini semua dikira saham akhirat,salah 1 cara kita berdakwah :)moga ada kebaikan n manfaat utk semua org.insyaALLAH

February 7, 2013 at 8:44 AM

jangan ambil pusing sgt, anggap dugaan.
betui tu akak pon kadang post entry nasihat jugak, tapi tak semestinya akak ni sempurna & baik. ada kekurangan jugak

February 7, 2013 at 9:03 AM

amin.. mana tahu Aini jadi ustazah dan dapat jodoh dgn ustaz.. rezeki.. hehe..masin mulut2 dyeorg semua ^__^

February 7, 2013 at 11:38 AM

hehehehe.. ergh mesti budak lelaki tu terasa. Tak banyak mesti sikit, melainkan dia tu tak ada perasaan :)

February 7, 2013 at 12:24 PM

haha. boleh tahan kelaka kawan2 aini.

tapi betul. kerana mulut badan binasa..

boleh buat gaduh tau. hehe.

Anonymous
February 7, 2013 at 5:14 PM

Lissa doakan impian akak tercapai., huhu ^^ maybe nanti Lissa pun jadi cikgu., ehe >.<

February 7, 2013 at 10:14 PM

betul tu..tak semestinya kita post bnda yng baik tu kita ni ustazah.. dh klau perkara tu baik, apa salahnya kita berkongsi kn? :)

February 8, 2013 at 3:00 AM

@Hatimi Tahirruddin hehe..terima kasih timi, tak adalah dah tak ambil hati, saya aminkan je lah. Mana tahu jadi kenyataan. ^___^

February 8, 2013 at 3:02 AM

@xila dot Betul. ^____^

February 8, 2013 at 3:07 AM

@~didiey~ Betul..saya banyak sangat dosanya,tak terhitung..Saya tak baik, tapi mencuba jadi baik. Menulis dan berkongsi salah satu cabang dakwah..InsyaAllah, amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome