17 February 2013

Pemaaf kah anda?

Assalamualaikum...



1. Orang yang mudah memaafkan tapi sukar melupakan itu dia memang orang yang bijaksana tapi dalam satu masa dia susah nak bahagia dan kemungkinan besar dia seorang yang pendendam. Mungkin juga dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Jadi dia mengambil "inisiatif" dengan memaafkan tapi tidak melupakan.

2. Orang yang tidak memaafkan dan sukar melupakan dia mungkin menjadi orang yang zalim kerana kita haruslah sedar setiap manusia tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan dan dosa. Orang selalu kata, sedangkan nabi ampunkan umat ini kan pula kita manusia biasa.

"Aku bukan nabi". 

Ya lah, kita bukan nabi, tapi kita ingat balik, apa tujuan Allah melantik Rasul dan Nabi di atas muka bumi ini? Sebagai teladan kepada umat manusia kan. Jadi apa kata, kita amalkan sifat-sifat baik yang di tunjukkan dan di ajarkan oleh Rasul dan Nabi kita.

3. Ada juga individu yang mudah memaafkan dan juga mudah melupakan. Sebenarnya dia bukanlah orang yang bodoh tapi lebih kepada lurus. Orang yang sebegini sebenarnya lebih bahagia berbanding dengan orang yang bijaksana itu. 

Mungkin juga kerana dia tidak suka menyimpan dendam dan berfikiran bahawa yang berlalu biarlah berlalu. Ambil yang jernih buang yang keruh. Orang yang begini selalu positif, tetapi dalam satu masa, dia juga mudah di tipu.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran, ayat 134)

Walaupun kalimah maaf, sukar untuk dilafazkan, tapi berusahalah untuk menjadi pemaaf. Beruntunglah orang yang memiliki sifat pemaaf kerana dalam sifat pemaaf itulah terkandung kemuliaan, keberanian dan kekuatan.

Ketahui dengan sifat ini, anda mungkin di kurniakan ganjaran syurga, yang tidak ternilai harganya. Jadilah seperti Rasulullah yang selalu tersenyum dan sentiasa memaafkan meskipun telah banyak hatinya dan tubuhnya di sakiti.

Padamkan api kemarahan sebelum tidur mu, hulurkanlah kemaafan sebelum ianya berlalu, kerana tanpa sempat memberitahu, ajalmu tiba tidak menentu. 

Pekerjaan dan ganjaran yang berat dan besar adalah memberi kemaafan.

p/s:  Saya rasa saya orang yang no 1 dan 2. Susahnya jadi pemaafkan. Kamu-kamu, orang yang no berapa?

Auto post.

23 comments

February 17, 2013 at 10:37 AM

nice sharing.. saya pon rasa saya no. 1 dan 2..

*jom sama2 berubah :) hee

February 17, 2013 at 11:33 AM

tak pasti la yg mana satu.. hehe ;3

February 17, 2013 at 11:58 AM

Hurmm.. Fiqah rasa macam Fiqah semua lah xD Haha. Entahlah. Fiqah sendiri pun tak sedar Fiqah ni orang yang pemaaf macam mana :|

February 17, 2013 at 1:16 PM

Sedangkan nabi ampunkan umatnya..

February 17, 2013 at 2:55 PM

akak no satu. tapi part bijaksana tu akak tak tau la akak bijak ke tak. Tapi akak boleh memaafkan seseorang tapi untuk lupa tu susah.. walaupun dah tak marah..

ade kes tu, dah tak mara tapi dah tak mau bergaul lagi... serik. hehe.

tu kira macam mana eh aini.. group ape akak ni. =P

Anonymous
February 17, 2013 at 5:01 PM

Saya semua no. Hehe,kdg2 senang nk maafkan,kdg2 ego tkmau maafkan ksalahan org. Tpi saya jga senang lupakan ksalahan org. hmmmmm

February 17, 2013 at 5:55 PM

Nice sharing Sis...
Wilma orang No. 1...
Wilma mudah memaafkan tetapi amat sukar untuk melupakan...
Wilma akan terus berhati2 dengan orang tu once dia sakitkan hati Wilma walaupun Wilma sudah memaafkannya...

February 17, 2013 at 7:12 PM

LAMA SYA TAK DATANG SINI..RINDU ..hee nice sharing aini,pada sya,biarlah jadi yang ke3 tu,bodoh..memaaf dan melupakan,supaya hidup bahagia..:)

February 17, 2013 at 8:06 PM

Kita nombor satu... Susah nk lupakan.. Huhuhuhu

February 17, 2013 at 9:58 PM

terkejut jgk akak yg no 3 tu.. haha sbb akak jenis yg mcm tu.. maaf then lupa. huhu. bodohkah daku ? tp ad jgk la kes2 maaf xlupa.. tp kebykannya lupa, muehehe..

February 17, 2013 at 10:10 PM

kdg2 tgk jugak besar mana isu tu...kalau hal2 kecik takde problem nak maafkan...kalau hal2 besar agak susah jugak sebenarnya....

February 17, 2013 at 10:20 PM

Akak selalu maafkn jer, tp beringat2 supaya x tkena lg.

February 17, 2013 at 10:30 PM

maaf tp xkan lupa.. mana boleh lupa kalau org bt salah ngan kita

February 18, 2013 at 12:06 AM

eyqa stuju ngn entry nie.. mgkin dalam beberapa perkara eyqa menjadi org yang jenis 1 dan dalam beberapa perkara eyqa jadi jenis 2..

February 18, 2013 at 8:02 AM

salam kenal & follow sini

andai maaf diberi..namun hati masih meningati..adakah itu ikhlas namanya..?

February 18, 2013 at 12:24 PM

erm cemana ni.. saya ni boleh dikatakan susah meaafkan susah melupakan. tapi bila dah lama, nak maafkan tu tak rase, lupakan tu mmg tak. hahaha susah.

February 18, 2013 at 1:24 PM

saya nak jadi org yang maafkan lupakan dan sentasa berngat dan berjaga2 je...insyaallah :)

February 18, 2013 at 2:41 PM

kite yg num 1. entah kenape walau org buat jahat yg paling teruk kat kite pun kite still maafkan dye. sedangkan Allah swt Maha pengampun, kenape kite tidak. kan? hee :')

February 18, 2013 at 3:34 PM

tapi perempuan biasanya yang nombor 1 tu kan cik aini??? mudah maafkan tapi susah nak lupakan huhuhu.

February 19, 2013 at 8:09 AM

Akak boleh maafkan org... tp mkn masa sikit...

February 19, 2013 at 3:42 PM

honestly sy no 1..

May 19, 2015 at 2:12 PM

Jujurnya saya no 1 dan 2 . Susah nk jadi pemaaf . Tapi adakala bila dah maafkn susahnya utk melupakan . Selalu terngiang ngiang peristiwa tu lagi .

December 7, 2015 at 7:04 PM

No1 dan no 2 mmg senang meluahkan perkataan maaf tapi teramatlh sukar untuk melupakan.sbb apa yg telah diperlakukan terhadap kita sukar untuk dibayangkan dan ditwrima oleh akal,bkn ego dgn diri tapi mmg amat payah sekali.setiap perbuatan yg tlh diperlakukan terhdp kita membawa kesan serta bekas yg amat msh berdarah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome