14 February 2013

Say NO to Valentine's Day

Assalamualaikum...

Tahu tak apa maksud yang tersurat dan tersirat dalam Hari Kekasih atau Valentine's Day ini? Tak tahu? Jadi janganlah kita ikut, lagi pun ianya bukan perayaan agama kita. Lebih-lebih lagi ada yang mengatakan, tarikh 14Feb, adalah tarikh kejatuhan Kerajaan Islam di Cordova pada tanggal 14Feb, 270 M.

“ Dan janglah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

"Saya duduk di Amerika, dan saya beragama Islam, saya lihat mereka cuma bertukar-tukar hadiah, bunga ros, coklat dan gula-gula sahaja. Apa salahnya, kalau saya meraikannya bersama."


Antara lambang-lambang Hari Valentine moden ialah bentuk hati, burung merbuk, dan dewa Cupid yang bersayap.
  • Bertukar-tukar bunga mawar merah. Ianya sebagai tanda cinta penyembah berhala Rom kepada tuhan mereka, juga sebagai tanda gelora cinta antara kekasih beragama Kristian.
  • Menghantar kad “Valentine” yang kebanyakannya mengandungi gambar Cupid, seorang budak lelaki bersayap yang memegang panah. Dia adalah tuhan cinta buat penganut agama sembahan patung Rom.
  • Mengisi kad yang dihantar dengan kata-kata yang melalaikan. Dengan cara tulisan syair dan puisi yang pendek dan menawan. Sebahagian mengandungi gambar-gambar yang melucukan dan kata-kata yang menghairahkan. Kebanyakkan kad ditulis “Dari Valentine kamu” atau “From your Valentine”, ia membawa makna pengagunggan kecintaan keterlaluan terhadap manusia.


“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”. (Surah AL Imran ayat 85)
“Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,” inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day. (Sumber)

Orang yang beragama Islam di Malaysia, yang menyambut Hari Valentine's akan di dakwa di Mahkamah Syariah kerana mengingkari larangan JAKIM ke atas sambutan Hari Valentine. (Sumber)

Setakat ucapan kasih sayang je, bukan niat nak agungkan Valentine's dan bukannya buat benda tak senonoh.

Kasih sayang kita bermusim ke? Nak cakap sayang, terima kasih kena tunggu 14 Februari je ke? Kasih sayang kita bukanlah untuk sesaat, seminit, sejam, sehari, mahupun setahun, tapi sepanjang masa.

Setiap hari boleh beri hadiah, ada yang kata, mana ada orang jual coklat-coklat, bunga-bunga, patung yang comel-comel bila tak tiba hari kekasih. Okay, jangan nak menipu sangat ye. Ada je, banyak je saya jumpa.

Memang valentine's day bukan ajaran Kristian tetapi ia tetap haram jika dilihat kepada cara sambutan. Tidak ada istilah kasih kekasih sebelum berkahwin dalam Islam. Apa lagi menyambutnya. Kerana ianya boleh menjuruskan kita ke arah penzinaan. Sebab itu Allah berfirman "Dan janganlah kamu, MENDEKATI zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)"

In fact, nearly 85% of men and women report that sex is an important part of Valentine's Day, and 50% say that they'll be disappointed if they don't get lucky on the 14th. (Sumber
Rata-rata yang menyambut Hari Kekasih ini bukanlah suami isteri tetapi pasangan kekasih yang sememangnya tiada ikatan yang sah.

Bukan semua sambutan hari diharamkan dalam Islam ia perlu dilihat teras sambutannya untuk apa dan bagaimana cara menyambutnya yang juga memberi kesan kepada hukum.

Sambutlah Maulidur Rasul, kita mengingati pengorbanan Rasulullah S.A.W. Raya Aidilfitri, Aidiladha, Nuzul Al-Quran dll. Kan banyak perayaan kita, kenapa nak sambut perayaan yang kita tak tahu sejarahnya? atau dah tahu, tapi kita pura-pura buat tak tahu.

NIAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA. 

13 comments

February 14, 2013 at 7:32 AM

Sememangnya Valentine day banyak membawa kerosakan.. huh..

cuma.. setakat ini blum ada cerita sahih mengenai kejatuhan cordoba tu.. wallahualam..

February 14, 2013 at 7:47 AM

@aReTikZ Betul, wallahualam..Tapi yang jelas, ianya bertentangan dengan ajaran islam.

February 14, 2013 at 7:55 AM

Mohon share...:)

February 14, 2013 at 8:01 AM

say no to valentine's day :)

February 14, 2013 at 8:35 AM

yes...
say no

February 14, 2013 at 8:47 AM

nti ada je hasil valentine ni kan...nauzubillah

February 14, 2013 at 10:42 AM

Hari2 adalah hari berkasih sayang...
Tak perlu tunggu sehingga satu2 hari untuk menunjukkan rasa kasih tu...
Walaupun hanya berdoa untuk kesejahteraan, keselamatan dan kejayaan seseorang yang kita sayang itu pun sudah cukup untuk melahirkan rasa kasih kita...
Kalau kira, itu lebih baik kan ^_^
Betul tak Aini?

February 14, 2013 at 2:40 PM

yg penting xpernah sambut! haha,,n ade yg kta demi mengingati kisah paderi yg bnama valentine coz die commit suicide sbb jtuh cinta...Wallahualam

February 14, 2013 at 4:54 PM

betul tu. HARAM bgi umat Islam menyambut Valentine's Day nie.. nice sharing ^____^

February 14, 2013 at 6:50 PM

hehe bercinta bukan suami isteri tu pon dah tak ikut ajaran islam...inikan pulak sambut valentine...

February 15, 2013 at 3:00 AM

Subhanallah Allahu Akbar.. jom kt sebar2 kan hal penting mcm ni, moga2 kita semua terpelihara drpd mengikut membabi buta, nice sharing adik aini :)

February 15, 2013 at 9:59 PM

Betul2.. Setuju dgn entry aini..kte pun terlupa smlm vlentine day.. Tgk ada budak kecil jual bunga baru terperasan..

February 16, 2013 at 9:47 AM

NO!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome