18 February 2013

Sebelum dan Selepas Kahwin

Assalamualaikum...

Pagi tadi waktu blogwalking, jumpa satu entry Wilma..iaitu Kes Tayar Pancit. Menarik entry tu. Lepas itu teringatlah cerita ustaz saya waktu tingkatan 4. Kisahnya antara dua individu sebelum dan selepas berkahwin.


Mula-mula kenal aka sebelum kahwin:

Jalan-jalan pergi pasar malam. Jalan rapat-rapat sambil pegang tangan, jalan pun seiring dan sejalan. Pilih sayur sama-sama. Bila terserempak dengan member, member tegur :

 "Awek, kau ke ni?"

Balas si boyfriend : "A'ah awek akulah ni" senyum dengan lebar.

Sudah berkahwin/ Setahun, dua atau tiga tahun Kahwin.

Jalan-jalan pergi pasar malam. Seorang di depan, seorang di belakang.

Isteri kata.  "Abang nak sayur apa ni?"

"Ermm.." bernonong jalan ke depan, tanpa menghirau kan si isteri.

Terserempak dengan member :

"Eh...kau, sorang je ke?"

Si suami : " Tak lah, aku dengan bini aku tu"

"Bini kau? Mana?"

Si suami : "Dekat belakang"
Si suami : " Alah, dekat belakang tu, yang gemuk macam Doremon tu."

(Tak pun)

Si  suami : " Alah, yang nak berjalan pun susah, yang gemuk macam tong dram tu."


Tambah ustaz saya lagi - Mula-mula kahwin, pengantin baru, kereta yang heret tin, lama-lama kahwin orang perempuan yang heret tin.

Tak semua macam tu kan, buktinya arwah ayah dan umi saya selalu je berjalan seiring dan sejalan. Pergi pasar malam sama-sama, pilih sama-sama. Walaupun tak berpimpin tangan, tapi ayah susah nak keluar berjalan kalau tak ada umi bersama. Kalau ada kami, berderet je berjalan ikut belakang ayah dan umi.

16 comments

February 18, 2013 at 12:19 PM

heheh..sweet je bila mak ayah kita jln seiringan cmtu.mak abah sy kalu pi mana2 mcm org bcinta..mcmna nk pcaya org ckp lpas kwin jln jauh2.huhu..xsmua tp kbnyakkan jd cmni.

February 18, 2013 at 12:22 PM

kuang hasam dapat laki camtu. mintak-mintak laa dpt suami yang loving sampai akhirat. ceceh ;)

February 18, 2013 at 12:35 PM

tu laa, tak semua orang macam tu. Tapi ada jugak, kan?.. Mesti sweet ye arwah ayah Aini dan umi.. anak-anak follow dari belakang je :)

February 18, 2013 at 12:36 PM

org dulu2 semua ok kan jrg ada mslh rumah tangga berbanding org zaman skrg

February 18, 2013 at 1:18 PM

Perubahan tu tetap ada..Tipu lah kalau kata alwayssss nk romantika de amour jer. Tp jgn lah nmpk ketara sgt, nnti ada yang makan ati berulam jantung. hehehe

p/s: mmg tak check email, jap g akak check..tq adik!..eh..bila nk kawin tu?

February 18, 2013 at 1:22 PM

insyaallah nak macam ayah umi awak jugak...tp kalo suami perangai mcm tu kita nasihatkanlah ye tak? harap dapat somi yg ohsemmm segala hal heww

February 18, 2013 at 2:38 PM

tak semuanya mcm tu kan. alhamdulillah ibu ayah kite masih sweet lagi.. hehe.. hope kite pun mcm tu bile dah kahwin nnt ^^

February 18, 2013 at 2:39 PM

ni kes suami yg xsedar diri, hbs madu sepah dibuang.. hehehe mudah mudahan aini dpt suami mcm arwh ayah ye, setia hjg nyawa :)
*psst akak nk jugak :D

February 18, 2013 at 3:33 PM

hahaha lawak laaa. amboiiii yang tak tahannyaaa ayat yang gemuk kat belakang macam doremon tuh. haha. melampau betoi. huhuhu

Anonymous
February 18, 2013 at 4:14 PM

biasaa laa tuu.. awal-awal jea sweet meweet weet~ hehehe

February 18, 2013 at 6:36 PM

hahaa tak tahan bila dia cakap bini macam doraemon tu... :D

February 18, 2013 at 9:45 PM

Nice sharing Sis...
Betul tu...Bukan semua suami isteri macam tu ^_^
Cuma, ini sebagai peringatan buat kaum adam...
Jangan berubah sikap walaupun isteri yang dikahwini sudah berubah bentuk badan...Betul tak dear ^_^

February 19, 2013 at 8:06 AM

Kasih sayang org dulu2 x sama mcm sekarang... perkahwinan sekarang byk cabaran... kalau xpandai handle... takut hanyut.. alhamdulillah... akak dpt suami yg baik...

February 19, 2013 at 3:41 PM

hehe...agak2 aini nnt mcm mana

February 19, 2013 at 5:20 PM

sebelum kahwin sweetlah kononnya tapi bila dah kahwin hilang semua sweetnya. nilah akibat kalau kahwin sebab paras rupa/fizikal.

February 20, 2013 at 3:28 PM

perkawinan skrg byk cabran dan dugaan..

ciksu tak pergi pon kenduri kt felda mempaga tu dik sbb ciksu ke melaka :D

felda mempaga 1 ;)
adik dok felda brpa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome