03 February 2013

Part 2 | Misteri najis dalam tandas

Assalamualaikum...

Part 1 disini. hehe..misteri kan, sebab siap ada part-part lagi.

Perkara ini berlaku beberapa kali dalam sem 2. Sampailah hujung semester, perkara itu pun tinggal misteri je. Tapi yang menghairankan kami...haaa. Semester hadapan kami tak lagi tinggal dekat kolej tu, kami kena pindah ke kolej belakang sekali, kolej milik para siswa. Atas sebab-sebab tertentu. Kami memberontak sebenarnya, bukan salah kami pun. Alahai, susah jadi perempuan ni.

Hampehhh je. Dah lah jauh, kolej siswa pula tu, faham-faham je lah. Hehe..jangan marah ye siswa-siswa. Kolej yang kami tinggal waktu semester 2 tu, cantik, dan yang penting kolej yang paling strategik. Dekat dengan pasar malam, dekat dengan Pusat Islam, dan yang paling penting dekat dengan Fakulti saya.

Jadi semester berikutnya kami berpindah ke kolej baru, saya dapat bilik di tingkat paling mewah sekali, di puncak Gunung Everest. Bersalji lagi..ada kabus-kabus macam duduk dekat Cameron pun ada. Okay, tingkat 3..eleh baru tiga kan.

Dan kejadian yang sama berulang, di tandas yang bernombor 2, dan najisnya juga sama. Seriously, sama. Banyak gila, najis tu. Penuh mangkuk tandas. Hahaha..Saya tengok, saya terkejut. Alahai..ada lagi? Siapakah pemilik najis itu sebenarnya. Kenapa buat begitu? Dalam semester 3, dua ke tiga kali juga benda ni berlaku. Pelik betul, makan apa haaa..banyak sangat najisnya..hehe..

Masuk bilik, saya buatlah sesi pengaduan.

"Min, taik yang kita tengok waktu sem 2 tu, ada balik lah. Pelik betul."

"Ye ke? Hang tengok dekat mana"

"Dekat tandas no 2 juga, cubalah tengok. Eee..apalah diorang ni pengotor sangat. Taik siapa sebenarnya?"

Ex-roomate masuk bilik, pun cakap.

"Aini, nampak tak taik dalam tandas no 2 tu, sama kot macam waktu kita sem 2"

"A'ah tahu, saya dah tengok tadi"

Hahaha..famous taik tu. Tak pasal-pasal cakap pasal taik.

Semester 4, pun saya dapat bilik yang sama, tingkat yang sama. Kejadian yang sama juga berlaku. Kami siap buat group discussion dalam bilik, memikir hal ini..hehe. Mulalah kami fikir benda bukan-bukan.

"Dia" seolah-olah mengekori kami. Sebab waktu kami sem 3 dan 4 semua orang dah bertukar bilik, dah tak sama. Sekali dengan kami, semua junior-junior yang duduk dekat tingkat atas. Lainlah kalau orang yang sama masih duduk sebaris dan setingkat kan. Err..boleh faham tak? Dah putar belit ni.

Kami memang masih tertanya-tanya siapakah pemilik najis itu. Misteri kan? 


p/s: Putar belit kan ayat. Hahaha..tapi taik pun boleh jadi misteri.

Auto Post

12 comments

February 3, 2013 at 9:18 AM

pehh, masih ade jugak? ok, ini memeang misteri. adakah itu taik org atau..... heee

February 3, 2013 at 10:14 AM

biarlah rahsia...hahaha

February 3, 2013 at 10:41 AM

hahaha..kelakar la baca cerita ni..boleh pulak bt discussion psl taik..seolah2 nk bt kajian je..hehehehe...apa2pun persoalannya, siapakah empunya taik tersebut...haish..misteri jugak ye..hahhaaha..=P=D

February 3, 2013 at 4:40 PM

aiyak... so siapa pemilik tahik2 itu.. ish2.. curios betul ne

February 3, 2013 at 4:50 PM

hehehe...sng je tu...cek tgk sape org2 yg sama dan tak bertukar floor tu....jadi suspek berkemungkinan salah seorg dpd org2 ni lah...kalau tak dapat penyelesaian jugak sila panggil detektif conan ye...

February 3, 2013 at 5:53 PM

pelik jugak...hmm...
aini ngn kwn2 tengok taik tu xgeli ke? haish!! haha

February 3, 2013 at 6:49 PM

aaaaa tah2 org yg terdekatt... haha ishh tp pelik lahh... cane leh mcm tu, dh la ta--iiii, hu kalo mende len xpe jgk ek.

February 3, 2013 at 7:47 PM

aduh! cik aini...jadi?? siapa sebenarnya yang terberak sampai macam tuh sekali?? huhuhuhu. tak sabar nak tahu. akhirnya lawak atau misteri huhuhu

February 4, 2013 at 12:23 PM

ini memang misteri tahap ape dah ni ! cer kak aini cuba intai malam2 . boleh tahu siapa punya angkara . hehe

February 4, 2013 at 3:53 PM

sebenarnya misteri tapi saya rasa lawak pulak. aduhhh. curious sebenarnya nak tahu siapa pemilik najis najis tu, hmmmm. siasat kak :>

February 5, 2013 at 6:49 PM

dipuncak gunung everest... :D :D

betul2 misteri ni... "dia" ikut aini..??

February 5, 2013 at 11:11 PM

misteri betul taik tu ye..hehhee.. syok betul dia asik ikut mana aini tinggal..pelik2..

mcm akk dulu toilet tu airnya terbuka.. toilet tu mmng berhntu..tp disebabkan akk fkir nti membazir air, akk dalam takut2 selamba g tutup paip air tu..hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome