Sinopsis
“Benci! Benci! Benci! Kalau Zarif datang merisik sepuluh kali pun jawapannya tetap sama.
Tak suka! Tak nak! Tak mahu!” ~ Qisya Ammara.
Tetapi Zarif Amri juga yang jadi suami. Takdir mengatasi segalanya. Hubungan mereka terpateri dengan ijab dan kabul. Bukan kerana dipaksa, bukan disuruh dan bukan juga atas desakan sesiapa...Qisya sendiri yang rela.
Baru semalam bergelar isteri, angannya untuk mengecap bahagia hancur berderai. Menyesal! Sayang, segalanya sudah terlambat. Cinta yang cuma suam-suam kuku semakin haru-biru. Cemburu dan dendam meranapkan segalanya. Setiap kali rasa kasih hadir, ada sahaja yang jadi penghalang. Nama Akim bagaikan satu badi untuk mereka berdua merasai kebahagiaan. Kesannya, jasad dan jiwa Qisya cukup terdera dan terseksa.
Saat berputus asa dengan cinta, Zarif mula sedar bahawa isterinya tidak bersalah. Namun, mampukah sekeping hati yang sudah hancur lebur mengenal erti cinta lagi? Dia akan berjuang untuk memiliki cinta Qisya yang hilang tatkala dirinya kian dibenci.
Novel ni beli dah lama, tahun lepas. Hujung bulan 12..err..tak lama sangat kan, tapi baru ada peluang nak baca. Novel Ayu Emelda memang tak menghampakan macam novel-novel dia yang dulu-dulu juga.
Zarif ini, memang sukakan Qisya sejak dari zaman remaja. Bahkan sanggup menghantar rombongan peminangan ke rumah Qisya. Biar pun sudah tiga kali Qisya menolak atas sebab-sebab tertentu. Qisya lebih sukakan Akim. Walaupun sebenarnya, Akimlah dalang di sebalik semua masalah.
Watak seorang suami yang kejam, kerana cemburu buta. Membara je hati.
"Perempuan sundal!" Jari telunjuk Zarif menunjal-nunjal kepala isterinya.
"Kau memang perempuan tak ada maruah. Menyesal aku kahwin dengan kau dulu!" Kali ini kepala isterinya ditolak sekuat hati.
Pipi Qisya ditamparnya berkali-kali . Ada darah merah yang tersembur.
Secara keseluruhan novel ini sangat memuaskan hati saya.
p/s: Auto post.
12 comments
assalamualaikum :)
saya share banner awak kt blog sy --> http://milikhusnahumairah.blogspot.com/p/banner-others.html share sy punye banner gak k? :)
oh ye, done follow awak. mind to follow back? :
wah, menarik novel nie.. kesian dye dijadikn mangsa keadaan.
rajin betul bc novel..huhu
wah konflik, keganasan domestik (DV), gunting dlm lipatan.....
macam best jer,tapi skunk ni,masa yg cemburu untuk sya mula baca novel blik..hehe
eh akak suke sgt nm zarif !! hehe pndai die buat review :) menarik perhatian ^^
aduh! macam seronk jerr. huhuu cik aini dah menjerat saya untuk beli novel neh huhuhuhu.
cite pasal konflik rumahtangga ke? hehehe...
Argh ! Rindunya nak baca novel ~ :< Haihhh..
macam seram je kak ceritanya . huu . nak try cari aa kat kedai buku . thanks kak !
ishhh dekat dua bulan dah tak baca novel. hmmmmm. rinduuuuuuu xD
wah!! macam menarik aje...
tak ada lagi novel ni...
comel aje tajuknya.. ^_^