Assalamualaikum..
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah Al-Baqarah : Ayat 214
Bukan semua orang faham kita, kita buat sesuatu kerana sesuatu..mereka lihat dengan mata tapi mereka tak merasa. Mereka hanya mampu berkata, tapi yang menahan rasa adalah kita. Kita mendengar, kita yang rasa tapi tidak mereka.
Bukan semua tahu, kita sengsara, menderita dan sedih. Takala diri mengukir senyum, itu bukan petanda kita bahagia, tapi mahu di sembunyikan rasa duka dalam jiwa. Masakan ingin bermasam muka pada semua jika ada masalah yang terbuku di dada? Kita harus dan perlu ukirkan semula, agar hari-hari kita kembali ceria. Kita ceria bukan petanda kita selalu bahagia.
Bukan semua tahu diam kita. Kita diam mungkin kita berfikir, mungkin juga kita tak tahu nak ucapkan apa-apa, mungkin juga kita tak mahu tersalah bicara, bimbang nanti ada yang terasa. Tapi ada sahaja, yang berkata, kita diam kerana kita suka, ada pula kata, kita diam kita setuju. Mereka tak tahu kita diam, sebab kita pendam rasa. Kita diam sebab kita sedang marah, kalau bercakap mungkin tersembur api naga, maka terbakarlah gua tempat kita duduk bersama.
Bukan semua yang kita nak, kita akan dapat. Jika Allah makbulkan doa kita, Allah sayangkan kita, jika Allah lambat makbulkan doa kita, Allah sedang menguji kita, jika Allah tidak memakbulkan doa kita,Allah sedang mengatur yang terbaik untuk kita kelak, mungkin tidak di dunia tapi di syurga.
Bukan semua yang kita nak, kita akan dapat. Jika Allah makbulkan doa kita, Allah sayangkan kita, jika Allah lambat makbulkan doa kita, Allah sedang menguji kita, jika Allah tidak memakbulkan doa kita,Allah sedang mengatur yang terbaik untuk kita kelak, mungkin tidak di dunia tapi di syurga.
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2Bukan semua...orang tahu, kenal, dan faham kita. Kadang-kadang termasuk keluarga dan diri kita sendiri. Tapi..itu tak bermaksud kita sendirian menahan segala-galanya. Kembalilah pada sang Pencipta, yang mana Hanya DIA lah yang memahami segala. Kadang-kadang tak perlu luah pun tak mengapa, kerana DIA sudah tahu segalanya..Apa yang kita sedang lalui, sedih, suka mahupun duka derita dan sebagainya..Allah tahu semua isi hati mu. Berdoalah, kerana DIA sentiasa ada disisi. Allah itu sweet kan.
10 comments
Visit my blog when you have a time
http://myon9diari.blogspot.com
setuju :) as a reminder jugak, never jadikan facebook tempat sesi meluahkan marah, sad.. i had quite some bad experiences relating to FB. serik dah..
betul tu..jika ada masalah.. mengaduh pada Allah.. sebaik2 tempat mengadu.. :)
sesungguhnya Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang :)
Jom singgah sini!
http://teenagersareawesome.blogspot.com/2012/11/ainhaqis-giveaway.html
betul..kadang kite meluahkan pd mreka yg tidak merasa, hasilnya xsprti yg kite harapkan..oleh itu, Allah adelah tmpt terbaik utk mengadu sgale hal :)
saya tak boleh nak cakap apa pasal saya tak faham...tapi apa2 pun tingkatkan kesabaran...hehe tu je nasihat cliche yg sy boleh bg dalam kes ni...
Dia adalah sebaik-baik tempat mengadu :)
Wilma setuju seratus peratus...
Nice entry Sis ^_^
akak lebih prefer monolog sndrian...