06 November 2012

Sahabat Sejati?


Assalamualaikum,

Mampukah kita menjadi seorang sahabat yang di gelar sahabat sejati?



Ukhuwah itu indah jika terjalin kerana Allah.

Ingatlah firman Allah SWT:

“Pada hari itu(akhirat) sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” Surah Az-Zukhruf ayat 67.

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut” :


  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. 
Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :

SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan:

BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:

TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu :

SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu :

“SAHABAT”




Diolah dan dipetik dari Pakarcinta.


12 comments

Anonymous
November 6, 2012 at 10:09 AM

kawan senang dicari tapi sahabat susah nk cari :) realiti kehidupan :D

November 6, 2012 at 10:15 AM

Nice entry Sis :-)
Sahabat yang baik akan sentiasa berada di sisi kita tidak kira kita dalam susah dan senang...
Itulah sahabat sejati kita...

November 6, 2012 at 10:17 AM

wah !
mcam Quotes lah .
btw , comel dodol tu xD

November 6, 2012 at 10:21 AM

thanks for sharing ;)

November 6, 2012 at 10:37 AM

mcm lama sangat jue xdtg sini atau aini lama xupdate? atau jue yang ilang ingatan ni..hihikkk

sahabat sejati..emm sahabat kurang sejati banyak la

November 6, 2012 at 12:22 PM

buat mase skrg fara ta dapat lagi kawan sejati :(

November 6, 2012 at 2:58 PM

alolo.. kiut doodle tu..

setuju sangat.. ssh nak cari sahabat yg betul2 sejati.. :)

November 6, 2012 at 6:20 PM

yup...tepat sekali...

November 6, 2012 at 7:10 PM

insyaALLAH..sama2 kita berusaha menjadi seorang sahabt.bukan sekadar kawan/teman :)

November 6, 2012 at 9:26 PM

sangat best !

October 29, 2013 at 1:28 PM

salam,
tumpang tanye...
ape yang korang slalu buat kalau korang rase kawan yang korang rapat slame nie mcm "dekat dimata tapi jauh dihati"..
tiba-tiba rase mcm diorang menjaohkan diri..

mintak comment

October 29, 2013 at 2:20 PM

@Afiqah Zulqarnaen Wassalam, memang pernah rasa keadaan macam tu. Apa kata awak cuba call atau berbual dengan dia. Mulakan perbualan terlebih dahulu. Kadang-kadang kita rasa menjauh ni sebab dah lost contact atau ada personal konflik dalam diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome