14 November 2012

Pernah bayangkan tak....

Assalamualaikum..


Tajuk di atas macam misteri je kan..

Tak pun..

Tak ye?

Nak tanya, pernah tak anda bayangkan keadaan seperti ini...
Anda ada blog, ada facebook, ada twitter, ada instagram dan macam-macam lagi lah..Dalam blog anda tulis macam-macam tak kisah lah, suka ke, duka ke, maki hamun ke..hehe..dalam twitter, facebook, and update banyak status dan tweet kan..Manakala kalau dalam instagram  anda upload gambar anda yang cute miut..

Bayang kan ye,,sambil buat tangan macam pengacara Misteri Nusantara..

Angkat tangan, gerakkan tangan dari kiri ke kanan...Misteri........

Okay, sila baca lihat secara dalam-dalam..dalamnya dan hayati betul-betul ye..

Bayangkan ditakdirkan suatu hari nanti ajal kita dah tiba..
Kita tak tahu bila kan..




Macam mana dengan blog, facebook, twitter kita..Macam mana..hanya kita seorang sahaja yang tahu password tu. Boleh tak bayangkan, bila kita dah tak ada, apa yang kita tulis, kita upload gambar, dan sebagainya semua orang masih boleh lihat kan..

Tapi kalau kita tulis pasal benda yang buruk, caci maki dan sebagainya macam mana?


Kita dah tak ada waktu tu, tapi blog kita mungkin masih ada yang baca, kalau kita tulis yang tak elok dan sebagainya mungkin ada sesetengah dari mereka akan berfikiran negatif kan. Jadi mestilah, akan ada macam-macam tomahan dan cacian, tapi kita dah tak ada waktu tu..Macamlah keadaan kita kat sana kan..


Kalau kita upload gambar yang tak tutup aurat dekat facebook, twitter, dan lain-lain. Kita dah tak ada, tapi mereka masih melihat gambar kita yang tak menutup aurat tu..Macam mana ye,,kita dah tak ada, tapi akan jadi dosa bila individu yang tak sepatutnya melihat gambar kita tu bukan..

Bayangkan macam mana keadaan kita? Kita dah tak ada, orang yang lihat dan baca blog, fb, dan lain-lain mungkin tak tahu bahawa kita sudah tiada..Jadi mungkin mereka bebas berkata dan melihat. Macam mana ye..pernah tak bayangkan?

Khususnya buat para wanita, gadis, dan muslimah sekalian..

Dalam sabda Rasulullah S.A.W telah diterangkan mengenai fitnah kaum wanita, : "Setelah aku tiada, tidak ada fitnah yang paling besar gangguannya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita." (H.R. Bukhari)

Di dunia ini fitnah yang paling besar adalah wanita. Jadi janganlah kita menjadi salah satu daripadanya. Ujian dekat dunia pun dah terasa besar, inikan pula di sana kan..Saya ingatkan diri saya sendiri. Selalu sangat alpa.

Apa yang kita buat dekat dunia..kita akan dapat balasannya..Tak dapat di dunia, kita dapat balasan di akhirat. Tidak kiralah perbuatan baik atau sebaliknya.

Kita tak tahu mati itu bila dan rasanya bagaimana..



Perubahan yang baik jangan di tangguh, kerana bimbang belum sempat berubah, roh sudah terpisah dari jasad..tika itu kita tidak mampu lagi untuk bertaubat. Penyesalan yang sememangnya tiada gunanya lagi. Suka tengok orang berubah jadi baik. Alhamdulillah. Peringatan untuk saya..yang susah sangat nak berubah ni..sedih betul.

Belum tentu saya solehah. Jika blog, wall FB dan twitter saya penuh dengan post Islamik, dan belum tentu saya amalkan semuanya. Kerana saya sedang  berusaha untuk menjadi yang baik. Mengikut syariat Islam selagi termampu. 

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi S.A.W bersabda,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Berusaha itu adalah lebih baik daripada duduk diam dan tidak berbuat apa-apa.




p/s: tiba-tiba terfikir macam ni. Tinggalkan email dan password di sticky note ye. T___T

15 comments

November 13, 2012 at 2:07 AM

yezza, berubah la sekarang....mana tau esok lusa kita da tak dak kat dunia ni...sama2 kita bermuhasabah diri

November 13, 2012 at 3:51 AM

Saya nak share dkt blog saya.Nnti saye kredit kay?

November 13, 2012 at 6:15 AM

nice sharing and cool blog. I like it..

November 13, 2012 at 6:43 AM

Perk0ngsian yg baik.thanks for sharing.:)

November 13, 2012 at 8:07 AM

Salam kenal..


i joint FB in 2008. memula je active update status. but now, dah jarang sangat. gambar muka sendiri pun tak banyak kat situ..

now just ada blog and Page.

hope u like it..

https://www.facebook.com/YanYanjournalblogspotcom

Anonymous
November 13, 2012 at 11:48 AM

Betul tu Aini sokong sangat2 :)
sebab tu la kita kena berhati2 :)

November 13, 2012 at 12:41 PM

sharing yg sangat berguna sis ,lepas baca tetiba ain rasa something,sebak pun ada ,even ain xpenah upload pic yg xtutup aurat tapi percakapan kita kdng2 ada yg tersasar,sebenarnya ain pun bukannya alim sngt,ain cuba berubah tapi tu la perlu masa.wahh bnyaknya dosa aku..tolong doakan ain yer supaya Allah lembutkan hati ain..

November 13, 2012 at 12:42 PM

sbb tu didiey xjadikan blog didiey sebagai tempat utk mengaibkan org,bergosip,mengutuk org tu org nie..lebih kpd cretia ttg diri sendiri..gambar pown begitu..dah lme sedar ttg hal nie.kat fb pown abes sume album didiey privatekan.haha

November 13, 2012 at 5:53 PM

hehe...hati2 lah kalau nak kongsi kat internet...tu sebab tak boleh terlalu peribadi sesuatu perkongsian tu....dulu masa zaman org forward2 email lg teruk...yg di forwardkan tu kalau cerita baik takpe...ni cerita tak senonoh...kalau dalam media sosial sempat lg nak delete...kalau email yang dah tersebar akan terus tersebar sampai bila2...

November 14, 2012 at 2:53 AM

Betul tu kita tak punya masa.

November 14, 2012 at 10:58 AM

betul dik.akk selalu fkir camtu..akk memang tak letak gmbar free hair sume tu, tp gmbar yng rasanya xbape nak tutup aurat, means pkai bju seluar ke, akk dah private.then klau gmbar tu x ok ke,pun akk private.kat blog klau nak story pun biarlah yng elok2..xnak maki hamun sume tu..

aini, meh la join segmen yng akk baru join tu.. :)

November 14, 2012 at 1:58 PM

terasa smpai menusuk qalbu... hehe.. insyaAllah, pasti tulis bnde yg lebih berpekdah.. boleh jugak bagi mnfaat walaupon dah mati.. heheh

November 14, 2012 at 2:07 PM

yang parah tu jenis yg suka upload gambar personal kat fb sampai melebih2 , lagi yg tak tutup aurat
-___-

risau jugak kan ? hmm . penah jugak terbayangkan mcm ni , terima kasih mengingatkan kak ;)

November 14, 2012 at 2:24 PM

penah juga terpikir bab2 network ni..

ya betul tu ;D
peringatan bersama

November 15, 2012 at 10:06 PM

Nice sharing :-)
Wilma memang suka baca sharing2 Aini...Ianya memberi keinsafan pada Wilma dan membuatkan Wilma semakin mencuba untuk berubah ke arah kebaikan ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome