12 November 2012

Jangan Terlalu Fanatik

Assalamualaikum.

Perasaan tak demam korea semakin menular dalam diri masyarkat dunia termasuk Malaysia, termasuk remaja, termasuklah tukang menulis ni.

Entah kenapa entah minat Kpop..lolipop. askrim pop, mercun pop ni..Tak faham aku, tak faham lah..hehe..salah satu sebab orang suka dengan Kpop ni sebab bakat diorang, suara diorang dan faktor utama mukanya cun melecun. Betul tak? betul takkkk?

Sebenarnya minat ni boleh tapi jangan sampai fanatic. ehh..saya pun gila korea juga. Tak percaya? dekat laptop ni penuh korea je.

ni buktinya.


Music Video Pop


Running Man Pop

Family Outing lolipop


Banyak lagi sebenarnya..malas nak print screen. Saya tengok juga kpop..tapi tak lah sampai fanatic, sampaikan semua benda nak ada kaitan dengan kpop. Dalam blog tempek gambar kpop, tulis pasal kpop. Boleh tu boleh tapi janganlah semua pasal kpop. Kalau semua yang jenguk blog awak minat kpop tak apa, contohnya macam saya, jadi saya tak heran sangat. Kalau yang tak minat, nak komen apa kat blog awak, kalau awak cerita memanjang je pasal kpop. 

Kena faham bukan semua minat kpop ni, saya beri contoh, kalau roomate awak minat hindustan..24 jam asyik pasang hindustan je, kuat-kuat pula tu, awak pula tak minat. Tapi kawan awak asyik dok cerita pasal hindustan je, lama-lama sakit jiwa juga kan. Nasib baik roomate saya minat korea..hahaha..apa entah si Aini ni.

Lagi satu, kalau kita ada blog, lepas tu kita minat sangat korea, siap kita tulis dekat sidebar.

I am Kpop lover bla bla...haters? get lost.

Kita minat kpop tau, tak suka? berambus dari sini. Tak payah datang sini lagi.

Wajar ke cakap macam tu..hehe..kelakarlah.

Tujuan tulis entry ni, cuma nak cakap, nak minat boleh tapi jangan sampai fanatic, semua nak buat mesti ada kaitan dengan kpop. Siap rambut, baju, dan sebagainya semua nak ikut kpop. Sekadar hiburan sampingan tak mengapa, tak ada hiburan sunyi pula kan.

Tapi mesti berpada, kita ada budaya, adat dan agama kita sendiri...yang sudah cukup unik dan istimewa kan.. Jangan ikutkan sangat demam kpop ni. Saya tahu korean lolipop ni dah lama, sejak ada korean drama All About Eve..yang tayang dekat tv3. Masa tu, kpop ni tak adalah terkenal sangat. Yang terkenal cuma dramanya sahaja. Budak kecik dulu pun tak tahu kpop tau..Sekarang adik saya pun tahu, SNSD, CN Blue, Running Man, Family Outing..Okay, fine..itu pengaruh saya.  

Tapi maaf cakap, filem Melayu sekarang, takkkk b.... Kalau tak pasal rempit, pasal hantu..kalau tak pasal hantu, mesti pasal rempit.. Motif buat filem? Nak beri pengajaran, tapi berapa peratus yang boleh fikir positif dan ambil pengajaran dalam  sesebuah filem..akhirnya, filem orang Malaysia jadi hanyalah hiburan semata-mata dan tidak memberi impak yang baik untuk semua. Bukan semua tapi sesetengah darinya..ehh..macam pengkritik filem pula aku ni.

Bukan saya je cakap cerita Melayu tak best, pensyarah saya pun cakap..Maaf, encik, saya jual nama encik pula..hehe..

Apa-apa pun..Running Man dan Family Outing memang best. T___T


13 comments

November 12, 2012 at 2:58 PM

Akak minat cite korea, kalau dulu mmg xtgl tp skang tgl kenangan je haha..xsmpt nk layan tv

November 12, 2012 at 2:59 PM

haha hebat..punya banyak.

jue kat komputer ofc just ada heartsring je..kiki

November 12, 2012 at 3:14 PM

Wilma setuju Aini :-)
Wilma pun suka tengok K-Pop...
Tapi tak la fanatic sangat ^_^

November 12, 2012 at 3:40 PM

hehehe minat tak ada masalah.. tak kira apa genre sekali pun.. tp jangan sampai jadi fanatik cukup lah kan hehehehe

November 12, 2012 at 3:56 PM

sama la dengan kakak saya,pening 24 jam dgr lagu korea ==,

November 12, 2012 at 4:03 PM

oohh, dia pun minat korea jgk eh..nasib la blog tak penuh korea..haha..kalau tak mngkin akk dlu fkir bnyk kali ni..hihikk2..jgn mare ye..bg pndpt je..

minat sesuatu tu boleh, tp jgn sampai orng kata 'over'..means mcm aini ckap tu la..sume bnda nak d tnjukkan..kena la seimbng kan.. :)

November 12, 2012 at 5:15 PM

hehe takpe lah diorg nak mengabdikan diri dgn artis2 kpop tu...

cerita melayu ni ikut selera penonton AKA demand...apa2 yang box office yg tu la penerbit akan buat sampai lebam...jadi gangster, lawak sengal dan rempit seram jadi keutamaan

kalau filem bergenre drama melayu pulak semua nak berasaskan novel setelah ombak rindu berjaya memecah panggung...adeh

Anonymous
November 12, 2012 at 6:29 PM

Din suka tengon Music video wonder girl,t-ara,macam2 lagi la @_@ haha

November 12, 2012 at 7:00 PM

bila last tengok filem malaysia?

November 12, 2012 at 8:50 PM

akak minat tapi xder koleksi..ehhe

November 12, 2012 at 9:29 PM

Samalah kita berdua kpoppers :)

November 13, 2012 at 6:55 AM

@huny madu hehe..kesian akak busy ye..

@Jue Jaynee hahaha.. heartstrings bestkan..yonghwa..hehe..

@Dunia Wilmahehe..kita sama tapi saya tengok2 macam tu je tak ada lah 24 jam korea..hehe..

@Farra Izzaty hehe..kesian adik..sabor je lah..kalau tak apa kata adik rosakkan laptop akak adik tu..opss..jahat gila. ^___^

@Mimie Najib hehe..tak marah lah kak..betul lah..saya tengok je tapi tak ada lah 24 jam.. Minat-minat tapi tak ada sampai terbawa-bawa dalam diri.

@Hatimi Tahirruddin Betul..saya sokong..macam dah tak ide nak buat filem..bukan tak boleh..cuma janganlah semua nak adaptasi dari novel..saya yang minat novel ni kecewa bila tengok.hehe..

@D i n ye ke din ni..tak cayalah.hehe.

@skulluv ??? ^___^

@Cikgu Ma hehe..ye ke..akak pun minat ye. yeah..

@nis
Nis pun minat kan..sebab gambar profile pun dah gambar Jessica..hehe..

@ADZA IRDAWATI aka MAK DARA hehehe..betul tu mak dara. ^__^

November 13, 2012 at 12:48 PM

aini aini!!!!!!!!!!!
Family Outing tu yg season 1 ke season 2???
didiey suka sesaon 1.ngah mencari org2 yg ada full episode. nak nak!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome