01 November 2012

Jom tutup aurat


Assalamualaikum..

Baju apa ni? Boleh faham tak?

Jom kita tutup aurat jom..ala pakai tudung tak susah pun. Selain, aurat terjaga, Allah pun sayang. Orang yang pakai tudung boleh menjaga kesihatan kulit kepalanya sebab tudung melindungi kulit kepada daripada terkena sinaran UV secara terus. Sinaran UV kalau terkena pada bahagian kulit kita yang sensitif ni maka berlaku pelbagai jenis penyakit kulit dan yang parah boleh mengakibatkan kanser kulit. Kelimumur pun senang nak ada tau, selain itu kenalah jaga rambut juga ye muslimah.

Selain itu, kenapa islam suruh pakai baju lengan panjang dan menutup aurat? Sebab ianya sama seperti tudung, boleh melindungi kulit daripada kena sinaran matahari yang memancar. Kalau malam? Emm..siapa suruh kau keluar malam-malam?hehe..

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. (Surah Al-A’raaf7:26)

Tak apa, slow-slow kita tutup aurat, kalau kita tak pakai tudung, kita startlah pakai dari sekarang, biarlah orang nak mengata, sebab kalau dia mengata itu bermakna dia mengata Islam itu sendiri, mana tak nya, Islam kan menuntut kita menutup aurat. Tutup aurat dapat pahala tau, setitik peluh kita, panas, kerana memakai tudung, maka dapatlah kita pahala.

Tak percaya? Jenguk blog Didiey. Ada entry pasal aurat ni. Jadi apa lagi, jangan bertangguh bila nak bertudung atau tutup aurat, benda baik harus di segerakan. Serious, awak nampak lebih cantik 110 peratus lagi cantik daripada tidak bertudung. Cuba tanya lelaki-lelaki di luar sana, kalau nak pilih perempuan untuk di jadikan isteri nak yang elok dan tertutup ke atau yang terdedah sana sini?

Macam juga awak makan dekat gerai, kalau makanan itu terdedah dan tak ditutup, lalat penuh hinggap, dah siap buat telur dalam makanan tu, awak masih nak makan ke?

Kalau awak beli lolipop, awak nak beli ke kalau lolipop tu dah terbuka plastiknya?

Takkan...jadi macam itu juga lelaki, kalau nak pilih pasangan hidup mesti nak yang elok. Kalau yang buruk ni? Orang cakap ye, orang yang cakap..dia nak buat seronok-seronok boleh lah.

Para lelaki sekalian, sila lah jawab betul ke tidak?


Hendaklah mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Surah Al-Ahzab,33:59)

Tak tutup aurat tu jahatlah ye? Tak jahat tapi awak dah langgar tiang elektrik dekat depan rumah..ehem, langar perintah Allah. Awak dah baik tapi awak lagi baik kalau tutup aurat. Awak dah cantik, tapi awak lagi cantik kalau tutup aurat. Awak dah comel, tapi awak lagi comel kalau tutup aurat.

Selamat menutup aurat.


p/s: Saya pun sedang berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna.



10 comments

November 1, 2012 at 7:24 AM

ya...jom tutup aurat..yg dah bertudung jgn berpakaian seperti tidak menutup aurat plak kan ^_^

November 1, 2012 at 8:19 AM

doodle awak dah siap....jemput ambil ^_^

November 1, 2012 at 9:34 AM

:) orite.

November 1, 2012 at 9:37 AM

Nice entry Sis :-)
Suka entry nie...

Anonymous
November 1, 2012 at 9:57 AM

bagus aini hehe guna kreativiti utk dakwah cmni :D

hehe wanita yg tak bertudung x semestinya jahat.tapi wanita yg baik pasti bertudung hehe

November 1, 2012 at 10:32 AM

maka tutup la aurat ^^
bak kata UAI , wajib tutup aurat , tak pakai tudung pun takpe, cover pakai baldi pon cukop xD

lawa doodle tu . pakai baju kelawar eh ? :D

November 1, 2012 at 10:49 AM

suka baca ...all positif

November 1, 2012 at 12:06 PM

salam..hai aini!

-entry yang bagus!=)
- apa pendapat awak tentang pemakain tudung yang labuh dengan pemakaian tudung yang berfesyen? ^^

November 1, 2012 at 5:08 PM

macam2 fesyen bertudung sekarang ni huhuhu...

November 1, 2012 at 10:35 PM

Cikgu Ma : Betul2..hehe.

Maria : Yeah :)

Wilma : terima kasih dear..

Din : hehe..terima kasih din..betul2.

Munirah : Betul2...suka dengar UAI cakap..kelakar tapi maksud penuh tersirat.

Abd. Rashid : Alhamdulillah.. :)

Eyesha : Alhamdulillah, saya rasa macam tak layak nak beri pendapat..hehe..berfesyen boleh tapi jangan melampaui batas, misalnya bertudung tidak mengikut syariat yang ditetapkan..ohh..saya pun masih berusaha,,terlalu banyak sangat yang belum sempurna dalam menutup aurat ni. ^__^

Kak Mia : hehe..sekarang macam -macam jenis tudung yang keluar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome