02 November 2012

Hampehh punya Katak

Assalamualaikum...

Dulu ada cakap kan yang saya tak suka katak ni..dalam entry ni..tapi macam dia tahu-tahu je saya tak suka dia. Dia bukan pergi menjauhkan diri tapi makin mendekatkan diri..p;

Ya Allah, sakit dada aku terkejut dengan katak ni, mana taknya malam semalam, duduk dekat pintu depan bilik..sedap-sedap berborak dengan adik...Dah jangan tanya kenapa aku duduk depan pintu bilik tu..hehe..seronok-seronok berborak sambil sedut pemandangan dari kaca television.

Tiba-tiba ada bunyi Paaaap..ada sesuatu melompat dari mana entah, dari atas rasanya. Bunyinya macam sesuatu yang lembik dari atas, jatuh atas lantai.. Aku tengoklah dekat bawah..muka macam tak ada perasaan je tengok benda tu. Betul-betul dekat bawah kaki aku. Nasib baik tak jatuh atas badan aku..haishh.

Lambat betul malam itu sensory neuron aku nak hantar data pada otak, urat-urat saraf untuk detect bahawa benda itu ada katak..dah beberapa saat kemudian barulah aku tahu bahawa dia adalah katak pisang..aaaaaaaaaaaaaaaaa....alamak..apa lagi aku menjerit dan tutup pintu, terhempas pintu bilik kuat-kuat..hahaha..dahsyat benor. Kesian umi terkejut sebab dengar aku menjerit..Aku jerit nama umi...

Umiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...Kaatakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..

Haaaa..ambik kau..ehh..sakit jantung aku sebab takut sangat. Takut dia melompat dekat aku..Geli...errrrr..

Dan padan muka aku kena marah dengan adik aku sebab aku menjerit..

Dia tak tahu, aku ada sejarah hitam dengan katak..sobsobsobs.

Dekat sini hujan, maka banyaklah katak berleluasa..harap sangat, pihak berkuasa dapat membanteras jenayah katak ni..ishishish..kesian mangsa..

Memang hampeehh katak tu kan? Tak eh?..maaf umi, terkejut umi dengar saya jerit..hehe. Umi yang tolong buangkan katak tu..Umi saya SUPERWOMEN. Macam-macam lagi umi buat untuk tolong anak-anak umi. Saya sayang umi dunia akhirat.
Farah, aku bengang dengan kau..hahaha..


Dekat Pahang sejak dua menjak ni hujan..Kat tempat awak hujan tak? Ohh..musim tengkujuh kan..jadi pantai timur memang akan selalu hujan..hehe. Sedaplah tidur tiap-tiap hari macam ni..hehe.

p/s: Kenal tak katak pisang macam mana? tak nak letak gambar..geli. Tapi katak ni baik sebenarnya ada dalam sejarah kisah hidup Rasulullah S.A.W ..tak suka sebab geli. Selalu je malang nasib ku ini..kuang-kuang-kuang.. T___T


10 comments

November 2, 2012 at 8:20 PM

musim hujan, katak memang brmaharajalela la kn.. nasib bek x kne sakit jantung..hihi :)

November 2, 2012 at 8:43 PM

samalh..geli dgn katak jugak..! pernah 1 day tu tengah tidur tiba2 ada katak entah dari mana muncul tiba2 ada dekat atas tangan..menjerit la tengah2 malam..! >_<

Anonymous
November 2, 2012 at 9:08 PM

tangkap katak buat umpan mancing ikan haruan hehe :D

November 2, 2012 at 11:28 PM

hehe..kalau didiey pown,didiey lompat!!!!geli lah! haha

psst~hari tu didiey dah update smpai chapter 5..kalau blom baca boleh lah bca dulu..hikhik

November 2, 2012 at 11:29 PM

hujan sangat lebat disini...shah alam...

November 3, 2012 at 11:25 AM

kalo tengah mengecat tetiba nampak katak, terus akak cat katak tu..haha..jahat tol kan..

November 3, 2012 at 4:40 PM

hujan... katak..hehe

saya dah update
selamat hr raya korban :)

November 3, 2012 at 4:53 PM

haha...nasib katak tu lepas terjatuh dia duduk diam je...kalau dia nak gesel2 susah jugak tu kan..?

November 3, 2012 at 5:39 PM

huhuh gelinya.. memang boleh terjerit kalau ada di depan mata....

November 3, 2012 at 9:34 PM

Kesian Aini...
Takpa...Wilma percaya, satu hari nanti fobia tu akan hilang jugak...

P/S: Kat Sabah pun asyik hujan jak ^_^ Memang best nak tidur nie ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome