14 July 2014

10 ciri-ciri anggota Al-Qassam

Assalamualaikum...

Briged Al-Qassam
10 ciri-ciri anggota Al-Qassam


Al-Qassam adalah sayap ketenteraan Hamas terdiri daripada pejuang berhati waja. Mereka sentiasa bersedia menghadapi Zionis pada bila-bila masa. Bagi menyertai kumpulan ini, seseorang haruslah mempunyai ciri-ciri seperti :
  1. Mendapat izin dari ibu bapa untuk syahid.
  2. Mendapat izin dari ketua masjid di tempat tinggalnya dengan pengesahan individu itu tidak meninggalkan solat subuh berjemaah selama tiga bulan.
  3. Tidak melakukan maksiat atau menghisap rokok.
  4. Wajib mempelajari tafsir al-Quran.
  5. Wajib membaca al-Quran satu juzuk sehari.
  6. Wajib menghafaz 40 hadis Arba’in (Imam Nawawi).
  7. Puasa sunat dan bertahajud.
  8. Tahap kecerdasan tinggi.
  9. Kerap hadir di majlis pengajian ilmu.
  10. Mengamalkan zikir harian.
(Sumber)

Kenapa pejuang Al-Qassam menutup wajahnya?

Objektif penubuhan Al- Qassam adalah:
Untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin.

Persoalannya, mengapa para pejuang Al-Qassam menutup wajah mereka ?

Jawapanya kerana mereka takut kepada penyakit Riak dan Ujub. Pada tahun lepas, wakil HAMAS datang ke Malaysia, dan ditanyakan soalan ini. Lalu beliau mengatakan, di Gaza Palestine, jika sebuah keluarga itu mempunyai anak lelaki yang bersama-sama Brigade Al Qassam, maka keluarga itu akan disanjung dan dirai oleh penduduk Palestine. Mereka bagaikan superman yang menyelamatkan kampungnya. Oleh itu, Syed Ahmad Yassin telah menetapkan supaya setiap anggota Al Qassam diwajibkan memakai topeng untuk menjauhkan sifat ujub dan Riak. Kata, Syed Ahmad Yassin, " Allah akan menangguhkan kemenangan jika ada penyakit ujub dan Riak dalam perjuangan."



SubhanAllah..begitu hebatkan ciri-ciri pejuang Gaza ini. InsyaAllah..Islam pasti menang. Kita doakan mereka. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome