14 July 2014

Roti jenama terkenal tidak diperakui JAKIM

Assalamualaikum...

Sijil halal ditarik- Kilang roti jenama terkenal diarah berhenti operasi kerana sijil halal tidak diperakui JAKIM.

Roti jenama Sunshine

Agak-agaknya dapat teka tak jenama roti itu, sebab Sinar Harian hanya memaparkan tajuknya sahaja. Tapi kalau dilihat pada warna lori tersebut, dah dapat agak kan roti jenama apa.

Roti jenama Sunshine

Roti jenama Sunshine. Mungkin jarang dengar kan namanya tapi saya rasa, saya biasa nampak bungkusannya di atas rak roti. Kilang roti Sunshine ini terletak di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak. Bukan sahaja sijil halalnya palsu aka tidak diperakui oleh JAKIM malah, proses pembuatan roti Sunshine ini juga tidak mematuhi standard atau piawaian kebersihan yang ditetapkan dan itu sangat menjijikkan.

Roti jenama Sunshine  Roti jenama Sunshine

Roti jenama Sunshine  Roti jenama Sunshine

Sangat-sangat menjijikkan. Tak tertelan rasanya bila tengok tempat pembuatan roti sedemikian rupa. Gambar-gambar di atas ini pun dapat dari salah seorang pengguna laman sosial. Harap pihak berwajib sentiasalah membuat pemeriksaan berkala terhadap kilang-kilang pembuat makanan ini, agar dapat mengelakkan perkara macam ini berulang. Pengotor sangat. 

Meskipun saya bukanlah pengemar roti, tapi umi dan kakak saya ini "hantu roti". Rasanya memang tak pernah beli roti ini..tapi susah hati tengok orang yang suka makan roti, kot-kot termakan roti yang dibuat ditempat yang tak terjamin kebersihannya aka PENGOTOR yang amat ini.



5 comments

July 14, 2014 at 11:57 PM

eee..gelinya tengok tmpt kilang dia..nsib baik aisyah jarg beli roti jenis ni. ><

July 15, 2014 at 12:14 AM

Alla. Nasib baik jarang makan roti ni.

July 15, 2014 at 7:10 AM

ya ampun3...nasb baik xtau jenama ni.

July 15, 2014 at 1:51 PM

Jenama tak berapa terkenal sangat rasa macam tak pernah makan, biasa makan roti gardenia..sangat menjijikkan dengan keadaan macam tu.

July 15, 2014 at 9:01 PM

Tak pernah dengar lagi jenama roti ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome