22 July 2014

Selesai buat kuih Popia Simpul Serunding Daging

Assalamualaikum...

Target tahun ini, nak buat kuih raya sendiri. Kalau tak buat banyak pun dalam 3-4 jenis kuih jadilah. Biasanya tahun-tahun yang lalu beli je. Last buat kuih raya 4 tahun lepas, itu pun arwah ayah masih ada.
Sebab dulu mudah sikit nak cari bahan buat kuih, sebab tinggal cakap je, lepas itu kita buat rondaan dengan ayah. Yang keluar duit pun arwah ayah. hehe. Itu yang best, arwah ayah pun sporting, saya nak buat, ayah on je. Oh..rindunya dekat arwah ayah.

Popia Simpul Serunding Daging

Kuih raya yang pertama sekali siap adalah Popia Simpul Serunding Daging. Senang je nak buat kuih ini, sebab kulitnya guna kulit popia yang kita boleh beli di kedai atau mana-mana pasaraya. Senang je nak cari. Mesti ada punya. Cuma tinggal serundingnya sahaja kita masak. Serundingnya buat malam tadi, pagi tadi kakak beli kulit popia, petangnya dah boleh buat. Tadaa..dah siap. Mudah kan.

Kalau tak pandai buat serunding sendiri, boleh je beli serunding yang sudah siap dimasak. Dekat pasaraya pun ada jual kan. Tinggal simpul dan goreng je lah. Lagi mudah. Next target, malam nanti nak buat Biskut Dahlia tau orang panggil Biskut Semperit. Kemudian, nak buat Almond London dan dalam pertimbangan nak buat Biskut Dam dan juga Kek Marble. Emm, nak buat biskut apa lagi ya. Nak cari resepi buat biskut yang senang nak buat tapi sedap. Ada cadangan tak?

6 comments

July 22, 2014 at 4:05 PM

buat sendiri memang puas hati
cuma masa jer kena pandai nak agihkan...

July 22, 2014 at 8:31 PM

kuih tapak kuda sedapp hehe at my place brunei mmg jd popular demand

July 22, 2014 at 8:44 PM

@yang baik Ishak Betul..puas hati. Kalau yang bekerja dan juga ada anak-anak kecil susah lah sikit kan, sis. Memang kena pandai cari masa nak kuih raya ini.

July 22, 2014 at 8:53 PM

@Nurfaezah Abdullah Mula-mula tak tahu pun kuih tapak kuda itu macam mana..kemudian gigih google..hehehe. Oh baru tahu. Kuih itu famous ya dekat Brunei. Saya pernah makan dulu-dulu tapi tak kena tekak..hehe.dulu lah. Sekarang tak tahulah kena tekak atau tidak.

July 23, 2014 at 9:45 AM

sy suka popia simpul ni...sekali ngap sebalang pun mampu habis ni!! hehe :D

July 24, 2014 at 10:28 AM

sedapnyaaa. fav kite tau ni. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome