01 July 2014

Tips | Mengelakkan Peti Sejuk Berbau

Assalamualaikum...

Pagi tadi baru sahaja selesai membersihkan peti sejuk. Kebetulan wayar peti sejuk rosak, alang-alang sebelum nak di hantar ke kedai, kita bersihkan lah dulu kan. Tapi faham-fahamlah bila dah letak macam-macam dengan ikannya, sayurnya, air minumannya yang tumpah dan sebagainya telah menyebabkan peti sejuk ini mengeluarkan bau-bau yang kurang menyenangkan aka menyengat hidung kita. Tambahan pula, bila kita biarkan makanan tersimpan lama dalam peti sejuk. Lagi bertambah "harumannya" kan.


Cara Mengelakkan Peti Sejuk Berbau

Kebetulan pula, terbaca dalam majalah Impiana online cara nak harumkan peti sejuk, alang-alang teruslah cuba. Ada 2 cara untuk Mengelakkan Peti Sejuk Berbau, antaranya :

  1. Gunakan Serbuk Penaik. Caranya, anda letakkan satu kotak serbuk penaik di dalam peti sejuk. Lebih baik jika diletakkan di dalam bekas yang ada lubang-lubang kecil dibahagian penutupnya.
  2. Gunkan Esen Vanilla atau Ros. Selesai membersihkan peti sejuk, lapkan bahagian dalam peti sejuk tersebut dengan Esen Vanilla atau Ros.
Kesannya, memang peti sejuk tadi dah tak berbau. Harum dan nyaman bila dibuka. Selesai masalah. Kalau anda pun mengalami masalah ini, bolehlah cuba Tip Mengharumkan Peti Sejuk ini. Lagi satu tip, pastikan anda telah menyimpan makanan basah seperti ikan, sotong, ayam dan sebagainya di dalam bekas kedap udara dan diletakkan dibahagian sejuk beku. Selamat mencuba!


4 comments

July 1, 2014 at 4:29 PM

wah menarik...mesti kena try nie
tq

July 1, 2014 at 5:00 PM

Menarik ^_^

July 2, 2014 at 11:27 AM

menarik tips ni. boleh cuba bila2 nnt ;)

July 2, 2014 at 12:04 PM

good tips...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome