Hehehe..baca tajuk dekat atas mesti geram kan..Tak geram?? Saya geram lah. Kita kan hidup satu dunia, satu bumi, satu negara, satu agama, satu bangsa tapi kenapa kita kena ada sikap benci membenci satu sama lain. Peliklah saya.
Bernanah telinga ni bila dengar ada yang kutuk mengutuk antara negeri-negeri ni. Kenapa nak kutuk mengutuk, kita sama je. Walaupun kita duduk dekat negeri yang berbeza tapi kita tetap satu, lebih-lebih lagi kita satu bangsa dan agama. Semua yang beragama islam itu adalah bersaudara bukan? Jadi tidak perlulah wujud perkataan aku tak suka orang dari negeri tu, aku tak suka negeri tu.
Tak sangka sangat perkara macam ni ada ye..Memang nampak tak penting...ala hal kecil je pun beria sangat kenapa. Ye itu diluarnya tapi kalau kita tengok dasarnya, dekat sinilah boleh berlaku perpecahan antara kita. Tak kan sebab benda kecil ni pun kita nak berpecah.
Macam mana ia boleh berlaku?
Saya dengar kawan saya cakap macam ni :
"Saya tak sukalah orang dari negeri tutttttt, perangai buruk, suka berpuak-puak, pengotor dan......"
"Orang dari negeri tutttt, jahat...suka hantar ilmu hitam dekat orang, baik jangan rapat dengan orang negeri ni.."
"Aku dapat group yang hampeh..Group aku tu ada budak negeri ttuuutt, aduhhh...susahlah nak buat kerja. Budak negeri ni pemalas dah tu nak harapkan orang je buat assignment."
"Akak saya cakap, budak negeri tutttt ni pengotor, lepas dia makan dia tak nak basuh, tunggu nak makan lagi sekali baru basuh..sebab akak saya pernah jadi roommate/housmate dia.eeee..tak suka budak negeri ni"
Ishhh..tak baiknya. Kenapa nak kutuk negeri pulak kan..Kalau mulut saya celupar, saya cakap je, ala macam lah negeri awak tu bagus sangat..seee, dah nanti bergaduh pula.
Saya cakaplah bukan semua orang dalam negeri tu macam tu..Tapi dia balas lagi..
Kalau dengar memang sakit hati..walaupun dia tak kutuk negeri saya, tapi kenapa perlu kutuk segala bagai. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sebab salah seorang, daripada yang mereka kenal, dari negeri tersebut berbuat durjana, habis semua kena. Kenapa nak libatkan negeri, individu itu seorang sudah lah.
Ada lagi :
"Aku tak naklah kahwin dengan orang negeri tutttt..Mak aku tak bagi sebab orang negeri itu teruk"
"Mati hidup balik pun aku tak kan kahwin dengan orang negeri tuttt..."
Lepas itu saya cakaplah :
"Awak jangan cakap macam itu, sebab jodoh itu dekat tangan dan rahsia Allah, orang yang kita benci mungkin kita akan suka suatu hari nanti. Cikgu saya cerita balik pengalaman dia...cikgu saya ni, dia cakap dia tak suka orang dari negeri tuttttt, tapi last-last dia kahwin juga dengan orang dari negeri tu..Cikgu saya sendiri kongsi pengalaman dia, dan dia pun cakap jangan cakap besar dengan jodoh"
Bila saya cakap macam tu, dia buat muka..esoknya, entah apa angin dia tak baik kot, dia cakap kuat-kuat :
"Aku tak suka orang dari negeri tuttt....dan aku lagi tak suka bila ada orang cakap jangan cakap besar, nanti kahwin dengan orang negeri tu...huhh"
Sedap gila rasanya kena sound...dah lah waktu tu tengah sedih sangat-sangat sebab laptop rosak tak boleh buat assignment yang nak kena hantar beberapa hari lagi.... Lagi tambah sedih bila kena sound macam itu. Lebat dan laju je manik putih jatuh dari birai mata.hahaha..sangat-sangat sensitif time tu.
Bukan apa kalau orang dari negeri tu dengar, tak ke membangkitkan kemarahan, sebab itu wujudnya puak-puak. Benci membenci sebab aku bukan satu negeri dengan dia. Aku tak suka negeri tu. Manalah rakyat Malaysia nak bersatu, manalah bangsa Melayu nak berjaya, manalah umat islam nak berkembang..haishhh..silalah jangan memperlekahkan orang/negeri orang lain. Sebab yang penting kita sama, ada baik dan buruknya. Kalau semuanya baik, tak ada lah undang-undang dan polis dekat dunia ni.
Saya dengar semua ni, bila saya duduk dalam kelompok manusia dari pelbagai negeri tapi satu bangsa dan agama. Adatlah kan, ada yang begini dan begini. Nama pun manusia, kalau tak buat khilaf, itu bukan manusia namanya. Bukan nak memburukkan nama kawan saya atau sesiapa cuma nak berkongsi rasa.
Jomlah kita sama-sama pupuk rasa kasih dan sayang, tolak ansur antara satu sama lain. Marilah kita buka hati dan minta untuk berfikir, bahawa tak semua orang itu sama dengan kita. Perbezaan itu juga kadang-kadang perlu ye.
Saya ingatkan diri saya sendiri juga supaya jangan cepat menilai orang atas dasar luarannya sahaja. Allah yang lebih layak memberi penilaian terhadap manusia sebab Allah lah Pencipta kita yang Maha Mengetahui setiap pelusuk dalam diri kita termasuklah hati kita.
p/s : Kalau kita tak suka seorang itu kerana sikap atau perangai buruk itu tak mengapa ye supaya kita jangan contohi sikap atau perangai yang buruk mereka tapi jangan mengutuk mereka pula.
13 comments
amboi suka2 je ckp xsuka org negeri tuutt...
jue pun xsuka org ckp mcm tu..heee
Betul tu Aini...
Sepatutnya kita nie yang tinggal dalam satu negara...
Mesti hidup bersatu padu...
Bukannya membenci sesama negeri...
Walaupun lain2 negeri...Tapi tetap 1 Malaysia bah kan ^_^
Nice entry Sis...
stakat ni din bergaul dgn orang dari semua negeri ok je tk timbul pun rase benci haha tolong menolog :)
@Jue Jaynee Bukan apa cuma sakit hati je dengar..hehe.
@Dunia Wilma
Betul 1 Malaysia kan..hehe.Terima kasih wilma.
@D i n
Bagus din..ala biasalah akak kawan kebanyakkannya perempuan, faham2 lah perempuan ni macam mana. Lelaki cool je, bilik semak pun korang tak kisah kan..hahaha.kidding.
bab bilik semak tu btol kot hahaha layan je~ hehe
setuju.. miss z pun tak suka orng merendah2 kan negeri orng lain,,,
orang mcm tu pon ado ,biasa la lain negeri lain ragamnye adoiyaiiii...
yg pasti penang da best!
hehe biasalah...perangai manusia tak sama tapi boleh dikategorikan mengikut persekitaran...contohnya sifat malas yg sering dikaitkan dengan Melayu...bukan bermakna semua Melayu malas, tetapi mengikut pemerhatian org2 terdahulu kebiasaannya Melayu malas....sama juga dgn negeri....ikut pemerhatian org terdahulu mungkin org2 dari negeri tuuttt bersifat tuuuttt...tetapi apa2 pun kita patut menerima sesiapa apa adanya...semua org ada kurg dan ada lebih...
PS: macam org Nigeria jugak yg selalu kita kaitkan dengan scammer...dan mmg kebiasannya adalah betul...haha
negeri len pon sme gak la...org negeri len xde yg pngotor? pemalas? haha
kitakan 1 malaysia xbaik laa,,