Assalamualaikum...
Selalu kan kita sebut perkataan ikhlas, terutama bila kita tolong orang. Kita akan mengaku kita ikhlas. Contoh ayat yang menunjukkan kita ikhlas.
"Eh, saya tolong awak saya ikhlas lah."
"Ambillah, saya ikhlas"
Dalam surat di akhir penulisan pun ada tertulis :
Yang ikhlas daripada Justin Bivir.
Tapi sejauh mana ikhlas kita tu, boleh ke orang tu tahu kita ikhlas ke tak? Boleh ke ukur ikhlas tu? Ukur guna tali rapia ke?
Gambar ni tak terkena pula dengan entry kali ni. T__T |
Ikhlas tu sangat tinggi nilainya sampai tidak dapat diukur dengan mana-mana wang ringgit atau emas dan permata sekalipun. Ikhlas juga menentukan sama ada amalan kita diterima atau tidak, tapi kenapa agaknya kita dengan mudahnya mengatakan bahawa kita ikhlas. Tiada siapa yang berhak mengatakan bahawa dia ikhlas tetapi berhak berusaha menjadi seorang yang ikhlas, dan moga-moga diterima oleh Allah.
Kalau kita dah mengaku bahawa kita ikhlas, itu jelas menunjukkan kita tak ikhlas...sebab apa?
Jadi kita cuba jadi orang ikhlas dan bukan mengatakan bahawa saya ikhlas.
Keikhlasan itu adalah satu perbuatan yang mana kita tidak memerlukan sebarang kata balasan.
Ohh..bab ini hati saya lemah, kadang-kadang bila orang minta tolong kita, kita tolong orang tu, mesti kita nak dia ucapkan terima kasih pada kita kan?
Kalau dia tak ucapkan terima kasih mesti kita kata, ishh..dia ni tak reti berterima kasih langsung. Ehh..busuknya hati saya. Ada lagi satu petanda hati kita tidak ikhlas, bila kita dah tolong orang tu, kita ungkit balik. Dulu ikhlas ni, bagai nak rak ikhlas, tapi bila orang tu lupa jasa baik yang kita pernah tolong dia, kita ungkit balik.
"Dia tak nak pun tolong aku, padahal kalau dulu dia susah, dia datang cari aku, aku tolong je dia"
Ohh..Ya Allah, sungguh busuk hati saya. Sedih memang sedih tapi janganlah jadi pengungkit, dah bagi, suruh pulang balik, buruk siku nanti.
Keikhlasan seumpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Macam juga kalau kita nak menderma, kalau kita nak bagi....bagi je tak payah fikir, betul ke orang ni, kot-kot penipu. Kita derma niat kerana Allah S.W.T, biar Allah yang tentukan segala-galanya. Kalau dia menipu, itu dia kena jawab dengan Allah nanti, kita yang bagi ni kena redha, dan ikhlas kerana Allah.
Bukankah tangan yang di atas itu adalah lebih baik dari tangan di bawah. Jadi tak payah gusar dok fikir, nak bagi, bagilah, kalau tak nak sudah. Tak ada orang paksa pun kan. Peminta tu bukan nak kejar kita pun kalau kita tak bagi derma dekat dia..Ada ke pernah kena kejar?
Hati saya hati lemah..Oleh itu, saya cuba nak belajar mencuba menjadi ikhlas dalam setiap perbuatan yang saya lakukan.
Jom kita mencuba menjadi yang ikhlas.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa kemudian diasing-asingkan perkara yang dikerjakan kerana Allah dan yang dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkan ke dalam api neraka”. (Riwayat Baihaqi).
p/s: Berusaha itu lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa.
9 comments
kalau org tnya mcm ni, "ko ikhlas ka tolong aku" cmna mau jawab? mau jwb ikhlas tp kan x blh mengaku.
like ... (",)
@yaya adecakap dekat dia balik, kalau saya cakap bermakna dah tak ikhlas lah. Ikhlas, susah nak diukur, tak tahu nak cakap macam mana..hehe..pendapat saya. ^__^
sentap lak din :) hehe lepas ni nk senyum je la tanak ckp saye ikhlas mak cik :D
@D i nhehe..janganlah sentap ye, saya pun sama je selalu tanya gitu dekat orang..ehh, ikhlas ke ni.
ikhlas mana bleh bgtau ^_^
**boleh jerr nak art trade...nanti dah bgtau yea bila dh siap ^_^
ikhlas dalam bahasa melayu ni ada dua...satu ikhlas mcm honest atau sincere....satu lagi ikhlas lillahitaala...apa2 pun kita cuba yang terbaik...
ikhlas ke?? hurmmm...semua boleh jawan ikhlas! tapiii sapa yang tahu kita ikhlas ke tak?? kan? huhuhu
@Sue PeLikhehehe.betullah tu..termasuklah saya sendiri. Serious rindu dekat cik sue..huhu.