Assalamualaikum..
Sekarang ni terkenalkan doodle doodle ni. Jadi jom kita cuba mendoodle juga nak..hehe..Cara termudah untuk lukis doodle. Tak payah nak copy-copy orang punya, kita buat sendiri, memang sangat simple tak payah pening-pening kepala. Tapi ini bukan tutorial buat doodle tau.
Caranya adalah dengan menggunakan PAINT TOOL SAI. Kalau tak ada bolehlah download dekat sini untuk portable, dan dekat sini untuk full version. Tool apa yang perlu diguna untuk buat doodle yang simple ni. Secara kasarnya adalah hanya menggunakan Curve tool dan Pen tool sahaja.
Dan ini adalah hasil mendoodle yang paling mudah menggunakan SAI, walaupun buruk, tapi itu hak kita kan, tak copy-copy hak orang.
Ini saya waktu kecil pakai baju kembang??..haha..comel tak?sila perasan ye Aini. Saja je aku buat muka comot, sebab dulu memang suka comot-comot ni.
Ini pula kakak saya waktu kecil juga pakai baju kembang??...saya lukis rambut dia gitu sebab dulu-dulu rambut dia kerinting, tapi sekarang tak dah..hehe..buruk kan..kahkah..kalau buruk semua akak aku. tettt..Mengamuk dia kalau dia tahu aku tulis gini. Dah lah buat muka dia muka sedih.
Ini pula aku tak tahu siapa, tak terlintas nak lukis siapa, jadi aku jadikan lah dia sebagai adik perempuan aku yang no 1. No 2 kecil, so nanti akak buat lain ye.hekkk..Ehh..baru perasan yang budak ni macam menari Oppa Gangnam Style.. T__T
Ini pula abang saya..ehh..kepala besar, senget sebelah..hehe, kesian betul tengok doodle ni..kan dah kata doodle yang saya buat memang buruk..separuh je siap, sebab dah memang tak boleh dibaiki dah doodle ni..tension betul. Dan satu lagi, memang dari dulu lagi kalau nak lukis lelaki memang fail. Jadi pondon..aishhh.
Ini pula sesat, haha..kesian dia..tak apa ini saya jadikan sebagai adik ummi syafiqah..eeee, comel adik pakai tudung sekolah(bukan doodle yang comel tapi bayangkan adik den yang comel). Walaupun adik dah darjah tiga, tapi aku tak kenapa penyakit miang aku still ada..suka sangat cium dia..haha. Padahal dia dah besor.
p/s: ini bukan tutorial ye, cuma nak habaq mai, silalah guna SAi untuk beginner. Maklumlah berjinak-jinak nak buat doodle, kita mula dari bawah idak?
16 comments
comel sangat~! nak satuu XD
haha best ni nanti nak try la hehe
comel la kak aini buad doodles hahaha ada bakat ni hahha
Comel :D
comey semuanya. ^_^
Wah..chomel doodle dia..nak tukar2 doodle dngn fiqah tak??
cute :D
nampak mudah... tapi nak buat muka buat pun dah amik berapa jam... hehe~!
@fiqah hamedBoleh juga..hehe. ^__^
@Khalilah MNorHehe..tak apa try slow2, kalau nak buat muka tu saya guna curve tool..saya pun tak pandai juga buat, setakat yang buruk2 tu boleh lah..hehe.
Pm fiqah erk..bila dah siap doodle.. (: *insyaallah malam nie fiqah buat.. (:
https://www.facebook.com/fiqah.cekumi
comey laaa cik aini buat! kalau saya buat entah jadi hape dah huhuhuhu. btw selamat hari raya cik aini!! :)
wah menarik jugak software ni ya...
Comelnya ^_^
Wilma nak satu boleh...Hehehe...
Cutenya!!! Kak Aini pandai guna semua software lah..Terbaik!!!
Nak tanya SAI ni transparent terus ke ?