12 October 2012

Cara Mengelak Malu

Assalamualaikum,

Tadi, saya sedang bersantai bersama keluarga tengok cerita Spice Route dekat tv3..suka cerita itu, seronok tengok chef itu mengembara dekat negara orang. Siapa tengok? Angkat tangan. Rumah saya tak ada pinggan kelabu atas bumbung, jadi yang ada siaran-siaran yang tidak berbayar sahaja..hehe.

Spice Route minggu ini mengembara dekat Madagascar..cantik betul tengok laut dekat Madagascar, air laut dia biru sebiru biru nya. Cantik, masih terjaga, ermm, tak macam laut dekat Malaysia yang kebanyakannya dah tercemar. Satu hari nanti nak pergi Madagascar lah..hehe..tak apa kan berangan.

Sekarang, nak cerita pasal perkara ini pula. Kalau dulu saya cerita dekat anda pasal Cover Malu kan.? Kali ini nak kongsi cara mengelakkan malu. Nak tahu macam mana? Marilah baca.

Terjatuh


Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai…kemudian baru bangun bila tak ada orang nampak.

Kalau terjatuh basikal: cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saja-saja buat lawak.

Jatuh basikal

Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.

Kalau terjatuh dalam longkang: Pura-pura pungut sampah yang ada sambil marah-marah dan cakap kuat-kuat "iish siapalah buang sampah merata-rata ni, tak bertanggungjawab langsung" dan pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.

Kalau jatuh ketika nak naik bas: Jeritlah kuat-kuat.."Woi! apa tolak-tolak ni? Sabar boleh tak” walaupun tiada orang di belakang anda.

Kalau terjatuh di depan bus stop: Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda. Kalau tak ada..baring terus sampai malam dan pastikan tak ada orang lagi kat bus stop itu…haa…ini lah masa sesuai untuk bangun semula.

Jatuh kedebuk!!

Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda seorang je yang dapat malu…ye tak?

Selamat mencuba ye. ^__^

p/s: Ada dulu waktu naik bas dari dalam u nak ke bandar, ada seorang yang saya kenal jatuh sebiji macam gambar budak kecil dekat atas itu, yang kesiannya, kawan dia jatuh sekali tertarik tudung dia. Nasib baik pakai anak tudung, kalau tak.... malu memang malu lah sebab ramai kot budak lelaki dalam bas tu. Kesian dia.


11 comments

October 12, 2012 at 9:13 PM

yg xleh blah klau jatuh tangga xD hbis sgala silat dikeluarkan , HAHAHAH ~!

October 12, 2012 at 9:19 PM

@cik wawa

hehehe..itu menunjukkan bahawa kita mempunyai ilmu mempertahankan diri yang banyak..kihkih.

October 12, 2012 at 9:48 PM

Silat ? x pndai lahh . karate pndai :)

October 12, 2012 at 9:51 PM

@Syamimi
Akak ada belajar taekwondo, karate tak pernah..bahaya lah mimi nie..hehe, sat gi karate akak pulak. kidding.^___^

October 12, 2012 at 10:05 PM

hahahah kalau dah jatuh. pastu tu nak menjatuhkan diri lagi. hahahaha macam tak mungkin laaa u! i larik lajuk2 tinggalkan tempat kejadiannn sambil tutup muka kata 'jangan.jagn ambik gmbar saya!" hehehehe

October 12, 2012 at 10:16 PM

@Sue PeLik


hahahahaha..lari ala-ala ayu gitu kan cik sue..maklumlah retislah katakan..kahkahkah..kelakar lah cik sue ni, nak terkoyak mulut saya gelak..haha.

October 13, 2012 at 7:05 AM

Ekeke...saya selalu sgt jatuh...tiap thun msti ada peristiwa jatuh dpn owg ramai..

October 13, 2012 at 10:56 AM

@aSlin

Ye ke? hehe, kesiannya..tak apa aslin cubalah cara dekat atas tu..hehe..Lagi lah malu kan. Tapi salah naik eskalator, lagilah malu..sobsobsbob.

October 14, 2012 at 10:01 AM

kalau hatu hati plak camne?

October 15, 2012 at 1:14 PM

kte pun slalu jtuh. malu owh!

October 17, 2012 at 8:42 PM

Tips yang menarik la Sis walaupun lucu sikit...Tapi, yang paling best yang first tu...Kalau tersepak batu...Wilma bayangkan kalau Wilma terus berguling2...Hahaha...Lucu betul la Sis :-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome