11 October 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun





Telefon ayah pakai Telekom,
Assalamualaikum..

Hari ini makan Laksa,
Tak jawab dosa.

Pergi membeli buah rambutan,
Rambutan di import dari selatan,
Saya nak join segmen pilihan,
Yang pasti dapat sambutan.

Buah kelapa dalam perahu,
Perahu di buat dari kayu,
Saya memang suka selalu,
Hendak membeli pantun Melayu.

Jalan-jalan di tengah hari,
Panasnya pula tidak terperi,
Kak Mia jual, saya beli,
Salah dan silap harap di maafi.

Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Jangan di duduk di atas para,
Para dibuat daripada kaca,
Kiranya saya, Kak Mia bertanya,
Aini lah dia panggilan manja.

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Anak itik pulang petang,
Pulang dari tempat dagang,
Bukan niat nak temberang,
Tapi memang saya bujang trang tang tang.

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Membaca buku di atas bangku,
Kakinya patah retak seribu,
Saya budak masih baru,
Pergi merantau mencari ilmu.

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

Hinggap di dahan si burung nuri,
Indahnya nian tidak terperi,
Negeriku indah makmur sekali,
Negeri Pahang amat ku cintai.

Makan biskut hari-hari,
Biskut diletak atas peti,
Marilah bersama bersuka hati,
Untuk join segmen ini.

Hari nak hujan waktu ini,
Angkatlah kain, cepatlah Aini,
Karang mengarang tamatlah kini,
Moga Kak Mia, kenali diri.

Baiklah tamat sudah pantun saya. Maaflah kiranya tersalah bahasa, dan sebagainya sebab saya budak baru belajar. hehe..Kalau tengok ramai peserta yang hebat-hebat membeli pantun Kak Mia ini. Tersangat kagum, rupanya masih ramai yang kukuh nilai-nilai kemelayuan dalam diri anak-anak bangsa Melayu. Bangga rasanya jadi anak Melayu.

Sekiranya adik manis, kakak cantik dan abang hensem nak join segmen ini. Bolehlah klik banner di atas atau pergi link ini ye.


Indahnya adat Melayu itu kerana pantunnya..

Yang kurik itu kendi,
Yang Merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Selamat berpantun.


5 comments

October 11, 2012 at 8:37 PM

gud luck ya^^

October 11, 2012 at 8:51 PM

@Izzah Norlizah

Terima kasih. ^__^

October 12, 2012 at 9:57 AM

Wah...Pandainya Nurul Aini berpantun ^_^ Good luck ya...All da best for you Sis :-)

October 13, 2012 at 9:26 AM

Terima kasih daun sadri
Sudi membeli pantun ini
Tersenarai sudah link entri
Dalam entri segmen ini

October 14, 2012 at 10:57 AM

wah, semart2 pantun dia. juara pantun ye sblm ni?? =)
~baby follow sini dah tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome