06 October 2012

Review Blog : Kau yang Terbaik

Assalamualaikum..semua.

Haa..disebabkan hari ini tiada kerja dan tertiba-tiba dan tiba nak buat entry penghargaan kepada pemilik-pemilik kedai gula-gula 20 sen. Saya suka singgah kedai mereka sebab selalu beri gula-gula seposen 2 tu..hehe..merepek gila.

Jom kita teruskan siapa pemilik blog yang bertuah itu.




Pemilik kedai gula-gula 1.

Walaupun beliau pelik tapi beliau unik..awal perkenalan kami dalam muka buku. Mai nak nyanyi sikit..

"Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku, kau hantar pesanan suruh aku terima kamu..oh..oh...oh..oh..oppa ne saranghae.. ehh, tertiba tercampur aduk dengan korea pula."

Orangnya sporting gila, tapi bukan orang gila ye..hehe..maaf tuan tanah. Kalau buka je blog beliau mesti ada saja benda lawak nak di cerita..hahaha..kalau baca mesti pecah perut punya..tak pecah juga? pecah mulut.. Kenapa beliau pelik tapi unik? Haa, kalau nak tahu kena lah baca blog dia..Pemiliknya adalah SUE PELIK..Sila lah jemput datang blog cik sue yang pelik tapi unik tu ye.


Pemilik kedai gula-gula 2.

Berasal dari sabah, blognya ringkas..berwarna merah jambu, ada gambar kartun-kartun..blog ini menceritakan mengenai himpunan koleksi peribadinya sendiri. Orangnya sangat peramah, dan sangat mesra. Walaupun baru kenal tetapi mudah berkomunikasi. Hehe, nak tahu tak siapa dia?

Cakkk.. pemilik kedai gula-gula ini ada Dunia Wilma. Mari kita jenguk blog Dunia Wilma ye. Serbu ramai-ramai..nanti dapat tiket aeroplane pergi sabah bah..hehe..gurau saja bah. Kita suka sama sabah..hehe.


Pemilik kedai gula-gula 3.

Orangnya cantik, mula-mula masuk blog beliau semestinya nampak header..Header pun cantik macam tuannya..bukan sahaja cantik malah comel sesuai dengan nama blognya..iaitu main kompang sikit..kedepak kedepak kedepak kedebum kedebum...iaitu jatuh kepada blog Comelinesszaty. Blog Comelinesszaty, ada banyak beri tips..kesihatan..kehidupan dan lain-lain, contoh cara nak kurus kan badan..ohh, patutlah cik zaty ini kurus, cantik, molek orangnya..hehe..tak bodek, tapi itu kebenaran..Cik zaty suka warna pink, sesuai lah dengan wataknya yang ayu gitu. Suka makan kek tapi pandai buat biskut coklat chips..Nak resipi boleh tak? Ehhh, lagi satu cik zaty suka 2PM lah..FT Island pun..huwaa..satu kepala sama gua..KPOP please. Again and again..ohh..lalala.

See..dah banyak membebel..haa.. habis aku cerita semuanya..dah jom kita  serbu blog cik zaty comel ini.



Haa..ada banyak lagi blog nak di review tapi sakit tenguk lah pula.Dah siap tulis cuma tunggu post je..Siapakah mereka yang bertuah itu..Nantikan ye..Awak-awak yang comel jom kita jenguk blog mereka..Siapa nak di review oleh saya, sila tinggalkan link blog anda di blog gores dan menang ini ye..Hehe..peace..selamat malam..


Love and Smile.



p/s : sapot menyapot amalan mulia..ia kan cik sue.. ^_^.


Draft post : 5/10/ 2012 


1 comment

October 6, 2012 at 2:38 PM

Thanks Nurul Aini ^_^
Ingatkan siapa pemilik-pemilik kedai gula-gula 20 sen nie...
Sangat2 berbesar hati direview oleh Nurul Aini ^_^
Bestnya...Rasa berbunga2 dah nie...
Ala2 bunga matahari...Hehehe...
Terima kasih sekali lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome