15 October 2012

Misteri Kacang Hijau.


Assalamualaikum..

Malam semalam...saya ada cerita pasal congkak berhantu? kan. Belum baca click here okay. ^__^... Hari ini nak cerita pasal hantu kacang hijau pula. 

Siapa tak kenal kacang hijau? hehe..kacang hijau ini biasanya orang buat bubur atau kuih kan. Tapi kali ini saya bukan nak cerita pasal cara-cara nak buat kuih guna kacang hijau ke apa tapi kisah misteri pasal kacang hijau. 

Sebelum itu, macam biasa, nasihat saya, kalau anda lemah semangat terutama pada waktu malam sila jangan baca ye..Ayat lama, bimbang juga saya, awak tak nak bangun pergi buang air sebab takut, kang tak pasal-pasal terkucir atas tilam. Kesian parent you all beli tilam mahal-mahal, dah tak boleh guna. hehe, gurau je, jangan marah ye.



Cerita ini pun macam cerita congkak yang saya cerita semalam juga, cerita dulu-dulu. Cerita ini berlaku selepas solat maghrib kalau tak silap. Dalam pukul 8 lebih macam tu. Kami sekeluarga duduk dalam rumah lah kan..hehe..tengok berita dekat tv sementara tunggu masuk waktu solat isyak. Duduklah berborak-borak, borak apa tak ingat. sebab benda ni berlaku dah lama waktu budak-budak lagi, den tadika kot. 

Sedang duduk borak-borak sambil tengok berita, semua ada ni..tiba-tiba pruhhhhhhhhhhhhhh prangggggggg..macam ada sesuatu yang jatuh atas bumbung, bunyi macam batu kecil-kecil, atau lebih kurang macam pasir lah. 

Terkejutlah kan..macam bunyi hujan lebat tiba-tiba pun ada. Apa lagi arwah ayah lari terus buka lampu dan buka pintu depan, sebab ingatkan ada budak-budak main baling-baling batu dekat atas bumbung rumah. Budak-budak dekat kampung den ni nakal nak mampus. Suka sangat baling batu dekat bumbung rumah orang, habis bocor rumah orang. Ishhh, jahat betullah..

Kita orang adik beradik,umi semua pun serbulah sekali, nak tengok apa jadikan.

Tapi yang kami nampak bukan batu dan bukan juga pasir tapi tapi tapi kacang hijau. Banyaknya kacang hijau..Kenapa ada kacang ni. Berterabur atas tangga rumah dan sekeliling rumah. Ehh, macam rumah aku ni, tempat nak buat penanaman taugeh pula. Ohh, rumah saya dulu-dulu rumah kayu yang ada tangga simen.

Lepas tu bukan kacang hijau je yang berterabur atas tangga tapi ada sebatang lilin betul-betul dekat atas tangga bawah, bukan lilin je, ada api sekali. 


Kenapa ada lilin pula? dah tu tabur kacang hijau atas bumbung?

Kalau baca dekat internet saya baca katanya kacang hijau ni nak halau toyol. Toyol lagiii.....Tapi apahal pula dengan nak tolong taburkan atas bumbung rumah siap ada lilin.? Menjadi tanda tanya di situ.

Tapi sebelum tu arwah ayah dah keliling rumah tengok-tengok kalau dapat cari orang yang letak lilin dan baling kacang tu, tapi tak ada pun. Padahal rumah kami bukan dekat corok hutan pun nak main baling-baling. Sekeliling rumah orang, depan belakang, kiri kanan, atas, bawah..ehh..atas bawah tak adalah, semua ada orang.

Dan masih menjadi misteri siapakah yang melakukan perkara tersebut dan mengapa dan apakah tujuannya?

Apa maksud kacang hijau dan lilin? Siapa tahu ye, dah puas cari pasal benda ni tapi tak ada jawapannya. Ada pun, 50 50 je.

Pemujaan? Hasad Dengki atau..........

Kalau sesiapa tahu boleh lah kongsi bersama ye.

5 comments

October 15, 2012 at 10:41 PM

fuyoo misteri ni,,

October 16, 2012 at 12:17 AM

wrong timing pulak baca entry ni ==''

October 17, 2012 at 9:33 PM

Wah...betul2 misteri la Sis ^_^

October 19, 2012 at 3:58 PM

kalau pasal kacang hijau saye memang tk tahu, Kalau pasal guli, dengar org tarik perabot tuyh and makanan cepat basi saye tahu la, Kalau pasal kacang hijau memang tak pernah dengar.

October 19, 2012 at 4:04 PM

@Iwani
Ye ke...kalau yg guli, tarik perabot, makanan cpt basi tu apa dia..hehe..nak tahu..macam misteri je..kalau guli..orang ckp toyol..ye ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome