15 October 2012

Ohh..inilah manusia.

Assalamualakum..

Pernah tak anda rasa macam manusia ni kejam, tak adil, ter apa-apa entah, menyakitkan dan sebagainya??

Setiap orang yang bergelar manusia mesti akan rasakan perkara yang sama kan. Lainlah kalau orang tu bukan orang. Rasa di sakiti, menyakiti, tersakiti dan macam-macam lagi lah "hello kitty" yang mesti, kita pernah rasa dan lalui. 

Misalnya kita buat benda tu salah, benda ni salah, situ salah, sini salah,sana salah, makan salah, tak makan salah, berjalan salah, tidur salah, kerja salah, belajar salah, tak belajar salah. Banyak sangat salahnya. Semua tak kena. Habis itu nak buat apa? Dah semua yang kita buat semua tak kena?



Kalau orang gemuk katanya makan banyak, kalau orang kurus katanya diet, kalau tidur katanya pemalas, kalau rajin katanya nak menunjuk, kalau kaya katanya mungkin hasil duit berjudi, kalau miskin pula katanya tak reti nak mencari rezeki, kalau bodoh katanya malas belajar, kalau pakai tudung labuh katanya ustazah, alim.kalau...kalau...kalau...kalau.. Lama-lama jadi Pak Malau.

Ohhh..inilah manusia. Awak manusia, saya manusia, kau, aku manusia..semua yang   mengutarakan kata-kata itu adalah insan yang Allah jadikan sebagai manusia.

Tapi kita sebagai manusia takkan terlepas daripada perkara tersebut. Mungkin boleh jadi gila kalau dengar, ambil kira dan peduli percakapan manusia yang seperti ini. 


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor unta, manakala anaknya mengikut daripada belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah orang pun berkata:

“Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”.

Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada untanya itu lalu diletakkan anaknya di atas unta itu. Melihat yang demikian, maka orang di kawasan itu berkata pula;

“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki unta itu, sungguh kurang adab anak itu”.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang unta itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi:

“Lihat itu, dua orang menaiki seekor unta, sungguh menyeksakan unta itu”.

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun daripada unta itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata:

“Lihat, dua orang yang berjalan kaki, sedangkan unta itu tidak dinaiki, membazir”.

Dalam perjalanan ke rumah, Luqman Al-hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya;

“Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan pertimbangan Allah s.w.t sahaja (pandangan manusia yang baik boleh diambil). Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu” 

 Jadi kita jangan terlalu ambil pusing apa yang dikatakan oleh orang-orang sekeliling. 

Tapi kalau benda itu elok kita kenalah dengar, walaupun kebenaran itu pahit tapi ada manisnya yang tersirat. Kalau asyik nak yang manis je, boleh jadi kita akan kena kencing manis. Kalau terlebih masin jadi darah tinggi pula.

Lukman Al-Hakim terkenal kerana kebijaksanaannya..Sering memberi nasihat dan mengingati anaknya dalam segala hal. Suka baca kisah Lukman Al-Hakim, sebab banyak terselit pengajaran, setiap kata-katanya mempunyai seribu satu makna.

Ianya hanyalah sekadar perkongsian untuk saya mengingatkan diri sendiri dan yang lain. 

5 comments

October 15, 2012 at 6:47 PM

mulut orang.. tak boleh ditahan-tahan~

October 15, 2012 at 7:10 PM

bse la tu inilah dunia manusia byk yg x puas ati mohon tabah

October 15, 2012 at 7:13 PM

@BeLLa

Hehe,,tak adalah. bukan saya, saya sekadar berkongsi. Terima Kasih. ^___^

October 15, 2012 at 8:09 PM

hahahahha lawak laa cik aini neh! tapi kan saya gemuk dah saya memang makan banyak . kalau orang kata cam tuh pun maca redho jerrr hehehehe

October 17, 2012 at 9:30 PM

Nice entry Sis...
Bagi Wilma, mulut orang nie susah nak ditutup dan sukar untuk kita memuaskan hati semua orang...
Tapi, inilah lumrah dunia...
Sentiasa iri hati di atas kelebihan orang lain ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome