12 October 2012

Jangan Letak Button Follow Macam Tumblr

Assalamualaikum dan hello buddies.


Salam jumaat semua. Nak cerita sikit dekat kamu semua ni, tak payah lah letak button follow macam tumblr sebab bila orang nak follow kita, susah.



Ehh? bukan memudahkan ke?

Mudah memang mudah tapi kalau anda perasan bila kita dah follow, kita dah siap tekan follow..dah done dah ni..cuba click balik button follow, ehh?? dia cakap kita kena follow lagi kan..dah berapa kali tekan tapi still tak follow-follow lagi.

Ok, tak percaya?

Sumber gambar: Google


Contohnya dekat blog itu ada pilihan, satu guna button follow macam tumblr, satu lagi yang original punya, Google Connect kan. Mula-mula tekan button follow macam tumblr itu, okay kalau dah siap tekan pula button google connect..


See? dia keluar yang anda nak follow tak blog itu kan. Padahal kita dah follow.
Kalau kita dah follow blog itu dia akan keluar macam ini sebagai contoh :



Ini menunjukkan bahawa anda dah follow blog itu.


Sebenarnya baru perasan benda ni. Haa..faham tak apa yang saya sampaikan ini? tak faham? cubalah awak try buat macam tu. Nanti awak faham kot. Ke saya je yang jadi gitu?

Saya bukan apa sebab ramai blogger mengadu, kita tulis dekat cbox dia, yang kita dah follow tapi kita tak follow pun. Sedih blogger tu. Lepas tu dia anggap kita penipu bukan. Mungkin itu bukan salah "pemollow" tapi button follow itu sendiri. Lagi satu kalau nak follow biar ikhlas, bukan sebab nak naikkan bilangan follow anda semata-mata. Dah follow, bla je kemudian tak jenguk langsung dah lepas tu..huhu..saya tuju dekat diri saya sendiri. Better guna button google connect yang sedia ada.

Tapi kalau anda semua selalu update entry terbaru, InsyaAllah saya pergi baca, kalau ada idea nak komen, saya komen je. tapi kalau tak ada saya merapu dekat cbox..haha.

Kalau jarang, saya susahlah nak blogwalking ke blog awak sebab tak tahu mana pergi blog awak..haha..belit-belit dah aku cakap. Kalau sibuk, buat je schedule pada entry.

Dalam dunia blogging ini bukan sahaja dapat kongsi maklumat, baca pengalaman orang lain dan sebagainya tapi dapat ramai kawan. Serious, seronok dapat ramai kawan. Buktinya saya dapat ramai kawan.

Tak percaya ka?

Nanti saya cerita..hehe..Happy blogging.

Lelaki-lelaki solat jumaat..dah pukul berapa dah ni. ^__^

bye-bye. Wassalam.



p/s: Button follow macam tumblr ni tak kan berfungsi untuk blog yang dah follow lebih daripada 300 blog ke atas. Jadi lebih baik guna button Google Connect asal.

8 comments

October 12, 2012 at 4:39 PM

Wilma memang tak boleh buat butang Follow..Pasal tu Wilma letak Follow @ NetworkedBlogs & Google+ & Like Page FB jak..Kesian kan ^_^

October 12, 2012 at 4:48 PM

@Dunia Wilma
Ala kesiannya wilma saya ni..tak apa. Google + pun okay juga..upgrade gitu.

October 12, 2012 at 5:50 PM

kalau nak confirm sah yakin follow...add je secara manual url blog tu dekat blogger dashboard

October 12, 2012 at 5:53 PM

@Hatimi Tahirruddin

betul-betul-betul..hehe..tapi kalau dah follow lebih dari 300 dah tak boleh add dekat situ. sedih. -_____-

October 12, 2012 at 10:06 PM

tahu cik aini?? kita yang bijak pandai dalam dunia blog neh?? haish! kalau jumpa jer benda tuh follow lagi follow lagi. ntah berapa kali tak tau terfollow huhuhu. maklumlaaa pandai snagattt huhuhu

October 12, 2012 at 10:15 PM

@Sue PeLik

hahaha..kita sama cik sue..dok berulang je tekan benda tu, berapa kali dahhh..hahahaha.

Anonymous
October 14, 2012 at 10:54 PM

Bg sy letak button follow tumblr but bila dh follow memang dh x naik bila refresh or .. pdm bukak balik bru naik ^^

November 22, 2012 at 4:03 PM

thnks for ur sharing.. Patut lah kat komen dah follow tapi follower kita tak bertambah pun.. huhuhu :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome