02 October 2012

Nak panggil Apa??


Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Dah bangun belum? Haaaa..tak bangun lagi ye...Aini cepat bangun, jemur kain, hari dah panas..hehe.
Cepat ye bangun nanti rezeki mudah masuk..bangun pagi-pagi ini bagus untuk kesihatan..tui tui tui..cakap dekat orang kan padahal dia pun susah nak bangun pagi. Pagi ini saya termenung sendirian, menghadap cermin tingkap. Terfikir benda ini buat saya susah hati..



Ermmmm...entah ler..Okaylah. Mari dekat-dekat semua..saya mahu tanya..saya nak panggil awak-awak semua apa??hahaha..kelakar pula bila tulis benda-benda macam ini..hahaha..Aini, kau seorang je yang gelak..orang lain tak pun..Okay cover malu..

Selalunya kalau kita duduk melepak dekat alam maya ini kan, mesti kita jumpa pelbagai golongan atau lapisan umur, jantina dan sebagainya...dan yang menjadi kerisauan bagi saya..ehh, risau tau..bila saya nak panggil atau senang cerita nak komen blog orang then nak panggil apa?

Pak Cik?
Mak Cik?
Awak?
Saya?
Aku?
Kau?
Bro?
Gua?
Lu?
hang?
Mak?
Limah?
Balik?
Rumah?
Bedah?
Siah?
Abang?
Kakak?
Adik?




Haaa..mana satu nak panggil..saya tak tahu nak panggil yang mana satu. Kalau dia muda trang tang tang daripada saya dan saya tahu dia muda daripada saya, automatik saya panggil dia adik sebab saya suka panggil orang adik..yang muda je lah..sebab rasa macam saya ada ramai adik-adik..seronok kot ada ramai adik.

Kalau sebaya? kalau saya tahu awak sebaya saya..saya panggil awak je lah..atau nama kan..sebab rasa saya rasa selesa sebab kita sebaya.

Kalau yang lain?



Saya tak tahu nak panggil apa?

Sebab itulah saya kadang-kadang guna encik ke? cik ke? sebab saya tak tahu nak panggil anda semua apa? Sebab takut, saya salah panggil, anda tersinggung, tersenggang, dengan kata-kata saya. Serba salah saya ni.

Sebab mungkin perkataan encik, cik..terlalu formal..sampai orang takut nak cakap dengan saya..serious je memanjang..Nak panggil kakak nanti, saya selalu kena macam ini :

eleh..kau tu bukannya muda sangat..

Tak payahlah panggil saya kakak, kita beza 1 tahun je pun.

Janganlah panggil saya kakak, panggil nama je lah.

hukhukhuk, ambik hang..kena sedas.
Tapi saya suka apa orang panggil saya kakak..Ramai adik lagi bagus, boleh aku buli..hehe..

Kalau saya, memang saya selalu guna saya, awak..hahaha..kelakar ke kalau guna saya...awak?


Mula-mula masuk kelas part 1..orang rasa terkejut sebab saya guna saya...awak..sebab katanya tak sporting tak mesra..Ohh..mereka tak tengok lagi perangai gila-gila saya. Kalau tengok, mesti pengsan punyalah. Terlebih mesra nanti , takut saya yang salah faham..kuikuikui..

Sebab saya dah terbiasa guna saya..awak.. Aku dan kau yang saya selalu guna biasanya merujuk kepada diri saya sendiri..Alah, cakap sorang-sorang...

Panjang lagi nak cerita sebenarnya, cerita ini macam banyak yang tergantung pakai tali rapia nanti sambung balik lah.

Mari cepat bagitahu saya, saya nak panggil anda apa? 

2 comments

Anonymous
October 2, 2012 at 10:53 AM

aww pangil saya adik~ miaw terasa lagi muda heeh

October 2, 2012 at 11:05 AM

@D i n

Baekkk..adik..Ramai adik senang sikit nak buli. Adik kena ikut cakap kakak kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome