21 October 2012

Kerana Allah sayangkan Abang.

Assalamualaikum..

Ujian yang Allah berikan pada kita adalah untuk menguji sejauh mana tahap kecintaan kepada Allah dan menguji tahap kesabaran kita kan.. Masakan kita inginkan syurga sedangkan kita tak mampu terima ujian daripada Allah.

Jadi kerana Allah sayang, Allah ambil abang lebih awal. Abang, seorang anak yang  baik, pendiam, dan tak kan membantah apa yang umi dan ayah cakap. Memang nampak ketara, abang anak yang paling baik dalam adik beradik... Orang cakap kalau orang tu baik, Allah akan ambil dia lebih awal kan, sebab Allah sayang pada dia.



Abang, saya rindu sangat dekat abang. Abang, dah lama tak jumpa abang..hehe..Apa yang saya boleh buat sekarang, saya doa untuk abang. Abang adalah abang yang terbaik yang pernah saya ada.

Ingat lagi, saya dan abang paling rapat. Kalau apa-apa saya mesti dengan abang. Pergi kedai dengan abang, tolong buat kerja sekolah saya, abang juga. Abang tolong lukis kan lukisan saya sebab saya tak reti lukis. Saya menangis dan abang datang tolong saya. Saya dapat A..sebab abang yang lukis..hehe..saya suka, terima kasih abang.

Saya rindu dekat abang. Masih terbayang takala lihat abang lemas. Saya tak mampu tolong abang. Saya minta maaf, saya tak dapat selamatkan abang. Saya paling ke belakang, tapi waktu tu yang saya nampak hanyalah rambut abang..Abang hanyut dibawa arus, umi cuba terjun nak capai abang tapi tak sempat, abang hilang dari pandangan. Saya minta maaf abang, saya tak dapat tolong abang.

Saya rindu sangat dekat abang, saya terkejut bila abang pergi. Bomba cuba cari abang petang tu, tapi tetap tak jumpa abang. Abang, abang dekat mana..Ya Allah, selamatkan lah abang. Tapi petang tu, hujan, bomba terpaksa hentikan pencarian..Waktu tu saya tak tahu nak cakap apa, harapan saya harap abang selamat. Operasi menyelamatkan abang disambung pada waktu malam, tapi masih tak dapat jumpa..abang, abang dekat mana?

Malam itu, buat solat hajat supaya senang jumpa abang. Tapi abang..bomba tak jumpa abang. Pencarian dihentikan dan di sambung esok pagi. Ya Allah, malam tu..saya tak dapat tidur, sebab teringat dekat abang. Kalau boleh, saya nak cari abang..tapi saya tak mampu.


Esoknya, betul-betul pukul 12:50, bomba jumpa abang sama waktu dengan waktu abang lemas tu. Tapi waktu bomba jumpa abang...abang dah tak ada. Hanya jasad abang yang lemah, kaku. Saya tak mampu berdiri dekat untuk tengok abang, kaki saya keras, bagai di paku.. Saya minta maaf abang.

Saya tak tahu rupanya banyak perubahan pada abang, sebelum abang pergi. Pulang ke rumah, saya belek buku abang. Saya tengok, abang tindihkan buku latihan abang di dalam buku teks Tasawwur Islam. Mungkin itu tajuk terakhir yang abang belajar, dan tajuk tu adalah bab Alam Barzakh.. Buku abang, betul-betul ditindih di atas tajuk menuju ke alam barzakh dan di situ ada gambar orang mengangkat keranda..



SubhanaAllah..sesungguhnya mati itu pasti. Cuma bila dan bagaimana sahaja, tidak kita ketahui.

Saya rindu dekat abang...Saya sentiasa doakan abang. Ya Allah tempatkanlah abang dikalangan orang yang beriman dan tempatkan lah abang di syurga indah yang Engkau janjikan Ya Allah.

Jom kita sentiasa mengingati mati supaya amalan kita semakin bertambah sebagai persediaan dan bekalan menuju ke alam barzakh.


8 comments

October 21, 2012 at 10:43 PM

sedihnya akak baca.. semoga ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.. amin..

October 21, 2012 at 11:12 PM

Innaillah. DaripadaNYA kita datang, KepadaNYA kita kembali. Sabar banyak2,tawakal dan sedekahkan al-fatihah utk arwah :)

October 22, 2012 at 12:00 AM

sorry for askin'...is this ur real story or just an article? cuz seems labelled with "artikel"

October 22, 2012 at 12:36 AM

@Wanie Raina

Saya labelkan artikel sebab ia perkongsian pengalaman saya. kisah ni waktu saya tingkatan 1, abang saya..lemas dekat kampung waktu cuti sekolah..

October 22, 2012 at 12:57 AM

takziah..
tawakallah, berdoa selalu.

October 22, 2012 at 8:18 AM

insyaAllah..kehilangan itu,pasti Allah akan menganugerahkan sesuatu..

October 22, 2012 at 4:05 PM

al fatihah untuk arwah abg sis ,sedeyh nye bace..

October 22, 2012 at 7:13 PM

Sedih baca entry nie...
Semoga roh abang Nurul Aini ditempatkan di kalangan orang2 beriman...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome