18 October 2012

Katak Comel???Errrr

Assalamualaikum,

Nak cerita...tapi banyangkan pun dah tak tahan, rasa nak melompat..errrrrrr...gelinya dengan haiwan yang bernama katak ni. Ya Allah, tengok badan dia je tak tahan, nak menjerit, apatah lagi nak pegang..Kalau roommate aku takut lipas, cicak,kononya akulah paling berani nak tolong. Tapi kalau bagi aku katak, sorry to say..Menjeritlah bersama-sama ye. hahaha.

Okay, kalau katak ni comel.

Ehh..patutlah kau tak jadi doktor!!.

Dulu kecil-kecil ada juga cita-cita nak jadi doktor, tapi tu pun sebab aku terpengaruh dengan budak lelaki yang aku suka waktu sekolah rendah..hekhekhek..dulu-dulu. Budak tu, kata dia nak jadi doktor, dan di sebabkan aku minat dekat dia, aku pun berangan nak jadi doktor. Kalau dulu kemain aku tulis cita-cita pertama aku cikgu..



Tapi disebabkan pengaruh budak lelaki tu, aku pun tulislah cita-cita pertama aku doktor, kedua, cikgu, ketiga polis..tuihtuihtuih..Memang tak boleh bla...Tapi kecenderungan aku lebih kepada cikgu lah, ahh..melepas aku..oh oh..kecik-kecik dah gatal..

eheheheh..kita jadi secret admire dia je lah, tak ada bercinta-cinta ni. Lagi pun dah kenal lama dari sekolah tadika lagi. Tapi sekarang no feeling-feeling anymore..ohh..cinta monyet ye?

Opss..sorry, nope!!

Aku bukan monyet nak bercinta-cinta. Kalau bercinta jadi monyet, tak nak lah aku.

Ehh..melalut pula dia, ni..Okay-okay cerita pasal katak.

Aku tak tahu dari mana mulanya dan bila aku takut pada katak ni, ehh, bukan takut tapi geli. Mula-mula geli, lama-lama jadi penakut. Serious, kalau nampak je katak, aku boleh berlari 10000000 kilometer sejam, tanpa henti dan mengeluarkan suara jeritan batinku sekuat dan selama yang mungkin..

Alo-alo comelnya HaHa oppa..Tiada kaitan. T__T


Lepas tu terlompat-lompat macam budak gedik, tapi ianya  bukan kerana saya gedik ye para penonton sekalian tapi saya tak tahan geli. Kalau boleh pengsan, pengsan dah.

Ingat lagi, dulu-dulu sekolah pagi-pagi. Kasut letak dekat luar. Keesokkannya, bangun pagi, dah siap-siap nak pergi sekolah..dah terlambat, ambil kasut terus sarung, tak fikir panjang dah, Terus naik motor.

Dalam perjalanan ke sekolah tu, rasa macam ada sesuatu..benda lembik-lembik, lembut-lembut je dalam kasut..ehh, nak main geli-geli pula. Aku gunakan jari kaki aku, nak rasa apa dia ni, tapi tak entahlah.Cuba lagi, tak dapat lagi..Ah, apa dia ni..tak kan batu kot.

Biarlah dulu..dah sampai dekat sekolah baru aku tengok..sesampainya di sekolah, aku pun turun melompat dari motor..

dan aku cakap :

Ayah...ayah tunggu..ada benda dalam kasut..

Ayah cakap apa dia, buang lah.

Aku pun bukalah kasut...aku tonggengkan kasut aku ke bawah...aku goncang-goncang kasut aku ke bawah supaya benda tu keluar. Dan, kedepukkkkkkk..cakkkkk..katakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..eeeeeeeeeeeeeeeeeeee...aku menjerit geli.

Semua budak-budak dekat situ semua pergi dekat, tengok benda apa yang aku jeritkan tu..

Dia orang tengok katak macam tak pernah tengok, tercengang...

Aku nak cabut dah ni,,nak balik tak nak pergi sekolah, mengalir dah air mata kerana takut..tapi aku kena marah dengan ayah..hahaha..menjerit satu hal, tak nak pergi sekolah satu hal.

Last-last ayah bagi beg sekolah suruh masuk kelas..hehe..baru niat nak ponteng..hekhekk..ehh..tak ada niat macam tu pun.


Aku rasa badan katak tu dah mengalami kecederaan yang parah, gara-gara duduk dalam kasut aku. Siapa suruh duduk dalam kasut aku..ah..bengong punya katak, nasib baik aku pakai stoking..Kalau tak lagi parah rasanya. Aku tak nak dah pakai kasut tu, dari pergi sampai balik, aku tak masukkan kaki aku dalam kasut tu. Kalau boleh aku nak kerat kaki aku, ganti kaki baru. Aku sanggup jalan guna stoking.

ehh..katak tolong jangan muncul depan aku..aku geli sampai boleh pengsan kalau jumpa kau. Kalau kawan baik aku kata kau comel, tapi bagi aku kalau 'tersangat comel". Oleh itu, aku harap sangat-sangat, jangan muncul depan aku ye. Deal??

Kalau deal, syuhhhhhhh syuhhhh..pergi main jauh.


p/s: Saya memang suka tulis panjang-panjang..kalau tak ada idea, memang kering kontang. Kalau ada, terlebih sudahhhh..maap-maap-maap.

13 comments

October 18, 2012 at 3:05 PM

haha berjalan dgn stokin ye...

October 18, 2012 at 3:18 PM

Bukan takut bah tu Nurul Aini...
Tapi geli...
Wilma faham perasaan Nurul Aini...
Apa lagi ada kisah di sebalik ketakutan tu ^_^
Sabar ya dear...

October 18, 2012 at 3:31 PM

hahaha!!!!! kalau sy pown sy melompat..eeeee!!!geli

October 18, 2012 at 4:44 PM

IQ pun penah kena katak dalam kasut...masuk tu nak pergi kerja....da pakai da....dalam kereta...lepas tu rasa laen macam...and then, menjerit!!! kereta da gerak, plak tu atas jambatan besar...nak keluarkan, tkot melompat2 dalam kereta...at lastt...tahan jer sampai ke tempat kerja...

tak tahan katak tu bergerak2 dalam kasut...geli!!! hhahaha!!

October 18, 2012 at 4:54 PM

hahahaa, katak tu comel tau. tapi tu laa, geli tengok. tmbh bile dia duduk dalam kasut..kesian katak tu, terpisah dari keluarga dia.. :D

October 18, 2012 at 5:54 PM

hahahahha. cik aini cik aini! takut katak rupanyaaa saya tiap2 malam tido dengan katak! huhuhu

October 18, 2012 at 8:51 PM

pernah bagi adiah patung macam teddy bear tapi versi katak kepada awek. kakak dia kata aku unik. hahaha

:)

October 18, 2012 at 8:56 PM

@IQ = Iez Qis

eeeeeeeeeeeeeeee...gelinyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...eeeee..boleh ye IQ tahan..hehe.

October 18, 2012 at 8:57 PM

@Cik Cyidahahaha..biar padan muka dia..hehe. ^___^

October 18, 2012 at 8:57 PM

@Dunia Wilmahehhe..terima kasih wilma..geli sebab badan dia lembik..eeeee...

October 18, 2012 at 8:58 PM

@~didiey~hehhe..kan..geli..

October 18, 2012 at 8:59 PM

@Sue PeLikhehehe..apa cik sue tido dengan katak? dia masuk rumah ke cik sue..saya kalau boleh nak lari gunung kinabalu tu, geliiiii.

October 18, 2012 at 8:59 PM

@skulluv

Kalau patung tak apa, bukan katak betul pun..hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome