11 October 2012

Budak Zaman Sekarang!!

Assalamualaikum semua.


Cerita untuk waktu ini adalah, budak zaman sekarang. Siapa takut terasa, jangan baca. Ini entry meluah perasaan.

Eleh, habis kau budak zaman apa? 

Entah, tak mahu lah jadi budak zaman sekarang!!

Berlagak, sepak sat gi

Kenapa dengan budak zaman sekarang?

Ada beberapa kategori budak zaman sekarang.



1.Budak zaman sekarang "sangat sopan"

Sopan sangat sampai tak hormat orang tua, padahal baru umur belasan tahun, tapi cara cakap macam umur dah berpuluh-puluh tahun. Langsung tak hormat orang. Berhoi-hoi, aku, kau. Sila teliti dengan usia orang tu sikit.

Jangan nak main redah je. Biadap sangat tau tak, lagi-lagi cakap dengan pak cik, mak cik, akak, abang dan sewaktu dengannya. Sekali pun dia bukan mak ayah kamu, janganlah nak cakap kau, aku dan sebagainya dengan dia. Sakit hati betul dengan budak macam ni. Kalau budak dulu-dulu, waktu kecil-kecil, nak cakap dengan orang tua pun malu tahu tak. Kalau nak cakap dengan orang tu tunduk je kepala, hormat orang.

Silalah hormat orang, kamu muda lagi, cuba ada etika waktu bercakap. Budak zaman sekarang, mak ayah berani lawan, tak heran kalau cikgu pun kau orang hentam.

Jadikan negara Korea dan Jepun misalnya. Sebagai contoh Korea. Mereka sangat hormatkan orang yang lebih tua. Kalau mak cik, nenek panggil Omoni, tak ada panggil hoi mak cik. hoi kau..Tak kenal panggil ahjassii bererti encik, ahagasii untuk cik. Kalau kakak unni, kalau abang oppa..Kalau dengan orang lebih tua mereka cakap guna bahasa formal. Kalau cakap HEY (yah) pada orang yang tua dikira sangat biadap dah tu.

Ini sebagai contoh sahaja, budaya yang patut di contohi oleh kita golongan muda. Dalam Islam pun ada cakap, kita kena ada atau boleh buat asimilasi budaya, selagi budaya itu tidak bertentangan dengan agama kita. Jadi kita ambil budaya mereka yang baik-baik untuk kita contohi. Tak salah kan.

Benda ini selalu berlaku, tak heran dah, dunia ..semakin membangun semakin banyak budak yang kurang ajar.



Ok, dah stop..gua panas kalau cerita bab budak yang kurang ajar ini. Kalau gua jumpa, gua sekeh je kepala. Tak pun kalau dulu-dulu waktu sekolah, gua tulis je dalam kertas kesalahan hantar dekat cikgu displin..Lepas tu hang kata aku pengawas gila kuasa..hahaha..ada aku kisah. Aku tahu dah, ramai yang tak suka mawas ini, ehh..pengawas. Tak padan dengan kecil tapi biadap. Siapa makan cili dia rasa pedas.


2. Budak sekarang dah terlampau celik IT.

Ini memang sangat ketara. Hebat sangat mengalahkan den yang tua ini. Dah ada facebook, twitter, blog, dan sebagainya. Kecil-kecil umur 10 ke 12 tahun dah ada laptop, hanphone mahal-mahal..Akak pakai handphone cabok je dik, itu pun dapat bila habis sekolah tingkatan 5. Sebab sambung belajar dekat negeri orang, nak call mak ayah..kalau tak, haram cheq nak dapat..

Ehh!! kenapa tak boleh ke?

Ehh, siapa kata tak boleh, boleh tapi kita gunakan ke "celikan" kita itu dengan cara yang betul. Saya tersangat respect adik-adik yang pandai gunakan teknologi ini, hebat sangat, pandai main coding-coding blog, buat blog cantik-cantik. wahh..bijak betul budak sekarang. Baguslah, kalau guna ke arah yang betul . Ada internet ada laptop, boleh senangkan kerja nak cari past year question dan sebagainya kan.

Tapi tak bagus, bila bawa Ipad pergi sekolah dan bawa keluar time belajar, cikgu mengajar di depan kamu ber ipad di belakang. Hebat kau adik, akak nak bawa handphone pun takut, takut kena rampas dan lagi satu akak tak ada handphone..kihkihkih.

Kalau den dulu-dulu nak guna komputer pun tak tahu sangat.

Ipad??

Tak ada lagi Ipad Ipad ini.

Yang den tahu buka Microsoft Words sebabnya cikgu selalu suruh pergi lab buka microsoft word, main taip-taip. Budak zaman patut bersyukur sebab kamu semua dah sangat maju dan terlalu celik it. Kalau zaman mak-mak akak, langsung lah tak tahu guna komputer-komputer ini. Nak beli, jangan harap, nak sekolah pun tak mampu.

Adik-adik gunalah keistimewaan ini dengan sebaik mungkin, jangan cuba jadi biadap dan pencuri cyber pula. Pencuri cyber pun boleh di dakwa di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Harta Intelek) jika di sabitkan kesalahan, dan sekiranya kamu mencuri hak orang yang telah di daftarkan di bawah akta berikut..Kalau tak tahu jangan nak mencuri plus menipu sangatlah ye.. Dan jangan buat segmen semata-mata nak dapatkan Ipad ye adik..

Ehemmm...sila lah terasa kalau makan cili.

Budak zaman sekarang tak sama dengan zaman dulu. Walau pun miskin dalam segala hal, tapi kaya dari segi etika dan budaya..Ehh, bukan semua budak zaman sekarang macam tu, tapi majoriti budak zaman sekarang adalah sangat sopan dan sangat pemalu. Minoriti je yang tak tahu malu..kan kan kan kan.

Sila guna kipas kalau panas, tak pun guna aircond. Sudah, saya stop dekat sini sahaja, walaupun banyak lagi sebenarnya. Tapi di sebabkan tulis dalam keadaan marah,, baik saya berhenti. Marah dekat siapa? Dekat diri saya sendiri!!

Jangan salahkan ibu bapa hundred percent sebab budak-budak zaman sekarang mudah terikut. Habis nak salahkan siapa? Salahkan diri sendiri ye. -____-

p/s : Maaf ye kepada sesiapa terasa. Dah kata jangan baca. T___T. Kalau terasa, jangan buat report polis pula ye.

7 comments

October 11, 2012 at 2:39 PM

Wilma setuju...
Budak2 sekarang nie ramai yang tidak hormatkan orang yang lebih tua dari mereka...

October 11, 2012 at 3:20 PM

100% SO true!! kekadang sampai rasa takut nak tegur dyeorg klau rasa benda dyeorg buat tu salh..silap2 kita balik di maki hamun ;)

October 11, 2012 at 3:29 PM

@Dunia Wilma

Bukan apa wilma cuma jangan ter "sopan" ajar sangat dekat orang tua..lagi2 mak cik..sedih saya tengok.

October 11, 2012 at 3:29 PM

@Jna marcello

Kita tegur benda betul tapi kita pula kena maki kan..ish ish ish..budak zaman sekarang. ^__^

October 11, 2012 at 3:49 PM

budak-budak sekarang dah advance.tapi advance ke arah yg salah.teknologi memang memajukan manusia tapi nilai-nilai kemanusiaan semakin menipis.

October 12, 2012 at 3:35 AM

mungkin sebab tak pernah rasa susah menyebabkan budak2 yang bawak ipad ke sekolah ni jd kurg ajar.... dorg rasa terlebih pandai dari cikgu2 sebab tu boleh cakap hoi2 suka-suki dia je....

October 12, 2012 at 9:32 AM

ehhh .. terasa gak ni akak tapi tu la , kalau asyik nak terasa je , bila nak sedarnya .. tpi salute jugak la ,, dngan budak2 zman skrng ni ,, budak 5 tahun ,, dia lgi hebat touch screen ,, kita ni tengok je laa ,, xda da apa2 yg nk d touch d screen ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome