Kenapa ye setiap kali ada berita pembuangan bayi, buang bayi daripada tingkat atas, haruan makan anak dan sebagainya mesti nak kaitkan dengan binatang? Apa salah binatang?
Saya bukan apa, saya cuma menyampaikan luahan hati binatang peliharan di rumah saya. Dia kata dia sangat sedih, kenapa kerana perbuatan manusia, dia pula yang kena. Dia kata bak kata pepatah melayu
“seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit"
Bulat, I miss you..Sampai hati you pergi tinggalkan I. sobsobsobs... |
Tapi kamu kucing bukan kerbau. T__T..
entahlah sayang, akak pun tak tahu..ehh, jangan pelik pula ye, saya panggil kucing saya adik dan saya gelarkan diri saya kakak..pelik ke? kalau orang dengar memang pelik pun.
Ini semua gara-gara adik bongsu saya yang gila kucing, kalau dapat kucing dia peluk macam kucing tu patung, makan, minum, tidur di bawanya sekali..kalau kena cakar, haaa,,ambil kamu. Bila orang tanya sakit tak kena cakar:
Sakit tak adik?
Tak lah, tak sakit.
Eleh cover lah tu, akak tahu adik cover.. Gua saja provok dia..sebab gua ini kakak yang baik..hahaha
Dan mulalah muncul muka 100 sen..Mata dah berair, mulut dah mucung, maka meletuslah laungan yang bergema di pagi raya.
Alamak, baik gua cabut..
Opsss..off topic pula..Ehh, kenapa saya panggil kucing tu adik? sebab bila nampak kucing mesti ingat adik. Jadilah, kucing adik atau adik kucing.. lama-lama adik saya kucing. hahaha..adik ikah adik ikah.
Berbalik kepada luahan hati kucing-kucing saya tadi, katanya hatinya sangat hiba. Dia terlalu sedih. Saya dengan hati yang terbuka mendengar perbualan mereka di siang hari. Waktu itu mereka sedang menjamah minum petang.
Berikut adalah perbualan yang di rakam melalui roti pita makanan:
Comel tak teadybear saya. Ahakss. |
"KECEWA SAYA, KECEWA SAYA SALLY." kata Teadybear.
CIK SALLY, cuma diam dan main cakar-cakar tanah.
Teadbear meneruskan kata-kata "Kenapa mereka menggunakan kita sebagai mangsa kata-kata khurafat sedemikian. Mereka yang buat jahat kita yang kena. Padahal mereka di kurniakan akal untuk berfikir tapi tidak pada kita. Apa agaknya salah kita TOMOK. "
Ibu kucing menyampuk "Entahlah CIK BULAT, mereka tak tahu ke yang kita ini sangat sayangkan anak..kalau orang nak buang anak aku yang baru lahir, aku gonggong anak aku cabut lari, cari tempat perlindungan baru. Kalau ada nak kacau anak aku, aku cakar muka dia. Aku sayang anak aku tahu tak. Tak ada nak campak-campak dari tingkat atas."
"Betul tu CIK BULAT, saya sokong", kata EN.CHELO.
"Meskipun saya kucing jantan tapi saya tak ada nak rosakkan kucing betina. See, saya lelaki yang bertanggungjawab." (dengan muka bangga dan mendabik dada)
Ermm,,baguslah tu EN.CHELO. Dan kita sebagai perempuan pun perlulah menjaga maruah. Lebih-lebih lagi menjaga agama kita, kata CIK RAMADAN yang lahir bulan ramadan baru-baru ini.
Cik SALLY pun menyampuk " Tetapi wahai rakanku mengapa mereka menyamakan perbuatan keji mereka dengan kita yang tak berdosa ini, tahukah mereka dah masuk berita pun yang kita ini sememangnya binatang, dah tak dapat elak sebab memang sejak azali kita binatang tapi kita sangat sayangkan anak kan"
.......
Kenapa monyok, sedih ye sayang.. (ini gambar terakhir bulat sebelum aku sempat bertemu dengannya. Umi lupa nak bagitahu Bulat dah tak ada. Bulat pergi seminggu selepas arwah ayah pergi) |
Disebabkan hari dah nak malam, mereka menghentikan perbualan dan meninggalkan pertanyaan serta mencari jawapan daripada manusia-manusia yang begitu tegar membuang anak-anak mereka seperti membuang plastik atau payung terjun yang tidak berguna.
Ermm..apa nak jawab ye?
Kita ini manusia yang mempunyai akal dan Allah telah meningkatkan martabat kita dengan menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi, tapi kita pula merendahkan martabat tersebut dengan melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Kesian dekat binatang-binatang di jadikan sebagai bahasa kiasan untuk perbuatan keji manusia.
Contoh : Apalah orang ini, perangai macam binatang!!
Ishh, macam binatang orang ini
Tolong, jangan samakan binatang yang tidak mempunyai akal ini dengan perbuatan keji manusia yang membuang anak, dan yang pasti anda mempunyai akal.
BINATANG LAGI SAYANG ANAK. KALAU DIA BUANG ANAK PUN ITU SEBAB DIA TAK ADA AKAL, KITA ADA AKAL KAN, JADI GUNA AKAL SEBELUM BERTINDAK.
KEPADA PEMBUANG ANAK - Fikir sebelum buang, bukan nak kitar semula saja kena fikir.
See you soon. bye-bye..wassalam.
6 comments
saya sokong..binatang lagi syg anak dia taw!dun blame the animal becoz of ur devil act! huh!
p/s:kiter pown geram..grrrrrrr!
@minah sEmpooOT
Saya pun sangat sedih, diorang yang jahat nak salahkan binatang kan. -___-
haiwan pun ado perasaan ,orang laen yg salah orang laen yg dpt nama ,mana aci ..orang slalu cakp "perangai ko mcm binatang" ..aduh duh duh..kesian kan..btw pandai kucing2 akak luahkan perasaan hehehe
@Cik Ain
Kan adik kan..jahat diorang tu..hehe..akak bagi diorang makan susu sejat F&N tambah dengan wisekesssss..hahaha.
Suka entry nie...
Wilma pun hairan kenapa setiap kesalahan manusia dikaitkan dengan binatang...
Maybe, sebab dorang jak benda hidup yang boleh dikaitkan dengan manusia kot ^_^
betul tu ,, binatang x buat apa2, mereka jugak yg d sebut2 pdahal yg buat tu sebenar nya manusia jugak .. kalau binatang tu boleh bercakap, mesti dorang buat mogok 1Dunia .. hah .. amek kw .. haha