19 October 2012

Bila Ayah Pergi.

Assalamualaikum.

Rasa macam cepat je masa berlalu, masa memang cepat kan. Celik, buka mata, dah hari lain..bulan lain, tahun lain...Kalau kita tak kejar masa, masa akan tinggal kita..tapi bila teringat dekat arwah ayah, rasa masa itu tak berjalan. Rasa macam arwah ayah masih ada dekat sisi. Rindu sangat dekat ayah. Bila ingat tak ada ayah, rasa sunyi hati, ada kekosongan tapi kekosongan itu tak boleh di isi.

Walaupun dah nak dekat 8 bulan ayah pergi, tapi rasa macam ayah ada, selalu telefon tanya pasal belajar macam mana. Kalau balik ada ayah dekat rumah. Kalau cuti sem ayah datang jemput, tapi sekarang dah tak ada. Tengok dekat tingkap, ramai mak ayah datang jemput anak-anak balik cuti sem. Aku balik tarik beg besar-besar balik rumah, naik bas..aduh nak patah pinggang. dari Perak nak ke Pahang sakit pinggang aku menggalas beg..Waktu tu juga, rasa macam nak tadah baldi supaya jangan banjir...


Kali terakhir jumpa ayah waktu cuti tahun baru cina. Yang terkilan tak sempat salam dan peluk ayah..Bas sampai awal, ayah pula pergi bayar kereta dekat bank. Rasa sangat terkilan. Ayah pergi seminggu beberapa hari selepas aku balik ke u, tapi sehari sebelum ayah meninggal aku sempat telefon ayah.


Malam selasa ada telefon ayah..waktu tu tengah buat assignment tapi rasa tak sedap sangat hati, rasa sedih..tapi tahu sebab apa. Teringat pula dekat rumah...telefon ayah tapi tak dapat cakap dengan ayah sebab ayah bawa kereta. Jadi dapat cakap dengan adik je. Adik beritahu, ayah Aishah kawan aku, meninggal dunia beberapa hari lepas. Ya Allah terkejut sangat, dah yang peliknya Bila adik sebut ayah Aishah meninggal rasa jantung lemah. Biasa juga dengar orang meninggal tapi tak ada rasa macam nak pengsan, rasa lemah sendi sendi lutut. Lepas tu aku cakap dekat adik " Ye ke, bila?..sedihnya, farah kesiankan dekat Aishah .Kalau kita jadi macam dia macam mana lah kan.!!..............

Nak cakap panjang lagi, tapi terpaksa tutup handphone sebab ayah isi minyak kereta. Ingat nak telefon balik nanti sebab nak cakap dengan ayah. Tapi dek kerana terlalu asyik melayan assignment  tengok-tengok jam dah pukul 12 lebih..dah lewat..nak telefon takut ayah dah tidur..tak apa lah esoklah telefon.


Esoknya, aku cakap dekat ayah, ayah hari Jumaat ni nak balik dah beli tiket sebab  ada cuti 4 hari lagi..hehe..Seronok sangat nak balik lagi. Lepas habis je kelas, pukul 5 pergi bandar u beli tiket hari Jumaat nak balik. Dalam cakap-cakap dengan ayah, dengar suara ayah sayup je, tak tahu kenapa, padahal setiap seminggu 4-5 kali juga telefon. Biasanya ayah pesan belajar betul-betul ye akak, tapi kali ni ayah cakap belajar sungguh-sungguh. Ada nada sedih dalam percakapan ayah. Tapi aku tak tahu, aku siap bergurau dengan ayah..tak lah saya belajar main-main. Ayah tegur..apalah akak ni. Aku ketawa sebab suka bergurau dengan ayah. Lama juga berborak dengan ayah, lepas tu dengan umi lepas tu ayah, sampai habis kredit.

Disebabkan nak siapkan assignment yang berlambak rabu tu aku tidur lewat dalam pukul 3. Tapi rasa gelisah sangat-sangat. Tak boleh nak tidur, tapi rasa dalam hati, mungkin sebab tak siap assignment lagi kot..Pejam punya pejam akhirnya terlena juga. Tiba-tiba pagi pukul 5.15 akak telefon..aishh..pelik kenapa akak telefon pagi-pagi ni.

Memang sangat terkejut, angkatlah telefon..lepas tu..dengar akak menangis. Kenapa dia, menangis..aku tanya dia tak jawab..menangis je..susah hati aku..kenapa dengan dia ni, telefon aku nangis-nangis. Aku geram, sangat..aku marah dia, cakaplah kenapa menangis, aku takut ni. Dia cakap ayah sakit. Sakit apa? setahu aku ayah mana ada penyakit..katanya sakit. Aku tak tahu nak buat apa, aku cakap nak cakap dengan umi tapi akak cakap umi dengan ayah, dah panggil ambulans nak tengok..dah tak boleh cakap, aku tutup telefon, pergi mandi, solat subuh..Doa, baca yassin minta-minta ayah tak apa-apa.

Tapi lepas tu dengar bunyi mesej masuk....

Aini....Aku rasa ayah dah tak ada.

SubhanaAllah..aku tak tahu nak cakap apa..macam tak percaya. Aku telefon, adik aku..tanya dia. Betul ke farah, ayah dah tak ada??

Betul ke? Tadi kata sakit je.

Adik aku cakap, dia tak tahu sebab pembantu perubatan tu cakap ayah dah tak ada. Nadi ayah dah tak ada.

Aku tetap tak percaya, nak cakap dengan umi..Tapi adik cakap umi dekat ayah..ramai orang.

Ayah dah tak ada..Allah Ya Allah. Rasa dunia aku gelap waktu tu. Aku dah tak ada ayah. Aku tak sempat nak jumpa ayah..ayah pergi hari khamis tu..Ayah, saya nak balik hari jumaat ni. Ayahhhhh..Saya nak jumpa ayah..

Aku tak sempat nak jumpa ayah, nak tengok ayah buat kali terakhir, rasa terkilan sangat-sangat. Tak sempat nak cium dan peluk ayah untuk kali yang terakhir. Tak dapat sentuh ayah lagi. Rasa sedih masih terasa sampai saat ini.

Aku hilang dahan untuk bersinggah. Pohonnya tumbang kerana takdir Allah. Bila ayah tak ada banyak perkara kena buat sendiri. Kesian umi...

Dalam tahun 2012 ni, 3 orang kawan sekelas waktu sekolah menengah dulu meninggal dunia. Kami rasa, rasa perasaan yang sama. Sedih...Mula-mula ayah aishah, ayah aku, ayah izzana, dan baru-baru ni ayah akak(Fazimah) pergi meninggalkan dunia. Al-fatihah..akak, saya rasa apa yang akak rasa, harap akak bersabar. Kita doakan moga arwah ayah/abah kita ditempatkan di kalangan orang yang beriman ye. Kalau akak sedih, kami turut bersedih. Allah lebih sayangkan ayah/abah kita.


Pada yang masih ada ibu dan bapa, sayangilah mereka. Jangan sakitkan hati mereka, merekalah segala-galanya buat kita di dunia ini selain Allah sebagai tempat bergantung. Minta maaf pada mereka..Kalau ayah dan ibu kita dah pergi, tiada lagi kata-kata dapat di ungkapkan. Ucapkan saya sayang pada ayah, abah, umi, ibu, mak. Sebab kalau mereka dah pergi kita dah tak boleh cakap lagi kan. Peluk dan ciumlah mereka selagi ada. Rajin-rajinlah telefon mereka walau sibuk sekali pun.

Sekiranya dahan yang patah,
Ianya akan tumbuh semula..
Tetapi kiranya pokok yang tumbang,
Tiada lagi tempat untuk si burung menumpang hinggap..


10 comments

October 19, 2012 at 6:30 PM

sayu jer hati baca entry neh. sabar yer cik aini ....

October 19, 2012 at 7:30 PM

sabar la sis ,Allah lebih sygkan arwah ayah sis..besz nye kalau dpt ayah mcm ayah sis ,ayah ain garang nak sembang pun takot apatah lagi nk bergurau senda.:((

October 19, 2012 at 7:30 PM

Innaillah :'(

October 19, 2012 at 8:04 PM

Semoga ayah Nurul Aini ditempatkan di kalangan orang-orang beriman...
Wilma turut merasakan kesedihan Nurul Aini...
Be strong Girl...
Walaupun Wilma berada di Sabah, tapi Wilma akan sentiasa ada untuk Nurul Aini k...
Coz you are my BFF right ^_^

October 19, 2012 at 8:21 PM

Ya Allah..mengalir airmata baca kisah ni..moga awk kuat hadapi semua ni ye.. :'(

October 19, 2012 at 8:38 PM

hi aini...tabah ea? wanie doakan semoga arwah ditempatkan d kalangan hamba2 yg soleh disisi Allah swt...

aini dr perak ke pahang ea? wanie dr pahang ke perak.. :)

October 19, 2012 at 8:45 PM

nice post..lost my dad when i was 17..kte pon rindu die,,,hari2 doa tok bekalan die k..^^

October 19, 2012 at 9:22 PM

mak dara baru kehilangan ayah sebelas hari yang lalu.. terasa dunia gelap.. rasa kosong.. dada terasa ditekan batu yg berat sukar bernafas.. amat2 memahami perasaan orng yg kehilangan yang tersayang :(

October 20, 2012 at 8:48 AM

jue pun taktau nak cakap apa..
sebab jue sayang mak ayah,jue keja kat kampung je,,jue dpt jumpa hari2..

jue takut..

aini tabah ye...

August 12, 2016 at 2:44 PM

samala, da janji nk balik jumaat tu, tp ayh pergi isnin tu. ayh xtggu pon kita. mmg menggelutur lutut, ayh jnis mlyn je ank2, xprnh mrh pn. klo mkn pape bez je, akn ingt fmly, ad duit, blnje fmly.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome